Aku bukan manusia yang kompetitif. Baru aku sedar tadi, setelah tiga dekad berfikir secara santai dan ada kalanya kritis. Ya, aku jeles apabila ada orang menang pertandingan, haha. Especially aku boleh masuk tapi tak. Contoh paling dekat ialah pertandingan media kat Malaysia ni, aku tidak berkelayakan nak masuk kerana aku tak ada produk video mahu pun aritkel berita/rencana. Tapi masih jeles sebab tak boleh nak masuk dan menang.
Maka apa pertandingan yang aku boleh masuk? Pertandingan yang beli barang berharga RM80, dapat resit dan isi borang. Yang ini memang habisan konsep lucky draw sebab walaupun ko kene beli barang (of course la kedai nak upkan sales dia) tapi persaingan dengan lagi 5000 orang yang masuk tu ialah secara cabut2 je. Tapi pertandingan ini kalau tak masuk tak bolehla menang, so rajin-rajinlah isi borang dan pastikan jawapan simple tu betul dan insyAllah ada rezeki boleh menang.
Dulu-dulu zaman aku rajin masuk pertandingan kat majalah Cleo adalah dapat beberapa set wangian badan. Tahun lepas aku jawab pertandingan online dapat tiket pergi Visual Art Expo 2015, masa tu bertuah pula husband aku ada event bowling kat KL so kami tinggal anak kat kampung and patah balik ke KL untuk menghadiri acara masing2. Harga tiket2 tu dalam RM40 juga lah.
Bulan lepas aku masuk pertandingan menulis cerpen bertema Sungai, gigih ni pergi CC sebab dia nak cerpen yang guna format Microsoft Word. Aku selalu menaip dalam Google Document aje so bila save dalam hp dia jadi bentuk PDF pulak. So last2 pergi ke cc dan spend sejam situ, laki aku dah bising hahaha. Tak menyokong langsung.
Tapi, semalam aku dapat berita gembira yang cerpen aku 1800++ patah perkataan tu dapat senarai pendek. Soooooo selamat maju jaya to me. Kalau menang karya akan diterbit dan dapat antara RM300 ke RM1000 depends pada ko juara atau no2 and 3rd. Apabila dah disenarai pendek pun aku dah bersyukur! Alhamdulillah.
Mini-ManCat Monday
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment