Pages

Menggegarkan Mydin dengan Mikael di sisi

Minggu ini aku duty Live Streaming di Ipoh, di Mydin lagi. Semua assignment live streaming di Mydin semua maintan aku ada. Yang pertama di Mydin Subang Jaya je, kedua di Mydin Melaka dan minggu ni di Ipoh. Bagus juga duduk dalam bangunan sebab tak sunburn la kulit tan aku. LOLly Molly. Minggu depan katanya nak buat kat Mydin JB, namun hingga sekarang tak konpem2 nak buat lagi ke tak. Kalau di JB aku nak join ke, konon boleh balik kampung la. Tengah duk fikir-fikir lagi ni.

Geg@r Olimpik 2012 bertemu orang Melaka pada 12 & 13 Mei 2012 haritu. Kami melepak 2 hari di sana daripada pukul 9.00 pagi sampai 10.00 malam. Sama jugala dengan Geg@r di Mydin Ipoh ni nanti. Kalau nak tau apa cerita boleh tengok je dekat pc/henpon di alamat www.rtm.gov.my/gegarolimpik2012 pada sabtu 2 dan 3 jun 2012 ni ya. Kalau tengok sekarang cuma ada background.

Sempena nak mempromo nama RTM sebagai penyi@r terestri@l rasmi Olimpik 2012 ni, macam2 la aktiviti dibuat kat sana. Antaranya ialah sesi mendera pakcik, makcik dan adik-adik buat aktiviti fizikal khusus untuk bergembira dan menang cenderahati.

Oklah, enjoy the pixels.


Pakcik ni kemain bergelek dengan hulahoop. 
Sporting je dia melakukan aksi begini di depan orang ramai.



Di Melaka kami bersama Imuda, Amir Sofaz dan Azlan Mubin.
Ni adegan selepas dapat hamper kerana main pasang puzzle.



Ni kumpulan Azlan Mubin tengah pasang puzzle.
Ada dua kumpulan setiap kali bersaing.
Yang kelakarnya beberapa kali lawan pun dengan peserta
berlainan mesti kumpulan Imuda kalah.


Farahwahida sedang ajak budak perempuan bersuara besar menyanyi.
Masa aku tengok ni, aku pasti budak ni akan masuk pertandingan 
Bintang Kecil Khas esoknya. Suara tak padan dengan badan.
Besar gila vokal dia.


Aksi ala ala Olimpik pasti ada. Ni game wajib buat semasa aktiviti gegar.
Budak ni terlentik2 badan dia nak lalu bawah tiang tu..
Aku panggil game ni mambo rock namanya, entah apa nama sebenar dia ya?


Kerusi muzik pun wajib buat juga. Ni acara wajib sebab boleh disertai 
semua peringkat umur dan jantina. Kalau buat parti dorm
sekolah mesti ada acara kerusi berlagu.

Aku tak pernah pulak dapat final 2 kalau main kerusi berlagu.
Dapat pesaing yang jenis kompetitif habis dia siggung bontot ko sebelum
ko sempat bertindak apa-apa pun.


Pagi Sabtu tu ada acara mewarna. Ini hasil pemenang untuk hari tu.
Memang budak2 kalau jenis mewarna siab gradient2 tu mesti akan dapat
no 1,2 atau 3. Budak ni siap lukis logo RTM.
Sebab tu kot menang.


Ni suara sebiji macam P.Ramlee namun ku lupa gerangan nama dia.


Senyum para penonton. Kunci kejayaan acara promosi di lokasi ialah
bila ada gambar-gambar begini. Ini pada mata ku tau.
Sebabnya bila klien kau gembira barulah rasa tak syok sendiri buat event.


Semasa bertugas ni kami kena pakai t-shirt merah dan putih ada tulis
sebesar2 promo tu "Saksikan sukan di RTM yo!"
Ramai juge orang yang tanya kenapa tak jual t-shirt ni sebagai souvenier.
Ramai betul peminat t-shirt ni.

Ni personaliti2 yang hiburkan orang ramai hari Ahad tu.
Kiri ke kanan - Azlan, ala lupe nama, Hani Muhili, Ezlynn, Nubhan dan Ali Mamak.


Nubhan tengah nerves nyanyi.
Sebab tu pakai spek mata hitam kot.


Belon dan belon dan belon. Budak2 kalau dapat belon suka sangat.
Habis je acara aku tengok pintu gerbang event yang dihiasi belon dah bogel dah.
Belon yang tinggal kat bahagian atas je. Tak ada yang ambil sebab mak bapak
budak tak sampai tangan nak amek belon.


Ezlynn, Amir dan Azlan tengah cerita pasal apa tah.


Rakan penerbit tengah bertugas. Yep, live streaming semestinya kami
multi camera production. Ada 3 kamera je yang diguna.
Kena tukar2 shot antara 3 kamera.


Ini aksi khusus di Gegar Olimpik. Suke aku tengok aksi ni sebab
kelakar gila. Nama dia berenang atas lantai kot.

 Ni aksi menyanyi. Namun mengapa mereka berpakaian kurang macho
dengan lagu. Lagu nak hensem dan gagah tapi pesen alahai.


Ye, dan budak perempuan yang menyanyi dengan Farah Wahida tadi
muncul pada Ahad tu untuk menyanyi dalam contest Bintang Kecil khas.
Dapat juara tu.


Ni pengacara TVi tengah melayan budak-budak beraksi.

Oh yeah, aku nak cerita pasal tugas aku sebagai penerbit Live Streaming. Mesti la over excited kan, dah lama tak jadi director. Gegor Olimpik 2012 ini berbentuk hiburan, maka sebagai persediaan aku study program hiburan sikit-sikit. Kami satu pasukan, 3 penerbit dan 6 krew teknikal. Kerja penerbit duduk depan monitor dan amek-amek shot yang sesuai untuk disiarkan. 

Sebab kamera duduk atas tripod tak boleh nak hand held maka transition dan shot terhad kepada focus-defocus, zoom in, zoom in dan out, pan dan tilt up tilt down aje. Dan apabila penonton mula ramai dan kepala2 mereka mula mengganggu shot kamera masa tu la nak jerit, "Boleh handheld tak kamera." Namun kabel sana sini menghalang kamera di handheld, sedih.

Oleh sebab aku nak visual-visual menarik maka ada satu masa tu aku gi ke depan tu dan suruh bduak2 tu lambai ke kamera. Tak cukup orang nak jadi Floor Manager. Kalau ada Floor Manager kerja dia la untuk menyuruh mc dan sesape atas stage tu tengok kamera. Kalau ada eye contact cantik la interaksi antara orang di lokasi dengan pelayar live streaming tu kan. Bukan sekadar rakamkan video, di mana jadi macam shot cctv yang melihat orang beraksi aje. Tiada connection antara penonton dan subjek.

Syukur ilmu MCP tak pernah lupa. Pensyarah aku kata kalau tak tau nak buat apa sangat cuma pastikan shot berubah daripada ke kamera seterusnya. Takdela, shot sama je rupanya jika ada halangan tertentu menyebabkan shot tu tak bleh nak pakai. Shot tu tak leh nak pakai bila ada kepala orang la macam aku cite tadi.

Hobi aku sebagai jurugambar sangat membantu aku dalam tugasan ni. Apabila aku merakam foto aku sentiasa berfikir nak amek shot apa seterusnya bagi kesinambungan kepada gambar yang aku baru rakam tadi. 

Dulu aku belajar MCP tahun 2004. Dalam satu team tu ada director yang akan call shots, production assistant yang akan bacakan shot apa dalam skrip dan inform pada kameraman, dan ada switcher. Aku jadi switcher maka berperanan sebagai tukang switch gambar. Bila penerbit kata standby kamera 2, aku tekan la butang no 2 untuk standby. Bila dia kata TAKE 2, aku tekan la butang Take. Kalau dia nak MIX maka tekan la butang MIX. Bila penerbit kata standby kamera 1, aku tekan la butang no 1 untuk standby pula. Bila dia kata TAKE 2, aku tekan la butang Take.

Namun apabila Live Online Streaming, ada masa aku la yang call the shots dan aku la yang switchkan kamera shot itu. Selalunya partner satu lagi akan tolong switch, so aku fikir next shot apa je nak. Namun kalau dah masuk pukul 4 petang tu, mula la tersasul. Kadang2 nak kamera 3 tukar shot padahal kamera 3 tengah live tu. LOL. Pening pening.

Cerita tambahan.

Kali ni aku nekad angkut satu family ke sana sekali. Serius, kalau korang nak tau sesetengah ibu yang menyusukan anak memang akan angkut keluarga sekali kalau kursus jauh-jauh. Nak memastikan anak fully breastfeed katanya. Mikael selalu kena minum susu tin kalau aku outstation, tapi kali ni aku nak angkut dia sekali dengan alasan penat memerah. Selain tu dah lama tak jalan-jalan satu family. Penat perasaan berjauhan dengan anak kecik ini.

Aku berani bawa sebab rentak outstation ke program Gegar ni dah tau macam mana, maka bolehlah plan perancangan di sana. 


Hasil di outstation Melaka.
Sementara anak aku minum susu ibu + susu lembu di Temerloh
, aku pula mengepam di Melaka.
Agak tak kerap juga mengepam. Alhamdulillah lumayan juga hasilnya.
Semua sekali 80 oz, soooooooo averagenya aku dapat 20 oz sehari.


Sebenarnya boleh dapat lebih tapi tak ada can nak mengepam selalu. Masa ke Melaka ni aku mengepam sehari 4 kali aje .

Sechedule aku :-
Bangun subuh - pump sesi 1
Siap2 gi breakfast dan Live - 8 am to 12.30 pm
Lunch hour rehat 12.30 pm -2pm - pump sesi 2
Live 2 ptg hingga 6 petang 
Rehat 6ptg hingga 8 ptg - pump sesi 3
Live 8 mlm hingga 10.00 malam
Sampai hotel 10.30 malam - pump sesi 4

Average hasil pump 7oz gitu. Kagum betul aku orang yang sekali pump dapat 12-20 oz tu.

Nak menghasilkan susu kena ada ketenangan. Jika tiada ketenangan akan separuh jalan je susu tu keluar. Kalau korang tau pasal Let Down Reflex maka pahamla bahawa bila happy je susu seken round keluar. Kalau stress dia tak kan keluar la, macam mana ko pump pun.

Sekarang ni aku macam tak concentrate je nak pump. Macam la busy sangat kan nak pump sekali sehari. Aku bagi ebm beku je kat Mikael, dua tiga menjak ni. Isnin hari tu aku tak pump, Selasa/semalam aku cuti sebab jaga Mikael so tak la mengepam. Hari ni baru pump sekali. Nak bangun malam-malam lagi la mimpi aje le. Sekali je aku bangun gigih mengepam 3.00 pagi tapi tidur la plak di pertengahan jalan. 

Namun aku belum terfikir nak bagi Mikael susu tin apabila dia di rumah pengasuh dan tidaklah terfikir nak berhenti terus mengepam di office. Selepas dia umur 1 tahun boleh bagi whole milk jika aku tak mahu dia minum susu tin. Whole milk tu mana pun aku kurang pasti. Nanti la aku bercerita lagi. Ok ciaoww.

Sudah hampir selesai mei

Dah nak dekat tengah tahun 2012 kan. Gilerrr sekelip mata.
:)

The comment that led to unfriendship (in facebook)

Today after informing my boss that I am taking emergency leave today, i posted this status on facebook.

"Baby is sick, bye bye office."

And an office mate commented "Have you told the boss?" which was an improper comment because she could just text or message me. There's even messenger in facebook so why she asked where people could misinterpret. I felt that it was a stupid act. Even a friend on twitter noted that it was an improper of her.

Our conversation goes like this.

-------------------
My status : Baby is sick, bye bye office.

Her comment : Have you told the boss?

My comment: Of course I have told him, why would I announce it on facebook then. Think logic.

She: Are you angry? If you're than I won't ask you any more.

Me: if you ask some where else I don't mind. But you asked on facebook.

Me: Looks like I have asked you in the wrong place. Sorry if you feel it's inappropriate. I didn't mean to mind your business. But someone was searching for you today. Next time I won't ask you in facebook.

Me: there's messenger in facebook.
-------------------

When I logged on to facebook to comment about the messenger thing, i noticed that she had unfriended me. Blocked me too as I couldn't click on her name then. So i logged on my other account and behold there she is still on facebook for others to add.

I still wonder, should have I taken a different approach. Should I answered playfully saying that I haven't notified the boss and fool her for the day. Should i just messengered her and wail my angst there.

Or is this is the way it is, should I feel ok and just face her as a professional colleague tomorrow. I think i should do that, I should just be honest. Being honest is good rather than bitch behind someone's back. I just had to stop gossipping about office mates. It's all just business after all.

Played to Death

At the moment I am being swayed with these songs, 'Promise', 'Still', 'Without Words' and 'What Should I Do" from 2009 Korean Drama, You're Beautiful. Listened to it while pumping milk and while waiting for the video files to upload at the office. But not while bathing though, unlike my last phone I never brought the Iphone along to the bathroom for a sing along session while showering. Mainly because I don't keep any audio files in it unlike my previous phone. I haven't explored it yet.

BTW, I caught You're Beautiful on local tv one night while baby slept early. He rarely sleeps early that boy. Last night he was awake when him and his father fetch me from Bangsar at 11 pm after an event recording. We went back home, have supper and he didn't sleep at all. Infact he was busy crawling and playing. At 1.00 am seeing that he still hasn't sleep I tucked him in. Hee hee, ok back to You're Beautiful.

Anyway, I saw the episode where girl Go Mi Nam rides a bus with Jeremy, after Jeremy came to know that she preferred Tae Kyung over him. And after that....

Memfollow blog dan mengomen

Aku rajin baca blog orang tapi tak komen pun. Minggu lepas ada follow beberapa blogger juga. Aku baca dlm rss feed phone ku tapi aku x rajin komen. Aiyayayayay, lain kali aku kena komen. Nak linkback malu plak. Tapi aku nak naikkan readership blog ni maka aku rasa aku patut komen. Bagi mereka rasa kehadiranku. Cuba tgk giveaway majalah tu. Takde pun yang komen huwaaaa ahahaha. Follower ada 100 tapi tak satu pun jenguk. Ok bye.

hELLO

hELLO
:D

Followers