Adakah pelajar di Malaysia sudah bersedia untuk pendidikan yang 100 peratus percuma? Aku dah tengok dengan mata kepala sendiri pelajar yang pergi sekolah naik motor sendiri, dapat duit belanja sendiri, tapi masih skip sekolah. Itu pendidikan yang bayar sikit sahaja belum 100 peratus percuma. Tapi kata kat orang, aku pun sama. Aku dulu sekolah asrama pun selalu sahaja skip kelas, dapat keputusan SPM pun ala kadar sahaja tak secemerlang yang diharapkan oleh sekolah bestari aku walaupun jika dikira dalam bentuk pangkat (masa tu batch aku, batch 1999 la yang last pakai pangkat dan agregat dalam SPM) dapat pangkat 1. Aku dapat 1A1 dan 3A2. Keputusan menyedihkan jugak untuk sekolah bestari yang sasaran dia 10A1. Kalau dikira pangkat dapat la agregat 15.
Perghh memang orang kata selepas jadi ibu ni baru la tau kerisauan terhadap anak. Aku bukan la pelajar contoh masa sekolah dulu, tapi bukan la pelajar paling durjana juga. Dapat pula anak lelaki, orang kata anak lelaki ni dugaan dia lebih sikit. Maklumlah konon anak lelaki terdedah kepada anasir-anasir macam gaduh-gaduh, merokok, ponteng sekolah dan lain-lain. Aku harap anak aku terpelihara la moralnya nanti, InsyaAllah.
Kembali kepada isu pendidikan percuma ini. Ada seseorang yang aku kenal tidak menghantar anaknya ke sekolah beberapa tahun sebab tak mampu (aku rasa la). Aku tak la pergi tanya dia sebab dia dan keluarga aku dah macam estranged kerana hal-hal lampau. Daripada facebook status dia aku baca yang anak dia baru masuk balik ke sekolah tahun ni sebagai pelajar tingkatan 2. Syukur Alhamdulillah untuknya.
Jika dilihat pada keadaan dia memang patut la pendidikan percuma. Namun tatkala ini aku rasa yang membebankan dia apabila ada anak bersekolah ialah bukan pendidikan percuma tapi nak kena beli beg, baju sekolah, stokin, kasut, duit belanja hari-hari lagi. Kalau sorang anak ok lagi, apabila masuk 5 orang agak parah juga la.
Apa yang kerajaan boleh buat mungkin menyediakan peralatan sekolah percuma kepada para pelajar supaya mereka berasa bersedia. Tak adalah rasa serba kekurangan apabila ke sekolah dengan tak ada pensel, pemadam atau beg sekolah yang elok. Atau mungkin syarikat-syarikat boleh beri bantuan kepada ibu bapa yang memang kekurangan bajet.
Aku serius macam nak membantu kenalan aku tu, tapi kerana hal-hal lampau tu takut dia akan meminta tolong lebih-lebih pula. Tapi niat nak membantu ikhlas tak boleh la nak overdose takut-takut kan. Nak bantu, sila bantu. Jika tidak mahu sila jangan ambil tahu langsung. No action, talk only.
Kenalan aku tu anak dia semua kecik-kecik. Aku terfikir juga suatu hari apabila mereka dah besar dan mereka melihat aku, mereka akan fikir "Dieorang-dieorang inilah yang masa aku kecil tak pernah tolong keluarga aku. Semua pentingkan diri sendiri." Dramatik pula nanti. Hahaha, eh aku nak tolong bukan sebab aku nak dorang respek aku tapi nak semua ahli keluarga aku hepi. Bak kata mat salleh, a little goes a long way. Rezeki kita biar kongsi ramai-ramai baru terasa lebih berkat. InsyaAllah aku nak stabilkan dulu kewangan aku baru fikir macam mana cara nak tolong dieorang.
Ke lain pulak kupasan aku. Esok aku buat research pasal benda ni ok. Sebab sekarang ni aku macam terasa akan menjadi wartawan tak lama lagi dan kena la kembali ligatkan kemahiran menyelidik dan mengkaji. Adieu.
Mini-ManCat Monday
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment