Aku melawat kampung mak mertua aku minggu lepas. Walaupun kawasan rumah mak mertua tak terjejas dengan banjir namun suasana agak suram. Sehingga Ahad (semalam) masih ada para sukarelawan yang berkunjung ke kawasan Temerloh untuk membersihkan kawasan kegunaan ramai yang kotor / musnah akibat banjir. Kami lalu kawasan Bangau, Paya Banir, dan kawasan daripada Kuantan ke bandar Temerloh melalui Gambang (jalan lama). Boleh nampak paras air banjir sehingga tinggi mana kerana air banjir yang berlumpur meninggalkan kesan berwarna coklat pada pokok-pokok. Jadi pokok-pokok di tepi jalan separuh coklat dan separuh hijau.
Bandar Temerloh banyak kedai yang menjual barang dengan harga diskaun, butik Peace yang banyak jual baju bersaiz besar tu jual diskaun sehingga separuh harga. Sebuah butik baju kurung milik seorang tokey cina, menjual baju terjejas banjir dengan harga RM30. Aku bertanya pada dia kenapa jual stok yang nampak elok? Dia kata, kena jual sebab mereka nak kumpul duit untuk membuat renovation nanti.
Restoran Happy Fried Chicken yang kami pasti kunjung setiap kali balik (sebab ada aircond, mainan kanak-kanak, dan parking kosong selalunya) sudah memulakan operasi sejak Isnin (5 Januari 2015) lagi. Aku tanya pada pelayannya, tinggi mana air naik dik? Dia kata jika duduk di atas kerusi air sehingga paras hidung. Semasa suami aku sedang melayan anak makan, aku pergi memesan nasi goreng tapau untuk mak mertua yang bekerja di hujung minggu. Setelah memesan aku keluar ke kedai sebelah, ada jual mainan. Hasrat di hati nak mencari mainan untuk baby sebab dia dah minat memegang. Namun kedai itu sedang sibuk mengemas. Pintu utamanya hanya separuh sahaja dibuka, lantainya masih lecak dengan paip air dan jet air tu bersepah atas lantai. Masa aku keluar, owner dia tengah beritau harga barang-barang terjejas banjir. Amat murah dia jual namun siapa mahu ambil stok kena air banjir kan? Aku keluar kedai kerana tidak tahan bau air, takut baby sesak. Kami ke kedai sebelah, apek tu lelong kasut kulit rosak bahagian tapak dengan harga RM10 dan RM5. Aku beli sepasang kerana kasut kulit dan ada saiz aku. Bolehlah buat pakai sesekali.
Dalam aku duk membeli benda murah tu ada rasa sayu juga. Mereka kehilangan punca rezeki selama lebih kurang 2 minggu. Barang harga beratus ringgit kini tiada nilai kerana rosak, orang kampung pun mengspend duit mereka ke arah memperbaiki kehidupan sendiri. Namun itu dugaan mereka, mungkin Allah akan membalas dengan rezeki berlipat ganda. Wallahualam.
0 comments:
Post a Comment