Pages

Kyoot : Muzium Pusak Kucing, Kuching Sarawak


Ok hari ni aku nak cerita pasal kekiutan sebuah Muzium di Kuching Sarawak. Aku pergi dengan penerbit dan programmer aku, tapi aku je yang ambil masa lama gila dalam tu. Dieorang jalan-jalan dan keluar, masuk ke dalam balik sebab nak panggil aku balik. 

Pertama sekali muzium ni bukan pasal bandar Kuching, ia mengenai Kucing yang dalam bahasa melayu Sarawak dipanggil Pusak. 

Maklumat mengenai Muzium Kucing di laman web Dewan Bandaraya Kuching Utara.

Kancing Itu Butang dalam huruf kuxing.



gambar : laman web DBKU


"Muzium Kucing terletak di Aras Bawah, Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara di Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, Kuching. Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara terletak di puncak Bukit Siol dengan ketinggian 60 meter di atas paras laut, yang mempunyai pemandangan yang cantik menghadap Bandar Raya Kuching yang indah."


Sedikit maklumat daripada Wikipedia mengenai muzium ini. 

"Muzium Kucing Kuching merupakan sebuah muzium yang pamerannya berkaitan dengan kucing di KuchingSarawakMalaysia. Muzium ini ditubuhkan pada tahun 1993 dan dimiliki Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Terdapat lebih kurang 2000 bahan pameran, artifak serta tugu mengenai kucing dari serata dunia. Menurut kepercayaan masyarakat Malaysia dan Cina, kononnya kucing dikatakan sebagai haiwan yang membawa tuah. Muzium ini merangkumi keluasan 1,035.9 meter persegi di sebuah bukit berhampiran Kuching dipanggil Bukit Siol. Pada tahun 1987, pertunjukan kucing pertama diadakan di Kuala Lumpur. Pada 1 Ogos, pameran sama diadakan di Kuching apabila ia diberi jolokan "Bandar Raya Kucing".


Pintu gerbang masuk ke muzium.
gambar : laman web DBKU

Muzium ini tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pelawat. Tapi bayaran untuk amek gambar ada dan ia bergantung kepada jenis kamera. Tak kira la kamera handphone, digital biasa atau SLR semua kena caj. Aku bayar RM4 untuk bawa masuk SLR aku. Yela nak maintain muzium bukan murah kan, kena ada ongkos juga. 

Setelah 10 minit di dalam aku jadi crazy cat woman sebab semua benda kucing dan bermotifkan kucing. Masuk-masuk je ada replika kucing boleh masuk muka. Gambar seterusnya ialah gambar koleksi aku,


Rasa macam keji plak posing sorang-sorang sebab lagi lima kucing takde wajah.


Dalam muzium ini memang ada macam-macam benda. Bak kata laman web dia.

"Keluasan kawasan Muzium Kucing merangkumi 1,035.0 meter per segi yang mempunyai sebanyak empat galeri utama dan mempunyai lebih daripada 4,000 artifak kucing termasuk lukisan, memorabilia dan lain-lain."


Selalunya muzium yang hanya memaparkan satu sahaja subjek akan ada sikit je barang pameran, tapi ni macam-macam benda kucing ada. Makin masuk ke ruang pameran seterusnya makin lama aku nak duduk. Tapi apabila aku dapati kawan-kawan penerbit aku dah hilang ke depan aku cepat-cepatkan la membelek kucing itu.


Kucing dalam pinggan.


Kucing buku pop up.



Kucing buku pop up lagi.



Kucing daripada seramik.



Kartun kucing yang oh so adorable.


Stok-stok lukisan macam ini yang aku suke sangat.


Kucing yang berbadan fleksibel boleh membentuk semua abjad Rumi.
Boleh susun ikut ejaan nama.


Amma!
Hasil berphotoscape sebentar tadi.


Pementasan terakhir teater cats ialah pada 11 Mei 2002. Aku tak pernah pergi tengok pun.


Kucing pun boleh menjual produk tenusu











Kucing yang buku dia aku ada baca masa kanak-kanak dulu.
Kisah pasal kucing baka bulu lebat yang dibela keluarga bangsawan dan bercinta dengan kucing jalanan.
Aristocats itu ialah variasi Aristocrats yang bermaksud Bangsawan,


Klasik cerita kucing.




Kucing bertuah.


Kucing yang diliputim oleh cangkerang siput.


Kucing zaman firaun,




Kubur kucing.


Lebih baik memberi makan kepada seekor kucing daripada memberi makan kepada tikus.



Sebelum 9 gag dan semua lolpic .
"Agree me with now, it will save so much time" 


Kucen




Rokok Kucing Hitam, sorry lupa nak rotate.


Cat nap.


Tengah aerobik kot.


Close up kucing tidur, makes an interesting pic.
Walaupun boleh nampak kalau pergi kedai runcit kan.



Lukisan kucing atas batu.



Kucing emas.



Kucing pun kena cosplay juga.


Kawaii kat


Potret kucing dalam pinggan.


Tatu kucing.


Orang Sarawak dan kucing. Kucing ni pasti dah mati.


Kucing gergasi.




Lukisan kucing bergaduh dengan benang?


Kucing sedih.
I is sad.


Kucing dalam lukisan jepun/cina?













Kucing kaca..




Gigi!





Kucing seramik.


Penyebab mimpi seram, kucing mati yang diawet.




Kucing mati sudah slim.



Bukan kucing tapi spesis dia la.

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers