Ni makanan pertama masuk mulut aku hari ini
Oreo Crepe nama diberi,
Si pembuat nya berblog di sini,
Semalam teman dia gi TMC Bangsar gila semangat nak meresipi
Ni hadiah beday tahun lepas. Sebungkus kain felt kegemaran dan macaroon you. Macaroon ni pada aku rasa manis aje yang lebih, special dia pada warna dan rupa dia yang comel nak mati tu, Kain felt ni pun masih belum terguna 90 %. Aku baru berjinak2 nak mengkraf guna benda ni.
Haaa ni gambar kawan aku berposing outdoor. Tu yang duduk dalam rumput tu aku. Dah beranak anak sulung pun dia ni. Hujung bulan ni habis pantang terus masuk kerja la. Tapi kan album kahwin dia pun aku belum setel buat hahaha. Keji tak keji.
Ni goodie bag anak aku masa dia sambut hari jadi pertamanya dia dulu. Tahun ni aku rasa tak yah sambut la besar-besaran. Bawa je la pergi makan-makan dengan mak dan abah aku ke mana-mana sambil ambil2 gambar. Kenapa dengan mak dan bapak aku? Sebab tahun lepas aku bawak dia balik kampung sebelah bapak dia.
Makan-makan di dapur Lousiana, ahahaha. Mana ni Wendy's kot nama tempat dia. Lupa la mana ni. Masa ni aku baru belikan anak aku kasut berberuang tu, tapi misteri mana pergi kasut tu sekarang ni Hmmm.
Aku lupa la belon ini dapat di mana. Tapi memang seronok kan tengok belon. Rasa macam suasana ceria je bila ada belonan ini.
Ni masa aku kena pergi ekrja di Mydin Ipoh, pakai kasut kalerful gila. Kasut ni kena pakai dengan stokin sebab melecet kaki aku pakai. Last-last pakai beberapa kali sahaja huhu. Lenkali aku nak beli kasut flat yang berkualiti dan pastinya pakai lama.
Ni rotary cutter konon nak buat potong kain yang berbentuk bulat. Sekali rupanya ni guna untuk potong kain secara tegak-tegak je. Haishhh. Setakat ni aku test sekali dan sepuk je kat dalam kotak kraf aku sebab tak tau nak buat apa.
Sejak dah ada anak ni kemain rajin aku melawat bahagian kecemasan PPUM bila anak aku demam. Maklumlah aku tak ada pengalaman pasal anak ni maka mendapatkan nasihat yang pakar je la aku. Hari ni pun anak aku demam jadi aku nak bawa dia pulang untuk berehat.
0 comments:
Post a Comment