Pages

Melambai babai pada 2012, dan menyambut 2013 selamat datang.

Salam semua,

Bulan Disember 2012 ni aku tak rasa macam akan melambai kepada tahun lama. Aku rasa macam masuk tahun yang sama. Adakah aku sudah berada dalam rutin sampai tahun baru pun tak rasa apa? Atau sebab semua benda bergerak dengan speed of light jadi tahun baru pun rasa biasa aje. Cuma rasa excited banyak masa raya haritu.

Pastinya masuk je tahun baru, 17 hari selepas tu aku akan menyambut ulang tahun aku yang ke 31. Hari jadi aku kena beli roti yang ada tarikh tu. Tahun 2011 aku photoshop je yang tahun 2010 punya.


Tag roti yang disunting pada dua tahun lepas. 



Tahun 2013 ni semestinya aku nak belajar memandu, suami aku pun dah desak aku suruh amek L cepat2. Kueh kueh kueh, punyala kena sorong baru bergerak. Adik ipar aku dah selamat lulus ujian statik. Haiya balik kampung ni mesti kena sindir dek mak mertua dan bapak mertua. Nasib la semua jenis sporting, jadi aku boleh tunda seminggu lagi nak study ujian memandu.

Tahun ni aku nak buat duit selain daripada membelanja duit. Tahun lepas patut aku buat duit, tapi macam mana tah strategi tak jalan. Barang jualan ada melamnbak pulak tu. Itu belum planning nak buat handcraft sendiri tu. Setakat prototaip ada la yang aku dah buat 2-3 macam. Boleh cek it out di pinterest aku yeah.
http://pinterest.com/naderara/my-creation/

Melihat kembali kepada tahun 2012, ialah tahun yang riang ria bagi aku. Antara perkara yang menjadi catatan memori dalam 2012 aku ialah:

1. Berada di 4 negeri dalam masa satu masa. Aku berada di Johor (5 Nov), Penang (9 Nov), Melaka (28 Nov) dan Sarawak (12 Dis).
Paling lama aku tinggalkan Mikael la selama hampir dua minggu jika dikumpul2. Nasib baik efek pada susu aku tak berapa sangat. Cuma bila malam memang tak rasa la full nya itu, rasa biasa-biasa aje. Tapi setakat ni memang Mikael 100 peratus susu segar ibu dia di rumah.

2. Kembali ke akar kreatif. Tahun 2013 ni aku nak attack kertas/kanvas dengan apa-apa jelah medium. Lama dah rasa meninggalkan akar seni aku iaitu melukis. Doodle pun dah lama tak buat. Time-time pergi ke mesyuarat tu, aku selalu nampak orang kiri dan kanan aku mendoodle atas kertas masa mesyuarat tu sedang terpesong ke cerita kosong. Aku lama la tak lukis2 merepek ni. Doodle maksudnya, scribble absentmindedly - sesuai la tu dengan definisi aku lukis merepek.

3. Aku membesarkan bayi! Alhamdulillah aku diberi peluang membesarkan anak aku. Memang betulla kata kawan-kawan yang dah ada anak, semua benda kalau boleh nak beli untuk anak. Tapi aku takdela membiarkan aku berbaju buruk sementara anak aku berbaju baru. Baju Mikael aku beli mana yang perlu je, bila dah tak muat sangat baru aku belikan beberapa helai yang baru. Nasib baik la dia ada makcik Wuwul yang rajin belikan dia baju-baju terkini di pasaran.

4. Fotografi - tahun ni aku banyak berlatih nak mengambil gambar konsert skala kecil cara manual. Memang gile la tengok gambar blur-blur dan gelap. Panduan di buku laman fotografi kata, lebihkan duduk berdekatan stage dan jangan zoom sangat. Nak crop semua buat kat pc bila balik karang. Kalau boleh guna fixed lens aje. Lens dan kamera aku dah la tak berapa bekerjasama. Aku banyak fokus guna back button aje kat kamera aku, itu pun blur. Tapi aku semakin yakin 30% berbanding sebelum ni untuk mengambil tugasan fotografi jika ada. Tahun depan aku aim nak amek job sekurang-kurangnya 2 bulan sekali untuk menjadikan kemahiran aku tajam.

5. 2012 juga di mana aku banyak travel kerana kerja. Sampai suami aku sound, "makin bizi nampak mak ko?" Oleh kerana mak aku jauh dan kos nak hantar anak pulang ke kampung aku tak berbaloi jika outstation selalu. Juga, mak mertua aku keje fulltime as a nurse, maka takkan dia nak jaga pula cucu dia selalu. Maka, menjelang 2013 aku tak rasa aku akan ke department yang banyak outstation. Anak memang mengubah gaya hidup seorang ibu, termasuk kerjayanya.

Ok sambung lagi!


1 comments:

AkaZukii ChaCha said...

hepi nu year babes! kisses to mikael and regards to hubs.

xoxo
gitew...:)

hELLO

hELLO
:D

Followers