Semalam aku duk google pasal uji bakat podium, ala program selit-selit kat TV1 dan TV2 yang tujuannya untuk promosi program hot hari tu. Berdasarkan pembacaan aku dekat rerayap (crawler) di tv2 semalam dia nak buat uji bakat 5 mac 2013 ni. Penyertaan dibuka kepada gegadis dan bebujang yang berusia 21 - 27 tahun dan kena la bujang trang tang tang. Kalau baru nak berkecimpung dalam dunia pengacaraan maka silalah datang uji bakat.
Ok, so aku google la uji bakat podium rtm tak jumpa apa. Aku guna perkataan carian podium rtm, pergi pulak ke blog rakan blogger aku hazrey.com. Tajuk entri dia pasal seorang twitter beb bernama @nicoledear_, rasanya dah tak ada akaun ni pada masa ini. Pasal @nicoledear_ ni tipu cite dia sakit kat australia sana, siap masuk spital tapi bila hazrey kata konon nak hantar bunga dia tak sahkan nama hospital dia.
huhuh, kesimpulannya @nicoledear_ ni ibarat menipu sebab nak attention. Lepas tu aku google2 lah lagi kan. Terjumpa pulak pasal Fida Aishah la, yang kononnya gadis campuran Melayu dan Mat Salleh Australia. Lepas tu kantol konon dia ni bukan profile sebenar pun, macam profile rekaan yang menggunakan gambar2 daripada internet untuk mendapat duit nuffnang. Macam-macam la.
Ada pulak aku dengar pasal Ariana Bvlgarigirl. Persamaan Fida Aishah dengan Ariana ni gambar mereka semua jenis tutup2 muka yang nampak macam mereka cun maka ramai la yang tangkap tertarik. Tulisan mereka juga menarik ibarat penulisan novel. Namun aku tak dapat cari setakat ni print screen atau copy paste daripada entri mereka. Oh lupa juga perkara paling penting nak beritau sini, sejurus selepas blogger lain kata dorang ni tipu terus je mereka privatekan blog mereka dan tutup blog.
Seriusly apa salahnya dengan blogger suka tutup muka. Tapi yang silap besar pada Fida Aishah ni ialah dia punya blog guna gambar retis tutup muka. Maka disimpulkan di sini etika di dunia blog ialah kalau tu bukan gambar kau sila mengaku. Aku semestinya suka semunyik muka aku, atau sekurang-kurangnya mata aku daripada pandangan pembaca blog.
Contohnya macam ini. Aku rasa over exposed apabila menayang muka aku di blog walaupun bila ada perjumpaan blogger (waaaaaaaaaaa lama tak pergi, ada sesiapa nak buat dan jemput?) pasti akan terserlah identiti aku ni.
Dunia blog yang kenit ni pun banyak kontroversi juga ya, dan semestinya aku tak de masa nak buat kontroversi. Sudah-sudahlah kerja dan kehidupan penuh drama, tak yah nak peningkan diri di blog pula. Salah satu cara aku nak elak drama ialah jangan menulis langsung pasal drama-drama yang berlaku dalam hidup aku. Baik aku tulis pasal baju aku beli bulan lepas kan, hahah. Okla nanti aku cerita pasal pembelian aku tu nanti. Bye.
1 comments:
nice pic!! :D
mymomsbest.us
Post a Comment