Pages

Makan-makan fusion barat + asean

Menu makan di kursus / bengkel selalunya mesti variasi biasa seperti mee goreng, nasi lemak, nasi goreng, roti jala dan sandwic. Selalunya itula untuk breakfast dan minum petang, kalau makan tengahari pula selalunya nasi. Sekarang trend nasi arab masa meeting atau jamuan special. Selain tu nasi putih la, mudah sebab pilihan lauk dia anda boleh pilih ayam atau ikan, atau kalau kaya sikit company tu ada pula seafood.

Oh, selasa dan rabu aritu aku ada bengkel dengar pasal syarikat nak offer technology terbaharu di pasaran, pasal technology transfer la. Flash jadi HTML5, DNS buang tepi, semua benda interaktif dan one company urus semua produk IT ko. So mereka ni bertiga daripada Australia, sorang daripada Singapore tapi rakyat Australia, dan maka makanannya mestilah barat yang fusion dengan Malaysia.


Sarapan


Burger telur scramble dan wrap. Wrap dia sedap sebab pedas2 sikit. Aku tak makan pedas tapi bila dapat makanan barat perasa Malaysia ni lega tekak rasa. Hehe.


Makan tengah hari


First day to makan nasi goreng dengan ayam manis bersesame seed. Hari kedua makan pasta ni yang rasanya digoreng dengan olive oil dan chilli flakes. Daging dia sedikit liat sebab dah sejuk kot.


Minum petang


Minum teh makan cucur keras dan bawang gumpal2 goreng. Aku rasa macam dia campur telur dan tepung jagung. Dip untuk cucur dan bawang dalam gambar ialah krim kaler hijau, sos gula melaka dan juga satu dip kacang ni. Tukang masak tu kata ramuannya peanut butter + olive oil + garlic + butter



Kalau agak2 nak makan benda bawang di atas, sila ke Tomorrow People. Mereka bukan geng gua mahu pun gua dibayar untuk ini.

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers