Misi menyelamatkan Sasuke
Naruko berasa seperti masa cepat sahaja berlalu dan kini sudah tiba giliran Sasuke dilelong. Sebelum itu Ino Yamanaka telah mengabaikan tugasnya sebagai pengacara majlis dengan membida Sai Root dengan jumlah 70,000 yen. Naruko tidak sangka pegawai polis yang kuat bercakap tanpa filter itu ada peminat. Mungkin Ino merupakan teman wanitanya. Dia hanya beranggapan mungkin ada nilai-nilai positif lain dalam diri Sai yang disukai Ino.
“Kini giliran lelongan jejaka keenam malam ini, Sasuke Uchiha!”
Semua hadirin bersorak dengan pengumuman itu. Sasuke naik ke atas pentas dengan wajah penuh yakin. Naruko ingin sahaja membaling kasutnya pada Sasuke. Padahal Sasuke sangat marah kerana dipaksa ke majlis itu, tapi kini dia sangat santai di atas pentas untuk dilelong.
“Ya, senyuman yang merentap jiwa anak-anak muda Konoha,” ujar Chouji mengusik hadirin majlis.
Sakura pula bersorak dengan bingit di sebelah Naruko. Naruko tertanya-tanya adakah sepanjang dia tiada di Konoha, pernahkah Sasuke dan Sakura berpasangan? Namun, mereka tidak kelihatan seperti pasangan kekasih pada malam ini. Adakah Sasuke punya teman wanita, mengapa dia tidak ajak temannya malam ini?
“Ok kita mulakan bidaan, siapa mahu mula?” Chouji melihat ada lebih kurang sepuluh paddle bida dinaikkan dan mula bertanya seorang pembida demi seorang pembida.
“30,000!” pembida no 29 menjerit.
“35,000!” pembida no 40 menaikkan bidaan.
Naruko berasa gementar dan terfikir bagaimana dia mahu membida.
“40,000!” pembida no 15 pula.
“45,000!” pembida no 3 menaikkan harga
Semakin lama semakin tinggi harga ditawarkan dan Chouji dan Ino bertepuk tangan bagi menggalakkan lagi pembida meningkatkan harga mereka.
Naruko yang teruja dengan suasana terus mengangkat tangan, “Saya bida 70,000 untuk Sasuke!”
Sasuke yang kelihatan bersahaja di atas pentas terus berdiri tegak dan memandang ke arah Naruko. Sakura pula menjerit, “Yeah Naruko dah menunjukkan belangnya!”
Dengan pantas lima pembida lain mencabar bidaan Naruko dengan jumlah bidaan 80,000, 85,000, 90,000, 93,000 dan 97,000 ribu.
Ino menjerit dan Chouji bertepuk tangan sambil mengumumkan bidaan terkini, “Nampaknya bidaan Sasuke paling tinggi setakat ini pada 97,000 yen. Ada mahu beri cabaran lagi pada bidaan ini?”
“Saya bida 111,111 untuk dia,” umum Datuk Seri Mei Terumi. Seluruh dewan berpaling kepada wanita yang berada di tengah-tengah hadirin.
“Maaf, saya baru berkesempatan hadir. Ada pertemuan penting. Tapi saya sudah tiba untuk memenangi seorang jejaka malam ini.”
Sasuke mengerutkan dahinya dan memandang Naruko. Dia mengangkat keningnya dan memandang Naruko dengan penuh harapan.
Sakura pula mengetap bibirnya dan terus berbisik kepada Naruko. “Cepatlah bida Naru. Aku harap kau berjaya, cepat teruskan bidaan.”
Naruko mengangguk dan dengan gugupnya menyambung bidaan, “Saya bida 120,000 untuk Sasuke.”
“Ok, masih ada lagi yang berani cabar No 7, Datuk Seri Mei? Selamat malam Datuk, kita ada 6 lagi jejaka selepas ini. Peringatan mesra ya hadirin, kita hanyalah untuk beramal malam ini dan harap tidak menjadikan ini persaingan hebat antara kita. Ok, kita sambung lagi sudah 120,000 kini untuk Sasuke. Ada mahu cabar bidaan ini?”
Puan Sri Mei senyum dan terus membida, “125,000 yen!”
“Saya bida 135,000 yen untuk Sasuke Uchiha!” Naruko kata. Dia mendapat keberanian kerana dia pantang dicabar, dia perlu berjaya dalam mengelakkan Sasuke daripada jatuh ke tangan wanita kaya itu.
“Ya, ada siapa mahu cabar?” tanya Ino.
Semua hadirin senyap dan menanti Datuk Seri Mei. Naruko berpaling ke arah wanita berstatus VIP itu. Rupanya pembantunya sedang berbisik kepadanya. Selesai mereka berbisik wanita anggun bergaun biru itu berkata. “Saya tidak mahu membida lagi kerana saya dengar Itachi Uchiha ada di sini ya malam ini.”
Dewan bersorak dengan pertanyaan itu dan Chouji mengangguk. “Ok, dengan itu kita mulakan untuk tutup bidaan buat Sasuke. Jika ada sesiapa mahu cabar, masih sempat ya.”
“Bidaan 135,000 satu untuk Sasuke!” umum Chouji. Namun hadirin senyap.
“Bidaan 135,000 dua untuk Sasuke!” umum Chouji. Namun hadirin seakan disumpah menjadi patung, tiada yang tampil untuk membida.
“Bidaan 135,000 tiga dan terakhir untuk Sasuke!” umum Chouji. Namun tiada bidaan lain.
“Oleh itu bidaan ini dimenangi oleh no 9, saudari Naruko Uzumaki,” jerit Chouji. Dia mengangkat tangannya dan menunjukkan tangannya ke arah Naruko yang sedang berdiri terpinga-pinga.
Saat itu mata Naruko memandang ke arah Sasuke dan jejaka itu mengangkat tangan ke atas tanda berjaya dan terus tersenyum lebar. Sakura yang daripada tadi bersorak memerangkap Naruko dalam rangkulan sebelum melepaskkannya.
Daripada atas pentas suara Ino pula berkata, “Kita bagi peluang kepada hadirin untuk berehat, saudara dan saudari boleh ke meja buffet untuk sajian ringan. Dan seterusnya kita melelong Aburame Shino, waris perniagaan madu lebah dan anak kepada Mrss Konoha 1994. Dia bekerja sebagai seorang peguam dan kini memiliki firma di Tokyo.”
Naruko sudah tidak mengendahkan sesi bidaan itu apabila dia mendapati bahawa Sakura ternyata betul. Dia memenangi bidaan ke atas Sasuke1 Dia tertanya-tanya apa yang dia perlu buat selepas itu. Adakah dia perlu membawa Sasuke ke mana mana? Chouji dan Ino ada menyebut makan malam tadi?
Tiba-tiba tangannya ditarik. Rupanya sepupu Naruko, Karin Uzumaki muncul di hadapannya dan memeluknya.
“Hey cousin, jom kita minum. Tak sangka kau di sini” ujar Karin sinis.
“Eh, aku dipaksa,” kata Naruko. Dia tidak mahu Karin beranggapan bahawa dia sengaja merahsiakan kehadirannya.
Tiba-tiba Sasuke sudah berada di sisi mereka. “Jom minum,” pelawa Sasuke sambil dia menjeling Karin.
“Ah aku faham dah,” Karin ketawa.
Naruko menjegilkan mata kepada Karin dan bertanya, “Kau bida siapa malam ini?”
“Seseorang yang aku benci, dan tak suka. Dia baru berpindah ke sini untuk sambung belajar Masters di Konoha U. Namanya Suigetsu Hozuki.”
“Ok,” Naruko tersenyum sinis pula. Dia tahu Karin pasti sebenarnya suka kepada Suigetsu ini.
“Jaga dia baik-baik ya Sasuke, aku akan pantau korang,” ujar Karin sambil ketawa. Kemudian sepupunya itu berlalu pergi.
“Kau dah makan?” tanya Sasuke.
“Dah, aku makan bersama Sakura. Mmm, aku mahu pulang untuk berehat. Hari ini agak sibuk di pejabat dan aku rasa amat penat pula,” kata Naruko, sambil cuba menyembunyikan gugupnya.
Sasuke tersenyum kecil dan mereka berjalan menuju ke pintu utama. Sakura sudah hilang entah ke mana, tidak ada pula dia mengekor Sasuke dan Naruko kali ini. Naruko tercari-cari di mana rakan mereka itu. Sebagai tuan rumah Sakura mungkin banyak tanggungjawab malam ini, Naruko fikir dia mungkin perlu datang untuk berborak dengan Sakura lain kali sahaja ketika kawannya itu tidak sesibuk malam ini.
“Jom ambil angin dahulu sebelum pulang, lama tak melepak dengan kau,” pelawa Sasuke.
Mereka berjalan keluar daripada rumah itu dan turun ke anjung. Sasuke berhenti di pagar batu yang mengepung anjung rumah Sakura.
“Kau kelihatan cantik malam ini. Aku tau Sakura akan bida aku sehingga selesai, tapi rupanya kau yang akan membida aku.”
“Ah itu, Sakura yang paksa. Lagipun bukan duit aku, duit...”
“Haha duit Mama aku. Tapi itu biasa, kadang2 aku bida diri aku tapi suruh Sakura yang bida. Hmm, kami selalu buat macam ini,” Sasuke tertawa.
“Dah tu yang kau marah sangat tadi kenapa?” tanya Naruko. Dia tidak faham kenapa Sasuke sangat marah jika dia biasa dengan perkara begini.
Sasuke melihat bulan yang tertutup dek awan di langit. Dia menghembus nafasnya dengan agak kuat dan menggosok-gosok tangannya demi untuk mendapatkan haba kerana malam semakin sejuk pula.
“Aku boring datang sorang-sorang, sudahlah dipaksa. Tapi malam ini aku tak boring sangat,” kata jejaka itu.
“Hah, yelah tu,” sindir Naruko. Dia turut melihat bulan. Malam ini bulan tidaklah penuh dan tersembunyi di sebalik awan.
“Aku selalu ingin lari daripada semuanya semasa muda, namun Konoha tetap berada di sini. Setelah lama-lama aku tidak dapat nafikan bahawa di sinilah di mana hati aku berada walau sejauh mana aku cuba lari. Kau pula bagaimana?” tanya Sasuke.
Naruko senyum pada mulanya, membiarkan kata-kata Sasuke berlalu di hati dan fikirannya. Kemudian dia menjawab, “Tugas membawa aku ke merata dunia. Lebih banyak pengetahuan aku kutip lebih untung majikan aku dan dunia polis. Dunia semakin global, cabaran kami sebagai pemegang amanah menjaga undang-undang juga semakin pelbagai. Konoha masih sebahagian daripada diriku walau jauh aku berhijrah kerana di sini aku mengenali rakan-rakan macam kau dan Sakura.”
Sasuke berpaling kepada Naruko dan bertanya, “Bolehke kalau aku nak melawat kau di Suna apabila kau pulang nanti?”
Naruko senyum dan menjawab, “Boleh je. Prents aku anggap kau perfect, asyik tanya bila nak ajak datang.”
“Begitu, walau setelah 12 tahun?” tanya Sasuke. Tiba-tiba pipi jejaka itu bertukar pink.
Naruko mendekati Sasuke dan mencuit pipi jejaka itu, “Kau dah kenapa? Kali terakhir aku nampak kau blushing begini ialah apabila kau ternampak Karin hanya memakai baju dalam semasa kau datang ke rumah aku tanpa sebarang pengumuman.
Sasuke cepat-cepat menepis tangan Naruko, “Ah tidak ada apa.”
Naruko tertawa sambil cepat-cepat menarik tangannya kembali sebelum Sasuke sempat menepis.
“Jika kau ada masa terluang, telefon aku?” Sasuke mengeluarkan kad namanya dan memberinya pada Naruko.
Naruko mengambil kad itu dan berkata, “Ya kan. Entah bila kita boleh berjumpa.”
Sasuke tersenyum sinis dan mara ke arah gadis itu. Naruko memandang ke arahnya dan Sasuke menghadiahi gadis itu dengan ciuman di pipinya. Sejurus ciuman itu singgah di pipi Naruko, Sasuke berkata, “Terima kasih untuk malam ini.”
Naruko terkebil-kebil dengan apa yang baru terjadi. Selama dia hidup tidak pernah ada mana-mana jejaka yang bukan keluarga menciumnya. Dia masih terdiam dalam kekeliruan sehinggalah Sasuke berkata, “Jomlah kita pulang, cuaca makin sejuk ni.”
Naruko terus automatik mengikut Sasuke meninggalkan anjung rumah Sakura. Perjalanan baliknya akan menjadi sangat janggal.
Oh tidak!