Pages

Kursus time2 ni

"Dah sarat macam ni pun nak gi kursus ke?" kata boss aku dan juga lecturer kursus tadi. Aku kata masa ni le nak gi kursus, esok dah ada baby mana dan nak gi kursus. Hahahaha alasan kan, macam la kursus tak office hour, macamlah daddy anak aku xleh amek alih kejap. Hakikatnya aku nak settlekan minimum kursus 7 hari setahun yg semua kakitangan kerajaan kena gi tu. Bila dah setel boleh fikir benda lain pula menjelang hujung tahun selepas habis cuti bersalin.

Sebab tahun sebelum ni aku gi kursus bulan januari dan seterusnya november. Memang masa tu cukup2 aje kursus 7 hari. Hehe. Satu awal tahun dan satu hujung tahun.

Hmmm x sangka plak aku skema memenuhi keperluan jabatan ni. Tapi memang bagus la kena gi kursus ni sebab ia bagi kita keluarkan diri dari mode keje. Yele adekala bila asek dok opis je tak berkembang juge. Maka bila boleh gi kursus dpt ilmu baru, jumpa org dan mengenal kakitangan lain dlm kementerian yg sama, dahle rilek2 dan mkn je keje. Yelakan contohnya kebanyakan kursus team building diadakan di luar kawasan office di dan di hotel maka memang macam gi bercuti la.

Kursus yang aku pergi ni kursus still photo anjuran institut kursus kementerian aku. Tapi lecturer dia syed agil of utusan. Esok kiteorg nak gi studio dia utk blaja shoot gambar di studio, lusa gi taman tasik untuk outdoor pula. Alhamdulillah tadi pun walau belajar asas tapi byk benda baru aku tau.

Wehh okla, nak tidooor. Nite all.

1 comments:

Ellen Whyte said...

Courses or cursing? :-) the two are so close together....

hELLO

hELLO
:D

Followers