Pages

Cerita pasal tukar-tukar hadiah

Aku ingat first time aku main game tukar-tukar hadiah ni masa form 5. Masa ni nak la hadiah yang menarik untuk party perpisahan kelas so organizer fikir daripada semua orang dapat hadiah tipikal sama je baik buat surprise so semua orang dapat hadiah lain-lain. Maka kelas aku masa tu buat syarat Hadiah kena minimum harga RM5, kira dah mampu milik sangat la masa tu untuk orang umur 17.

Masa tu dah undi siap2 sebelum pergi shopping untuk mudahkan pemilihan hadiah. Namun jadi tak thrill la sebab kita dah boleh fikir nak belikan hadiah apa. Aku belikan cincin perak rege RM5 sebab budak perempuan tu aku tengok feminin hmmm agak-agak dia simpan lagi tak? Masa tu senang nak beli hadiah RM5 walaupun Hinode atau 100 Yen store tak wujud lagi. Berlambak-lambak hiasan meja rege bawah RM5 di pasaran dan boleh beli pesan sambil tidur atas katil. Pesan je kat junior "Nah dik 5 hengget, belila apape hiasan yang ko rasa cantik, balik outing kang kejut akak ok zzzzzzzzzzzz."

Tapi lagi best kalau undi penerima hadiah dan setakat tau jantina je tapi bukan siapa orangnya. Hahaha namun kalau buat kat office aku siapa yang dapat belikan hadiah untuk lelaki tu tak surprise langsung sebab lelaki di opis aku ada sorang aje.

Apa aku dapat masa tu? Serius tak ingat la bila fikir balik. Waaaaaaaa memang serius tak ingat. Hadiah orang lain aku ingat pula. Sorang kawan pomuan dapat kicin bentuk kuih tradisional daripada sorang klasmet lelaki ni. Aku ingat sangat sebab dia cite yang masa dia dapat kicin tu dia terbuat muka hampe dan budak yang bagi tu terus janji nak bagi hadiah lain. Sorang lagi aku ingat dapat music box. Circa 1999 memang berlambak music box plastic kat kedai daripada harga RM2.90 sampai yang mahal.

Cenggini la lebih kurang bentuknya.
Tapi pakai sebulan dah kiok dia bernyanyi lari pitch.


Office aku plan nak bagi hadiah style macam tu untuk party opis yearly. Pening ooo nak cari hadiah seragam untuk lelaki dan perempuan dengan rege RM20. Fuuuuuuuu lagi kalau ko berfikiran terlebih kreatif dan bawa perut ke hulu hilir. Kalau opismate aku yang dulu dia belikan full length mirror la (ini ada connotation tak menarik macam silalah cermin diri anda haha), bantal (kalau sakit belakang sangat dialu-alukan) dan sekali tu mug bertutup dan bekas majalah.

Sebenarnya kesinambungannya di sini, aku nak cite pasal Pyan gi kursus team building dengan kompeni dia dan di penghujung event kena tukar-tukar hadiah. Kat rumah aku ni memang arkib barang2 free la you. Ada banyak mug dan bekas air, sebab Pyan selalu dapat kat press conference dan aku selalu guna dan hilangkan. Kalau dapat buku nota dan pen aku suka pas kat mak aku sebab mak aku suka merekodkan transaksi jahit bajunya itu.

Dan oleh kerana banyak sungguh benda ni ada maka dia fikir nak bagi je bekas air aluminium kat penerima misteri itu. Aku kemain nak carikan hadiah yang feeling lebih sikit la tapi tak sempat nak cari. Maka dalam dia mempack barang dia mementionnya la nak bawak benda ini.


Ala-ala ni tapi kaler biru gelap.





Sekembalinya dia ke rumah dia cite yang budak penerima hadiah dia itu sangat suka dengan hadiah bekas air itu. Nak dijadkan cerita memang takdirya budak itu pula gemar sukan berbasikal jadi senang nak bubuh kat beskal dia. Alhamdulillah. Memang tak de maknanya jika aku memandai carikan hadiah lain pun. Memang akdang-kadang kita fikir benda tu kodi tapi pada orang lain benda tu heaven ye.

Makanya budak tu pula bagi Pyan ini. Ini pula heaven pada aku. Menurut Pyan budak tu memang suka membaca.


Ni buku motivasi ni. Nipis je dalam 197 muka surat. Boleh la baca semasa menunggu. Tunggu apa pe je la.

ps : Happy Anniverseri tu Muzafar Cosmonaut dan Halina MD.

4 comments:

Ellen Whyte said...

Just dropped in to say Good Luck with your first day back at work!

Anonymous said...

hahaha.. very nice bila dpt tukar² hadiah :) nostalgia zaman sekolah ...

akubisikdisini said...

hahahah...teringat siot zaman tuka2 hadiah..aku siap terbwk smpi ke belia...tuka2 gan partner..hahah..bagusla ko igtkan..leh aku wat aktiviti kt opis aku nnti..huhu

Sherry said...

so fun exchange gift, I did that too with bff

hELLO

hELLO
:D

Followers