Pages

Merah Jingga 4 - SasuFemNaru Fic



Bab 4

Aku nampak cantik?

Naruko membelek aturcara majlis itu. Matanya terjegil apabila dia sampai ke acara ketiga. “Ah, ada charity auction jejaka terhangat Konoha. Hahahha, jadi kau marah-marah kerana Sakura akan ‘melelong’ kau untuk tabung amal rupanya," dakwa Naruko.

Sasuke hanya mendengus. “Acara yang sangat seksis,” komplen jejaka itu.


“Untuk amal kan, bukan selalu.” Naruko kemudian ketawa apabila mendapati dakwaannya tepat.


Kereta mereka memasuki perkarangan sebuah rumah tiga tingkat. Ada beberapa kereta mewah diletakkan di hadapannya. Naruko tidak ingat jika rumah Sakura memang sebesar ini sebenarnya tapi setelah 12 tahun macam-macam perubahan boleh berlaku.

Mereka keluar daripada kereta dan menuju ke arah belakang rumah. Naruko pelik kenapa mereka ke bahagian belakang, bukankah sebagai tetamu mereka perlu masuk melalui pintu hadapan? Namun dia enggan bertanya dan hanya mengikuti Sasuke. Sampai di sebuah pintu Sasuke membunyikan loceng dan seorang wanita yang Naruko tidak kenali menyambut mereka.


“Selamat malam Tuan Uchiha, inikah tetamunya?” ujar wanita itu.

"Selamat malam Miranda, ini Naruko teman saya untuk majlis malam ini. Tolong bantu siapkan dia ya," pinta Sasuke.

Wanita itu segera memegang bahu Naruko dan menariknya masuk ke dalam rumah dan ke arah sebuah bilik. Sasuke mengikuti mereka daripada belakang.


Miranda berhenti di sebuah bilik yang penuh dengan dress dan costume jewellery lalu berkata, “Tinggalkan dia dengan saya, saya rasa saya ada dress yang sepadan dengan warna matanya.”


Sasuke mengangguk dan berpesan pada Naruko, "Aku paksa kau hadir ke sini berpakaian macam ini sahaja, tapi aku rasa mungkin kau mahu menukar baju yang lebih sesuai untuk malam ini.”

Naruko mengerutkan wajahnya, dia hairan kenapa dia harus mengikut cakap Sasuke tanpa sebarang bantahan. Namun Sasuke yang melihat perubahan di wajah Naruko cepat-cepat memujuknya.


“Baiklah. Aku akan belanja kau Ichiraku Ramen. Syaratnya tolong jadi teman aku untuk malam ini sahaja Naruko, please?”


“Kau hutang aku ramen untuk makan malam selama sebulan ya?” mohon Naruko.


“Apa-apa sajalah,” ujar Sasuke tersenyum, dan kemudian dia beredar.
Naruko tertarik dengan perkataan ramen. Namun sebaik sahaja dia sedar permintaannya itu baru dia sedar bahawa dia perlu menemui Sasuke setiap malam untuk menuntut janjinya. Naruko agak menyesal, namun dia tidak pernah katakan tidak kepada ramen.


Ah bodohnya aku, getus hati Naruko.


………………………………………………………………
Dua puluh minit kemudian

"Wei, berangan apa?" Sasuke menarik lengan Naruko untuk menarik perhatiannya. "Macam mana kau jadi polis pun aku tak taulah Naruko, penjenayah boleh suka-suka hati lalu di sebelah dan kau tidak perasan," Sasuke menyindir. Namun di bibir jejaka itu terukir senyuman lebar.
Naruko menjeling tajam pada Sasuke dan mengabaikan komen jejaka itu. Gadis itu kembali memerhatikan penampilannya dalam cermin. Tadi dia keluar hotel memakai t-shirt dan jeans sahaja namun kini dia berpakaian gaun malam warna biru pastel dan rambutnya kemas didandan sesuai dengan majlis malam itu. Naruko pun sebenarnya terperanjat dengan perubahan dirinya setelah didandan Miranda.

“Kau nampak anggun, tak perlu tengok lama-lama, dah jom. Majlis nak bermula,” tegur Sasuke.


Naruko mengangguk dan melihat imejnya dalam cermin buat kali terakhir.


"Tuan puteri, jom," pelawa Sasuke lagi. Tutur katanya kali ini lebih lembut pula dan Naruko mengangkat keningnya kehairanan.


Kemudian Sasuke menawarkan lengannya kepada Naruko, namun gadis itu bertanya, “Buat apa ni?”

Sasuke mengambil tangan Naruko dan memaksa tangan itu berpaut pada lengannya, “Tangan kau berpaut pada lengan aku ini, sebab kita perlu masuk ke dewan utama. Aku dah beritahu Sakura kau pun ada malam ini.” ujar Sasuke tegas.

“Oh, oh ya,” ujar Naruko sambil menggaru-garu kepalanya. Itu tabiat yang dia sendiri sudah lama tinggalkan tapi kembali pula ketika ini kerana dia berasa gementar

“Naruko sayang, berhenti garu kepala kau. Rambut tu nanti rosak, penat Miranda buat,” ujar Sasuke memperli dalam memuji. Dia kemudian berpaling kepada Miranda dan menunduk hormat, “Terima kasih Miranda, kau akan jadi jurudandan terulung apabila kau tamat belajar nanti.”


“Ahh, Tuan Uchiha, ini biasa-biasa sahaja.” Sasuke senyum dan menarik Naruko keluar daripada bilik itu.


“Jom Naru, kita dah lambat.” Sasuke terus keluar daripada bilik itu sambil menarik Naruko yang berpaut pada tangannya.


“Terima kasih Miranda,” ujar Naruko.


“Miranda itu siapa?” tanya Naruko sebaik mereka keluar bilik.


“Miranda merupakan pelajar jurusan fesyen yang tengah praktikal di butik milik Sakura, Sakura merancang untuk memgambilnya bekerja setelah dia habis belajar,” jelas Sasuke.


“Ah, Sakura dah ada butik?”


“Hmmm, jika kau hadiri reunion beberapa tahun lalu pasti kau tahu perkembangan dia,” sindir Sasuke.


“Oh,” jawab Naruko. Dia bukan sengaja tidak hadir ke reunion itu, tapi kerjayanya membataskan waktu bersosialnya. Namun Naruko tahu buang masa sahaja untuk dia mempertahankan dirinya kerana teman lelakinya yang sebelum ini juga tidak memahami kerjayanya sebagai polis. Ah lupakan kisah lalu, Naruko tidak mahu lagi ingat kisah teman lelakinya, dia harus menumpukan perhatiannya pada waktu ini.


“Berhati-hati dengan tangga nanti ya tuan puteri,” kata Sasuke.


Mereka menuruni beberapa anak tangga untuk ke dewan utama. Walaupun dia berpakaian sedia untuk berparti tapi hatinya kembali gundah. Sudah lama dia tidak ke majlis keraian berpakaian seperti orang awam, selalunya dia akan berpakaian uniform polis khas untuk ke majlis. Tiba-tiba Naruko berasa gementar. Adakah dia akan menjadi perhatian, adakah rakan-rakan lamanya akan marah kepadanya kerana sudah lama tidak balik?


Dia memandang Sasuke dan tertanya, layakkah dia datang dengan Sasuke malam ini?
Sasuke, berkulit cerah, bermata dan berambut hitam memang sentiasa menjadi tumpuan orang sejak zaman sekolah lagi. Malahan dia ada persatuan peminat tidak rasminya juga di kalangan gadis-gadis Konoha. Naruko terfikir masih wujudkah persatuan peminatnya, adakah mereka ada di sini pada malam ini? Adakah mereka akan menyerangnya seperti zaman sekolah dulu?


Pada malam ini, Sasuke memakai sepasang kot dan seluar berwarna kelabu dengan kemeja hitam di dalam. Pada Naruko dia kelihatan sangat kacak dan tatkala itu Naruko terfikir alangkah bertuahnya bagi mereka yang dapat memiliki Sasuke.


“Kau nampak anggun,” kata Sasuke. Naruko tahu Sasuke bukanlah jenis yang mudah memberi pujian dan dia memang terkesan dengan pujian itu.


Setibanya mereka di dewan, Naruko terdengar pengumuman.


“Encik Uchiha Sasuke sudah tiba di majlis, bersama si cantik manis, Cik Uzumaki Naruko. Wah, lama tak jumpa Naru!” Ino separa berteriak pada mikrofonnya sambil menepuk tangan.


“Baiklah, selamat datang sekali lagi ke Majlis Amal anjuran Yayasan Amal Konoha & Tuan dan Puan Haruno. Kami akan memulakan acara utama sebentar lagi, saya Chouji Akimichi bersama pasangan saya Ino Yamanaka, akan menemani anda sepanjang acara malam ini.”


Naruko senyum pada Chouji yang kelihatan segak berpakaian sedondon dengan Ino, tema mereka ungu pastel. Mereka berdua turut bersekolah bersamanya suatu masa dahulu. Dia tertanya-tanya siapa lagi rakan sekolahnya yang turut berada di majlis malam itu.


Daripada celah-celah tetamu, muncul Sakura yang terus merapati Sasuke dan Naruko dengan senyuman di wajahnya, “Naruko, kau ada? Kalau aku tahu kau berada di Konoha aku sudah jemput sendiri kau awal-awal. Maafkan aku, Maaf!”
“Takpe Sakura,” Naruko memegang bahu Sakura dan mereka berpelukan.


Sakura melepaskan Naruko daripada pelukannya dan berkata pada Sasuke. “Mungkin kau mahu ke pentas sekarang, acara akan bermula kejap lagi.”

Sasuke hanya mengangguk kepada Sakura dan berpaling kepada Naruko. Dia senyum dan berkata, “Maaf tuan puteri, patik ada urusan lain nampaknya.” Kemudian tanpa sebarang kata kepada Sakura dia berlalu pergi.


Setelah Sasuke meninggalkan mereka, Sakura berkata. “Dia sangat marah rupanya ya?”


“Ahh, mengenai acara utama lelongan amal jejaka ya?” tanya Naruko.


“Ya,” Sakura menjawab girang. “Dia tak layan pun aku, dan hanya bersikap gentleman pada kau, ya. Perangai macam budak-budak. Hahahha, lagi aku suruh dia berperangai elok, lagi dia buat perangai yang hipokrit macam tu.”


“Apa khabar Sakura?” ucap Naruko.


“Baik. Aku sangat baik. Kau? Eh jom kita makan dulu kerana acara lelongan akan bermula selepas sesi cabutan bertuah ini.”

Naruko hanya mengikuti Sakura yang menariknya ke arah meja buffet, dia pun lapar juga setelah terlepas peluang untuk makan ramen. Sambil dia ditarik Sakura dia sempat melihat rakan-rakan lamanya yang melihatnya dengan wajah terperanjat kerana tiba-tiba muncul setelah 12 tahun. Naruko hanya sempat senyum sebelum dia berlalu pergi.

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers