Hampir 2 tahun lalu aku melahirkan Mikael pada tarikh anggar lahirnya 18 Julai 2011. Aku dapati hanya 4-5% bayi sahaja yang lahir pada tarikh anggar lahir mereka (popularly known as EDD - estimated due date). Siapa yang beritau, macam biasa la google maa.
Aku tetiba teringat sangat aktiviti yang berlaku pada hari kelahirannya.
18 Julai 2011
4.45 pagi - Aku terasa macam perut tegang-tegang dan aku timing setiap 5 minit sekali aku akan rasa sakit yang memang tak boleh berjalan. Jadi aku beritau mak aku masa tu. Mak aku kata tunggu sampai lepas Subuh. Sempat la aku solat Subuh hari tu.
6.00 pagi - Aku telefon bakal bapaknya bernama Pyan, suruh dia datang JB cepat. Mengikut plan awalnya dia akan ambil mak dia dan terus lepak seminggu dengan aku dan baby kat JB.
Mak aku dah telefon kawan dia yang memang dah sedia nak menolong jika aku nak ke hospital. Masa ni bapak Mikael ada kat KL.
Aku dan mak dan abah naik kereta terus ke Hospital.
7.00 pagi - Aku dah ada kat hospital rasanya ni. Hospital Sultanah Aminah tempat aku lahir dulu. Aku di suruh pakai kain batik je tang abdomen bawah, Dia suruh duduk atas katil sebab dia nak pasang benda yang ukur jantung bayi dan tahap labournya. Lepas tu dia suruh isi borang.
8.00 pagi - Masa ni ada doktor wanita muda bertugas di kaunter. Dia suruh aku baring dan cek pintu rahim berapa dah bukaknya.Wah sudah 4 cm katanya terus dia amek satu peralatan panjang dan pecahkan air baby aku. Sakit amat kot bila vajayjay ko kena korek dengan tangan duktur.
Doktor kata kena duduk dalam labour room sampai bukaan 10 cm lepas tu beranak. Huhuhuh. Masa ini jururawat suruh minta maaf kat mak dan abah dan suami. Oh ya dan jangan bawa masuk botol susu dan juga air selusuh. Hospital menyokong susu ibu katanya.
8.15 pagi - Aku pergi salaman dengan parents aku dan terus bawa beg masuk dalam. Masa tu berat aku 73 kilo rasanya. Fuuuh macam terbayang2 perut kempis selepas tu.
8.20 pagi - Menunggu dalam labour room. Tangan kiri kena cucuk intravenus benda yang masuk air tu. Perut kena letak dengan benda yang ukur contractions dan jantung baby.
8.30 pagi sampai 3.00 petang - Menunggu pintu rahim buka sampai 10 cm, tapi bukak sampai 7cm aje. Adela 7 orang yang lalu dan aku suruh cek setiap kali rasa sakit yang macam nak meneran tu. Sakit nak meneran tu membuatkan ko rasa nak berak, keluarkan isi perut ko. Ada sorang yang aku suruh cek tu lelaki tapi dah sakitkan, hilang la malunya.
Masa ini siap ada orang tanya itu ini, ada doktor pelatih la, nurse la. Rasa macam tikus makmal dah.
Sorang nurse ni aku cakap la yang aku nak meneran sangat2 dah ni. So dia suruh aku teran, namun aku tak reti. Apa tah yang aku teran. Dia tension, selamba badak dia kata "Kalau teran macam ni, sampai esok pun anak awak tak akan keluar".
Sambil aku menunggu pintu rahim buka, semestinya sakit la kan. Macam period pain kali 50 tapi setiap 5 minit sekali. Ok sambil sakit tu, aku dengar ada la 5-6 baby menangis. Aku doktor pelatih tu beritau aku yang ada patient tu masuk2 je 4 cm - selepas 2 jam terus dah 10 cm dan baby keluar. Waaaaaaaaaaah sangat hebat. Masa ini aku terfikir, adakah tebal dosa aku pada suami sampai lama benor sakitnya. Huhuhuhu
3.00 petang - Suami sampai yeay! Kalau dari KL ke Temerloh 2 jam, Selepas tu daripada Temerloh ke JB pula 6 jam. Maka ia mengambil 9 jam nak travel. Daripada aku call suami pagi tu dah 9 jam berlalu. Rempit juga dia pandu kereta,
Suami sedey tengok aku sakit. Masa ni aku dah sedut gas yang konon kurangkan sakit tu. Nak kencing pun tak de nafsu, makan pun tak tau. Nak kencing, nurse masukkan tiub ke dalam urethra dan air urin akan mengalir masuk dalam besen logam dia tu. Haaaa aku rasa macam otot kencing aku lumpuh kejap masa tu.
Selepas 20 minit husband aku sayu tengok aku, nurse halau dia. Perghhhh marah betul aku. Kalau doktor ntah pape tu lalu lalang takpe pulak. Laki aku yang boleh offer moral sapot diusirnya.
4.00 petang - Arghhh masih 7 cm aje, bilanya aku nak beranak ni????
5.30 petang - Doktor kata pada aku dah 11 jam (6 pagi ke 5 petang) tak de bukaaan. Kalau aku setuju boleh caesar.
Apakah yang terjadi? Nantikan esok ok.
Mini-ManCat Monday
8 hours ago
0 comments:
Post a Comment