Maka merempit la kami 2 jam dari Subang terus ke Jonker Street. Tiba di sana, dalam pukul 10 malam terus berjalan di Jonker Street. Aku tengok pintu gerbang ni baru aku perasan kali terakhir aku datang Jonker Street sebelum tahun 2010 lagi.
Tahun ini aku banyak kali ke Melaka. Memang la kena lalu Melaka kalau nak balik JB kan, tapi selain daripada pergi jalan-jalan cari makan, aku ke Melaka sebab kursus. Tahun ni je sekali kursus kat Tanjung Kling dan sekali lagi ke Paya Rumput.
Ini baru kali ketiga aku jejak Jonker Street tau, tapi memang banyak perubahannya. Pertama Jonker Street dah lebih meriah daripada dulu, barang tetap sama tapi lebih terang 50 peratus. Dulu memang ramai yang pergi, sekarang lagi la ramai. Sepanjang aku berada di sana rasa macam nampak lebih kuran 20 kamera DSLR, semua stok pelancong tempatan dan luar negara la.
Satu lagi benda baru di Jonker Walk ini ialah ada pula Uptown Jonker Walk kat sebelah-sebelah Jonker Walk tu, tapi aku kurang periksa la dia bukak hari-hari atau hujung minggu sahaja. Sebab Jonker Walk ni bukak hujung minggu sahaja.
Sedang kami berjalan-jalan berjumpa dengan Jonker Walk World Heritage Park. Aku kurang periksa apa cerita di sebalik taman ini.
Gambar ni sahaja yang sempat aku rakamkan sebab masa ni nak balik
dan tengah hujan rintik-rintik.
Mikael takut nak dekat dengan patung naga dan gajah ni.
Anak aku takut dengan banyak benda juga. Takpela kecik lagi kan.
Ok. Kita bercerita pasal barangan yang dijual di Jonker Walk ni juga.
Jonker Walk ni dibuka atas jalan raya jadi kalau korang datang awal ada kedai yang masih dibuka.
Ada kedai t-shirt, kedai baju, kedai cenderahati dan kedai jual baju kebaya nyonya.
Tapi aku tak ada gambar kedai-kedai sekalian itu pula.
Kita bergerak kepada kedai-kedai di Jonker Walk pula ok.
Jika ada 200 gerai di sini, aku rasa 30 daripadanya jual benda yang sama.
Contohnya macam figure aksi daripada dawai ni.
Dan juga pop up card ni. Ada la 4 ke 5 gerai jual benda yang sama.
Selain tu ada juga terompah kecik yang kiut miut.
Close up.
Semestinya juga di Jonker Walk ni dia ada jual benda yang sama. Macam magic wallet ni, 4 tahun lepas aku datang pun ada jual. Magic sebab bukak daripada bahagian mana pun boleh.
Ni air apa tah.
Rantai yang 4 tahun lepas diaorang jual RM20 sekarang jadi RM5 sahaja.
Yang ni kiut. Spek bodo tanpa bingkai untuk orang yang suka pakai spek tanpa kanta atau hair accessory. Nak beli tapi rasa geli pulak. Aku tak suka tengok fesyen orang pakai spek tanpa bingkai.
Buku
Anak aku pun berjalan juga. Masa ni dah dekat tengah malam dah.
Uncle jual air tebu. Selain tu ada juga uncle and aunties yang jual dodol dalam plastik kecik-kecik tu, kuih-kuih tradisional, gula melaka (semestinya), kerepek dan macam-macam lagi.
Adik aku ada beli eskrem dalam plastik. Macam ni la
contohnya. Seketul RM3 rasanya.
Patung!
Charms
"Saya ikut ibu saya window shopping kat Melaka sebab tak beli apa-apa pun"
Ok aku beli dua kotak air dan dua paket roti aje untuk isi perut. Jonker Walk dulu baru makan.
Akhirnya aku terjumpa juga terompah, nak ambil gambar je pun. Tak beli :P
Adik ipar aku tak pernah tengok A Famosa dekat-dekat kan, jadi pusing sekejap, park kat luar Padang Pahlawan tu terus melepak 10 minit kat situ.
Jangan lupa Muzium Pengisytiharan Kemerdekaan. Aku pernah masuk sekali.
Thank you for coming here.
Selepas tu kami terus ke umbai makan ikan dengan sotong. Balik KL, siap berenti Senawang sbb semua orang dah zzzzzzz maka pilot pun dah sama mengantuk. Sampai rumah pukul 3.00 pagi. Yang bestnya kan lif rumah aku rosak, kedua-duanya pulak tu. Tapi kami gigih lagi nak pergi berjalan.
ps: aku nak tukar layout, gambar ni boleh jadi header kan. Tapi aku nak buat sendiri tapi tah bilanya nak belajar buat. Haihh.