Pages

Sampai selebum 7.30

Kalau kena berada kat sesuatu tempat sebelum 7.30 rasa macam kembali masa zaman sekolah rendah dulu.

Mata sepet-sepet pergi mandi dalam kesejukan cuaca pagi.
Mak pula bergegas memasak sambil pastikan semua orang siap sebelum bas sekolah tiba.
Baju sekolah dah siap gosok-gosok malam semalam.

Tapi aku baru nak gosok baju pagi ni hehehe. Pagi ni ada kursus nun di Kuala Lumpur dan bakal jumpa ramai orang tidak dikenali. Ia kursus seharian anjuran kementerian maka ada 200 orang daripada pelbagai agensi yang pergi. Maka tetiba macam rasa pertama kali ke sekolah, debor-debor ko. Cuma kursus ni tak ada la sesi perkenalan "Nama saya ___ daripada _____".

Okla selamat hari Isnin!

Selling tudungs

1. Today I learned a few important lesson as a seller like the types of cloth which people prefer to buy and also a few more reminders from past selling experience. Tudung clad makciks buy tudungs according to their baju. The general thng they do is bring along their baju kurung to the tudung shop and do a colour match. Some picky women while searching for the perfect blue tudung grumbled seriously with knitted eyebrows. Hearing them made me feel like asking, "is it my fault that the colour they want is not available? And is it my fault that you left behind the baju?

2. Makciks call selendangs or shawls as the thing that 'they fashionably spin around their head'. They say "Oh ni yang lilit-lilit tu ya?" Someone said they don't know how to wear the 'awning tudung' and I say WOW. For me I don't wear tudung awning out of preference, it's like I'd rather go mad wearing shawls belit2 kepala than wearing easy peasy tudung awning. Some people still buy the square tudung alone and hasn't even ventured into the awning and shawl tudung territory.

3. Some of the rehashed lessons are:
a. Always mention the first price higher than you know they want because they will surely ask for a lower price. They want to bargain meh. Hey, even if we put the first price as low as RM 5 some customers will still ask "Cannot be cheaper ah?"
b. Be ready with a table cloth. Haha so basic because basically we only rent the table and chairs.
c. Be ready with plastic bag and change, I forgot to bring the change and the plastic ran out just before selling time ended.

Ok happy weekend and see you later.

Uniform baru pergi kerja

Seprais aku pregnant. Ada orang kata kalau mengandung cukup je ada 3 helai baju. Aku mula kena beli baju masa kandungan 5 bulan jadi cuma 4 bulan aje kena berpakaian baru. Tapi kalau dah kena duk opis 9 jam x 5 hari takkan nak pakai 3 pasang je baju. Itu tidak sesuai!

Setakat ni aku dah resizekan kain 3 helai baju kurung dan beli 3 helai seluar preggie. Sehelai beli sale kat Mother Care Metrojaya (RM70) dan dua helai kat Optimo (2xRM40) tapi seluar mother care yang seronok sebab depan belakang getah pinggang dia boleh laras. Boleh tarik2 macam tali sarung bantal peluk tu. Manakala seluar kat Optimo tu sux sebab getah pinggang cuma boleh tarik dan laras ikut perut pada satu belah. Makanya selalu seluar aku londeh dan kena diejas2. Baju kurung boleh bertahan lagi 2 bulan aje. Aku dah tengok perut orang pregnant 7 ke 9 bulan, BESARRR! Maka aku sangat2 perlukan baju baru!

Salah satu pelan ialah memaksa emak aku jahitkan. TerimaKasih mak! Jasamu ku kenang. Kain beli tapi mak belanja upah menjahit. Minggu lepas dalam masa 3 hari mak aku bertungkus lumus jahit baju2 berikut.


Pertama, gaun polkadot.

Bisa dipakai sehingga saat bayi keluar yahuuuuu!
Kain cotton polka dot biasa aje.


Kedua, baju cap rimau.
Aku minta mak aku jahitkan dress skirt bertingkat tapi dia buat blouse.
Mak aku kata sebab kain 2 meter aje. Kalau nak buat dress kena ada 4 meter.
Baiklah mak. Baju free jangan banyak songeh.
Ni kain apetah, tapi bukan cotton.


Baju ketiga, empire waist blouse.
Jelas sekali ideologi ibu dan anak berbeza. Mak aku suruh ikat tali yang dijahit pada line empire tu (tang dada tu) secara longgar. Tetapi aku ikat ketat2 sebab nak nampak canggih. Kalaulah aku pandai menjahit. Kekalaulan dalam malas nak belajar jahit tangan. Aku tere jahit tangan meh. Jahit kia la. Rege kain di atas semeter RM12 macam tu. Guna 2 meter. Semua kain beli kat Kamdar sajer.

Ok. Makanya modal half atau 1/3 aje daripada rege baju kat kedai. Kastem made pulak tu.
Yahuuuu!

Merong Mahawangsa?

Jalan kat rumah aku dulu nama dia Jalan Garuda
Di traffic light bertemu pula Jalan Langkasuka
Esok aku nak chow pulang dekat2 sana
Bukan balik kampung tapi pergi berkursus juaa

Lepas habis tu mestila balik kampung kan
Yeyeaaaaaaaaaaaaaaaaah!

Baby steps in photoshop

I just found a site authored by a mum of a toddler. She is also a baby and family photographer so apart of 'becoming-a-mum' stories she also shares tips on photoshopping pictures. So today I experimented on two of them.


First tip is to brighten up pictures.



Before



After




And the second one is to make eyes appear brighter.



Before



After

It looked a bit unatural but still I am learning something new.


Check her out here, becoming-mom

Women's day all over the globe - 8 March 2011

Today is a day for all woman, and maybe for individuals who feel they are 'woman'. Heiiii, it's a fiercely competitive world out there so we must be fair to all. So I wish you all a happy International Women's Day. I hope that all Women of the world will be honoured everyday everywhere.

Let's bash the beasties out there who harm our womenfolk into despair.

Happy women's day.


FYI Malaysia has been celebrating women's day since 1985, read the rest of the history at WAO's website.

Fan page RTM

Abaikan semua page fb di RTM dan terus ke RTM - Official fanpage.
Tata and happy weekend.

Ketika ikrarmu suatu masa dahulu tak dapat dipenuhi masa ini

Hidup ini dipenuhi dengan impian kan. Masa kecik aku impikan nak dapat A dalam semua subjek peperiksaan. Tapi tak semua A tu dalam genggaman, yelah kan bukan rajin sangat belajar pun macam mana nak dapat A semua.

Semasa masih naif umur 6 tahun dan materialistik habis berangan nak jadi Bank Manager kononnya banyak duit. Dua tahun kemudian di darjah dua nak jadi penari sebab karier itu nampak sangat artistik dan di sekolah menengah nak jadi arkitek sebab belajar kat sekolah sains ambil lukisan kejuruteraan. Tapi masuk U ambil subjek-subjek komunikasi massa dan pengajian media. Sekarang ni keje dengan gomen menerbitkan kandungan web, agak tak penerbit juga tapi penerbit la juga.

Tapi ada juga benda yang aku tak impikan langsung nak buat tapi berjaya buat sekarang ini. Pertama ialah masa aku kanak-kanak aku sangat pemalu nak bercakap dengan orang. Kebanyakan mereka ingat aku sebagai rakan sekelas yang senyap. Bapa aku kata aku tak kacau orang dan buat hal sendiri. Namun bila bersekolah menengah aku ansur-ansur jadi interaktif. Mana taknya asyik kena buat presentation kat depan kelas. Bila masuk Uni lagila banyak presentation. Pensyarah bagi syarat longgar boleh guna nota kecil untuk rujukan tapi kena ada eye contact dengan penonton.

Masa bekerja ni Alhamdulillah dah boleh menghafal skrip depan kamera. Kira kamera bukan musuh aku la tapi walaupun aku sayang kamera, kamera belum sayang aku lagi wuhuhuhuhuhuhuhu. Baiklah, sambil-sambil tu nak cerita ni aku teringat masa buat assignment untuk subjek Pengarahan TV. Kami memerlukan pengacara jadi kawan aku guna khidmat junior dia yang kacak/tegap dan juga freelance model majalah lagi. Kawan dia ni tak pernah jadi mana-mana pengacara kira kami la yang first shoot dia.

Maka kami pergi shoot kat dalam muzium/galeri seni kat Laman Budaya Shah Alam. Bila mula merakam je dia gagap-gagap bercakap, dia kata dia nervous gila depan kamera. Kesian juga tengok sebab dia dah sudi bagi tenaga kerja percuma tapi dia takut dengan kamera. Masa tu kali pertama aku tengok orang takut dengan kamera siap berpeluh-peluh lagi. Jadinya kami tukar orang dengan kawan kami yang lain kelas. Alhamdulillah projek tu siap. Kalau ada video dia mana-mana aku publish sini nanti. Kalau la jumpa. Tajuk dia Trivia Warisan, majalah tv pasal segala jenis warisan di Malaysia ni. Ada segmen pasal pakaian tradisi India, rumah tradisional di Melaka dan juga makcik menganyam bakul.

Keduanya, fuuuh banyak iklan kan, ok yang keduanya jadi kameraman orang kawin tak bertauliah. Bak kata mat salleh "Never in a million years" aku verangan nak jadi kameraman amatur ni. Serius. Sebab masa aku kecik kamera mahal. Masa kat U kena belajar guna kamera manual SLR tapi aku hampeh tang ni sebab tak reti tgk viewfinder. Kalau ada tiga objek berderet dan pensyarah nak fokus objek kat tengah dan bagi objek depan dan belakang blur. aku tak nampak2 pun objek tengah sharp guna viewfinder.

Paling aku suka dan senang sikit ialah cuci gambar dalam bilik gelap. Macam klasik gila sebab selalu tengok orang bergelap cuci gambar dalam tv aje. Tapi dengan wujudnya kamera digital SLR senang la sikit hidup orang macam aku ni. Tak suka gambar delete, lepas tu edit dalam komputer dan print di kedai. Yahuuuu. Nak fokus objek di tengah guna jela titik fokus yang dah siap2 ada dalam kamera tu. Kamera aku ada 9 je titik fokus dia.

Ketiganya ialah jadi peniaga, serius aku rasa macam ada semangat berniaga sampuk aku semenjak 3-4 tahun ni. Dulu verangan la nak perasan jadi peniaga. Aku rasa macam aku takde talent langsung jadi peniaga. Rasa berangan sangat ada orang nak beli barang daripada aku. Dasat kan feeling macam gitu. Tapi Alhamdulillah kekurangan itu aku cuba atasi perlahan-lahan sekarang ini. Walaupun aku asyik verangan pasal nak berniaga berbanding berniaga, sekurang2nya ada la usaha sikit. Hahaha ayat memujuk diri. Okla beb ciaowww. until next time.

Apakah ikrarmu suatu masa dahulu yang tak dapat dipenuhi masa ini tapi ikrar lain yang muncul tak disangka menjadi kenyataan? Meh kongsi.


hELLO

hELLO
:D

Followers