Pages

Jobby wobby - murah pun dapat jugela rejeki kan.

Intro dulu yer. Bulan depan ada dua job amek gambo menanti.

SATU dinner parteh kompeni kawan aku kat sebuah restoran. Bajetnya kecik, so dia minta aku rekemen photographer tahap junior pun ok sbb nak bayo murah aje. So aku rekemen kawan aku sbg lead pixgirl. Bajet less than RM400 untuk 4-5 jam punya keje, nak portrait untuk 60 orang, siap editing. Perggghhhhh tapi aku amek je :P. Maklumlah kawan aku dan aku photographer humble, job kecik pun amek je. Aku kata ko edit 30 aku edit 30m settle la, guna je photoscape. Hey you, photoscape pun juling biji mata tau edit. Daripada segi lokasi jimat la tambang sbb dekat je dengan rumah aku.

Sekarang ni aku suka jadik no 2 je sebab kamera aku key oh skang. Tengok la repair ke atau buat hutang baru kat kedai beli baru. Nak beli cash hmmmmmmmmmmmmmm. Nak beli seken hand entah la ek, macam x seswai je lagi.

DUA, besday parteh anak lily. Aku tak tanya dia lagi nak album sekali ke macam mana pulakkan. Tapi yang ni konpem boleh bawak anak so rilek lagila.

Alhamdulillah laku lagi skill photographerku ini :)

Sepanjang aku preggie and beranak ni dah 4 wedding aku amek gambo, tapiiiiiiiiiiiiiiii semua sedara mara belah laki aku. Bayo upah boleh la buat bayar bil tepon and balik kampung. Kalau tak sedara mara tak nak kot amek. Sebabnye bile sedara mara, of course nak minta price murah-murah, tapiiiiiiiiii anak boleh bawak sekali and ramai tukang jaga. Tambang dicover beramai-ramai (walaupun macam aku jugak je yang bayo tambangnya).

Bila wedding sedara ni boleh borak2 sambil belek gambo, takyah buat muka tekun sooo into the job, bleh pas kamera kat sang suami sebab mak andam suruh makan beradab dengan pengantin. Masa tu mak sedara semua dah siap makan kat khemah tetamu so khemah pengantin makan kosong. Tepat dua jam anak merengek nak menenen boleh bawak lari masuk rumah/kereta bagi susu dalam kereta.

Hehehe nampak macam banyak main-main aje kan aku kat kenduri kahwin ni. Tapi banyak la menunggu dalam amek gambo ni. Tunggu pengantin mekap, tunggu pengantin pakai baju 13 lapis, takkan nak join sekaki tengok pengantin berpakaian kan. Pengantin makan kita lepak dalam 30 minit ada. Pengantin pulak lepas bergambar dalam bilik, atas pelamin, depan rumah nak buat outdoor sikit dah penat, kita yang mencangkong, meniarap, berdiri balancekan diri atas tilam empuk, pun masih bertenaga dorang dah kiokkk. Maklumlah nama je pengantin walhal berhempas pulas 2 bulan sebelum tu rancang majlis mana tak penat. Semasa bergamabr pun berenti kejap sebab nak bermesra dengan tetamu yang datang dari jauh-jauh tu. Natijahnya aklau dah tau flow majlis taula bila nak adjust masa untuk menyusukan anak tu. Takdela time pengantin nak bersanding pun nak la sibuk menenen anak. Time pengantin tukar baju nikah ke baju pengantin sambar anak bagi makan. Time penganten babai babai dengan family sebelah lelaki nak balik dah pun sambar anak. So by the time pengantin kata ok kami dah ready nak amek pic, maka aku pun ready.

Yang tak best amek gambo sedara mara ni bila tolak kos album and minyak ke rumah dia macam cukup untuk makan Nando's je, semua nak murah. Sebab murah la amek la familia kan. Payment pun liat juga nak bayar tu kadangkala walaupun mahal lagi amek lesen L. DVD dah bagi pun selalunya tu yang pelahap nak duit juga hahaha.

Last wedding aku amek masa Krismas dulu. Anak aku bapak, datuk, nenek dan makcik2 dia yang pegang. Dari jauh aku nampak dia ok je memula, lepas 2 jam nangis kepenatan. Masa tu pengantin tengah makan and suami aku amek picca pengantin and akwan2 dia, aku pula tengah makan lauk penganten. Bagi susu, tepuk2 sikit, bagi ayat-ayat manis - "darling ibu amek gambo kejap" ok la kot.

Kenduri masa tu tetiba aku kena jadi organizer event pulak. Masa lepas nikah ada orang tanya aku, "Tak ada amek gambo pengantin sarung cincin ke?" Aku kata entah, ikut pengantin kot. Masa bersanding ada sesi merenjis tapi bunga telur xde orang bagi kat tetamu yang merenjis, ahkak juga yang kena suruh pengapit buat.

Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.

Akak ni dah boleh jadi wedding planner u olls. Macam dah terhapal aliran majlis orang Melayu ni. Esok akak pun dah bertukar usia jadi 30 drpd late 20s, boleh la akak tambah profession jadi wedding planner wannabe pulak ye.

Walaupun akak agak gagal jugak amek gambo orang kawin ni kalau sorang2, tapi akak rasa okla akak amek gambo kalau murah-murah nyer job. Kaang mahal kang nak skill tahap dewa pulak. Itu akak kena lebih pikir dan brainstorm selalu la untuk dapatkan idea lepas ni. Penat la refer internet je utk idea gambor - Hina tak aktiviti ini??? Boleh kata lepas beranak urat putus maka tak mampu den nak ingat apa posisi yang den dah plan malam sebelum tu?

Yang penting lps ni walopung sedara mara - aku, eh dah kembali jadi aku. Aku nak caj lebih RM500, dan tak termasuk minyak ye. Tak nak sudah. K thanks bye!

Lu sayang gua????

1 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

weiiii...kompem ker korang nk dtg amik gmbar umah aku nih..aku dh dua kali tnye ida die nk letak harga berapa tp belum jwb..nnti ko tanye kan leh???pastu msg aku ek harga die..aku harap tk lebih (klu tk smpai lg bagus...agagaga) rm300..aku pon mcm sedara mara ko..bajet ciput..=p

nway, majlisnye takdelah besar mane pon..cume mcm biasa, nk gak gmbar cantek2 utk sesi cake cutting pastu gmbar tetamu2 yg dtg,,smbil tu lehlah korang wat cm umah sndiri jek nnti..ehehehehe

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah