Hidup ini dipenuhi dengan impian kan. Masa kecik aku impikan nak dapat A dalam semua subjek peperiksaan. Tapi tak semua A tu dalam genggaman, yelah kan bukan rajin sangat belajar pun macam mana nak dapat A semua.
Semasa masih naif umur 6 tahun dan materialistik habis berangan nak jadi Bank Manager kononnya banyak duit. Dua tahun kemudian di darjah dua nak jadi penari sebab karier itu nampak sangat artistik dan di sekolah menengah nak jadi arkitek sebab belajar kat sekolah sains ambil lukisan kejuruteraan. Tapi masuk U ambil subjek-subjek komunikasi massa dan pengajian media. Sekarang ni keje dengan gomen menerbitkan kandungan web, agak tak penerbit juga tapi penerbit la juga.
Tapi ada juga benda yang aku tak impikan langsung nak buat tapi berjaya buat sekarang ini. Pertama ialah masa aku kanak-kanak aku sangat pemalu nak bercakap dengan orang. Kebanyakan mereka ingat aku sebagai rakan sekelas yang senyap. Bapa aku kata aku tak kacau orang dan buat hal sendiri. Namun bila bersekolah menengah aku ansur-ansur jadi interaktif. Mana taknya asyik kena buat presentation kat depan kelas. Bila masuk Uni lagila banyak presentation. Pensyarah bagi syarat longgar boleh guna nota kecil untuk rujukan tapi kena ada eye contact dengan penonton.
Masa bekerja ni Alhamdulillah dah boleh menghafal skrip depan kamera. Kira kamera bukan musuh aku la tapi walaupun aku sayang kamera, kamera belum sayang aku lagi wuhuhuhuhuhuhuhu. Baiklah, sambil-sambil tu nak cerita ni aku teringat masa buat assignment untuk subjek Pengarahan TV. Kami memerlukan pengacara jadi kawan aku guna khidmat junior dia yang kacak/tegap dan juga freelance model majalah lagi. Kawan dia ni tak pernah jadi mana-mana pengacara kira kami la yang first shoot dia.
Maka kami pergi shoot kat dalam muzium/galeri seni kat Laman Budaya Shah Alam. Bila mula merakam je dia gagap-gagap bercakap, dia kata dia nervous gila depan kamera. Kesian juga tengok sebab dia dah sudi bagi tenaga kerja percuma tapi dia takut dengan kamera. Masa tu kali pertama aku tengok orang takut dengan kamera siap berpeluh-peluh lagi. Jadinya kami tukar orang dengan kawan kami yang lain kelas. Alhamdulillah projek tu siap. Kalau ada video dia mana-mana aku publish sini nanti. Kalau la jumpa. Tajuk dia Trivia Warisan, majalah tv pasal segala jenis warisan di Malaysia ni. Ada segmen pasal pakaian tradisi India, rumah tradisional di Melaka dan juga makcik menganyam bakul.
Keduanya, fuuuh banyak iklan kan, ok yang keduanya jadi kameraman orang kawin tak bertauliah. Bak kata mat salleh "Never in a million years" aku verangan nak jadi kameraman amatur ni. Serius. Sebab masa aku kecik kamera mahal. Masa kat U kena belajar guna kamera manual SLR tapi aku hampeh tang ni sebab tak reti tgk viewfinder. Kalau ada tiga objek berderet dan pensyarah nak fokus objek kat tengah dan bagi objek depan dan belakang blur. aku tak nampak2 pun objek tengah sharp guna viewfinder.
Paling aku suka dan senang sikit ialah cuci gambar dalam bilik gelap. Macam klasik gila sebab selalu tengok orang bergelap cuci gambar dalam tv aje. Tapi dengan wujudnya kamera digital SLR senang la sikit hidup orang macam aku ni. Tak suka gambar delete, lepas tu edit dalam komputer dan print di kedai. Yahuuuu. Nak fokus objek di tengah guna jela titik fokus yang dah siap2 ada dalam kamera tu. Kamera aku ada 9 je titik fokus dia.
Ketiganya ialah jadi peniaga, serius aku rasa macam ada semangat berniaga sampuk aku semenjak 3-4 tahun ni. Dulu verangan la nak perasan jadi peniaga. Aku rasa macam aku takde talent langsung jadi peniaga. Rasa berangan sangat ada orang nak beli barang daripada aku. Dasat kan feeling macam gitu. Tapi Alhamdulillah kekurangan itu aku cuba atasi perlahan-lahan sekarang ini. Walaupun aku asyik verangan pasal nak berniaga berbanding berniaga, sekurang2nya ada la usaha sikit. Hahaha ayat memujuk diri. Okla beb ciaowww. until next time.
Apakah ikrarmu suatu masa dahulu yang tak dapat dipenuhi masa ini tapi ikrar lain yang muncul tak disangka menjadi kenyataan? Meh kongsi.
0 comments:
Post a Comment