Pages

Merah Jingga 3 - SasuFemNaru Fic



Bab 3

Pertemuan dengan rakan lama


Sebenarnya sejak tamat pengajian di akademi polis, Naruko sudah jarang makan ramen. Memang ramen ialah makanan wajibnya ketika zaman belajar dahulu, malahan rakan-rakannya seperti Shikamaru, Gaara, Temari dan juniornya Konohamaru dan hampir 89 peratus pelatih polis lain memilih ramen kerana ia mudah disediakan. Soal suka atau tidak pada ramen tidak dipedulikan kerana makanan itu ringkas dan murah. Lagipun Konohamaru ada menyimpan berkarton-karton ramen segera dan selalu menjualnya kepada Naruko dengan harga borong. Mungkin dek kerap memakan ramen di akademi polis dia jarang menyentuh ramen semasa sudah bekerja. Namun hari ini dia mengidam ramen.

Malam itu, Naruko memilih t-shirt oren kegemarannya untuk keluar ke bandar. Tapi malam itu agak sejuk jadi dia turut memakai sepasang jaket labuh warna coklat paras lutut. Sedang dia keluar daripada hotel tempat dia menginap untuk minggu itu, dia menyapa bellboy hotel itu.


"Selamat malam Cik Uzumaki," ujarnya.


"Selamat malam juga, habis kerja pukul berapa?"


"Pukul 3.00 pagi Puan, hari ini kami menerima banyak tempahan sempena Ulang Tahun Konoha yang akan diadakan tiga hari lagi."


"Oh ya, saya hampir lupa pasal tu. Selamat bertugas macam tu," Naruko melemparkan senyuman sambil melangkah keluar.


Naruko meninggalkan kawasan hotel itu dan menuju ke pusat membeli belah seberang jalan. Sambil mengorak langkah, Naruko melihat sekelilingnya. Dia mendapati Metro Konoha banyak berubah berbanding kali terkahir dia di sini. Walaupun Naruko dilahirkan di Konoha, namun dia meninggalkan bandar itu sebaik habis sekolah menengah. Kini sudah hampir 12 tahun dia menginggalkan Konoha.


Lampu-lampu jalan hiasan berwarna-warnai menjadikan bandar Konoha sangat meriah. Dia tersenyum mengenang masa lampau. Perutnya bekeroncong inginkan ramen dan Naruko segera melangkah mencari kedai ramen.


………………………………………………..


Sasuke sedang dalam perjalanan ke rumah Sakura untuk majlis amal. Dia memutuskan untuk lalu di tengah-tengah bandar demi untuk melewat-lewatkan perjalanannya. Dia enggan menghadiri majlis amal itu namun Sakura telah belot dengan menelefon neneknya dan kini dia terpaksa pergi. Abangnya Itachi juga akan hadir, maka Sasuke kini tiada alasan untuk mengelak daripada datang.


Metro Konoha agak sesak pada malam minggu, maka ramai betul orang di jalan raya. Pada sebuah jalan dia terpaksa berhenti kerana lampu isyarat bertukar merah untuk membenarkan pejalan kaki melintas jalan. Sedang dia memberhentikan kereta dan memerhatikan manusia lalu-lalang melintas jalan, dia ternampak seseorang.


Seorang perempuan dengan rambut kuning diikat ekor kuda sedang melintasi keretanya, Sasuke sangat mengenali pemilik rambut itu, t shirt oren dengan lambang pusaran Konoha, sudah pastinya dia!


Sasuke menurunkan tingkap keretanya dan memanggil, "Naruko, kau ke tu?"


Gadis itu berpusing dengan pantas dan memandangnya dengan wajah terpinga-pinga. "Haa, siapa panggil nama aku?"


"Akula, di sini!" Sasuke tergelak melihat Naruko tercari-cari siapa yang memanggilnya, walhal Sasuke berada betul-betul di hadapannya. Tanpa membuang masa, Sasuke membuka pintu dan melompat keluar dari keretanya demi untuk mendekati Naruko.


"Wei, aku la. Boyfriend tak jadi kau," Sasuke menyergahnya setiba sahaja dia di hadapan Naruko.


Naruko hampir terjatuh namun Sasuke dengan cepat merentap lengannya supaya dia berdiri dengan stabil. "Aha! Jantan tak guna, apa kau buat kat sini?" Naruko segera menumbuk bahu jejaka itu.


Sedang mereka membuat reunion di tepi jalan, sebuah kereta yang berada di belakang kereta Sasuke membuka tingkapnya dan pemandunya mula menjerit marah. "Hei orang kaya, ni bukan jalan mak bapak ko sorang nak berhenti sesuka hati!" Makcik itu terus menghentam enjin keretanya sebelum menghalakan keretanya untuk memotong kereta Sasuke dan meninggalkan jalan raya itu.


"Haa, tulah kau Sasuke, memang daripada dulu suka buat sesuka hati. Ko nak aku saman kau atas kesalahan trafik?" Naruko marah.


Sasuke memandang Naruko, "Oh, jadi kau memang dah pegawai polis macam mereka katakan, aku memang tau kau akan merealisasikan impian kau."


"Apa-apa jelah. Jom, kita beredar daripada sini sebelum ada orang kecoh panggil polis lain."


"Yelah, yelah. Jom. Naik kereta aku," ujar Sasuke.


"Aku nak pergi beli barang ni, jumpa nanti saja" ujar Naruko sambil dia diheret Sasuke menuju ke keretanya.


"Hmmm. Ikut aku dulu."


Naruko terpinga-pinga sambil dia menaiki kereta Sasuke. Dia sangka Sasuke akan memberhentikan dia di tepi jalan namun sebenarnya tidak. Selepas lima minit Naruko menjadi hairan.


"Sas, ini jalan menuju keluar bandar. Kita nak ke mana?" Naruko memandang tepat wajah Sasuke.


Sasuke pula tidak mengalihkan perhatiannya daripada jalan raya namun tersenyum sinis dan berkata, "Kita akan ke rumah Sakura."


"Hah, buat apa?"


"Reunionlah apa lagi? Ko diam sahaja dan nikmati perjalanan ini."


"Haaa? Berhentikan aku tepi jalan jela. Aku ada urusan lain."


Sambil tergelak sinis Sasuke memecut keretanya menuju ke arah rumah Sakura.


"Rilekslah, kau tetap cantik seperti dahulu walaupun masih pakai t-shirt berusia tiga belas tahun."


Naruko berasa geram, dia perlu turun segera kerana ramen rindukan dia.


“Berhentikan kereta ini Uchiha!”


“Apa kau boleh buat? Masuk aku dalam lokap,” perli Sasuke sambil terus memandu keretanya meninggalkan pusat bandar untuk ke rumah Sakura.


Naruko tidak menyangka malam ini dia akan bertemu Sasuke kembali.Mereka mula berkawan sejak sekolah rendah lagi. Walaupun dia gembira bertemu rakannya itu, namun dia tidak bersedia untuk berjumpa malam ini.


Oh ramen, di manakah kamu? pinta hati Naruko. Dia melihat Sasuke dan baru tergerak untuk bertanya tentang destinasi mereka.


“Kita nak ke mana ni Sasuke?” tanya Naruko. Perasaan laparnya terus hilang ketika ini.


“Usah risau Naruko, dah berapa lama kau kenal aku. Nah tengok ini,” Sasuke mencapai sekeping kad undangan daripada celah-celah kerusinya dan menghulurkannya pada Naruko.


“Apa ini?” tanya Naruko.


“Bacalah, ada matakan?”


Naruko mendengus, Sasuke selalu menyusahkan dia dengan macam-macam perkara sejak dulu. Lalu dia membaca kad itu.


“Majlis Amal Konoha, anjuran Tuan dan Puan Haruno dengan kerjasama Kelab Kembara Konoha.”


“Haruno? Ibu bapa Sakurakah?” Sakura bertanya pada Sasuke.


Sasuke hanya mendengus, “Hnnn.”


Naruko mengeluh lagi kerana nampaknya dia tidak akan dapat makan ramen malam ini, tak mungkinlah mereka akan sediakan ramen di majlis amal.

“Mengapa kau tidak hubungi kami sekian lama,” tanya Sasuke tiba-tiba.


Naruko hanya menjawab, “Hidup berubah. Itu alasan aku.”


Sesungguhnya sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, Naruko banyak mendedikasikan hidupnya untuk menyiasat kes Amaterasu. Namun dia sentiasa bertemu jalan buntu sehinggalah timbul kes Sharingan dan Chidori.

Sasuke pula hanya diam dan tidak lagi menyoalnya, namun dia hanya mengerling Naruko sambil terus memandu ke rumah Sakura.

“Ayah dan ibu kau tak hadir? Itachi?” soal Naruko lagi.

“Tidak, mereka melawat Nenek aku yang sedang sakit di Tokyo. Tapi Sakura berjaya memujuk nenek aku untuk menyuruh aku mewakili mereka.”

Kau tak beritahu Sakura ke yang nenek kau sakit.”

“Ah, alangkah bagusnya jika keadaan semudah itu.”

"Maksud kau?"

“Sakura telah menelefon ayah dan ibu aku semalam dan bertanya khabar. Namun nenek yang menjawab telefon dan mengaku bahawa dia bukan sakit serius, hanya sakit rindu pada anak dan cucunya.”

“Oh, apalah yang Sakura katakan sampai nenek kau memberi pengakuan sebenar.”

“Sakura memang licik. Dia memandai-mandai mengatakan bahawa aku sudah berjanji tapi aku lupa. Itachi juga setuju untuk datang malam ini, maka…” Sasuke membiarkan Naruko memahami ayatnya yang tidak habis.

"Haha, kau memang kau tak boleh melarikan diri." Naruko berpuas hati apabila mendapat tahu Itachi dapat mengenakan Sasuke yang sukar untuk dipujuk ke majlis sosial sebegitu. Dia amat berasa puas hati, kerana bukan selalu dia dapat melihat Sasuke terseksa.

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers