Membebel. Memang itu kerja aku kebelakangan ini. Semua serba tak kena. Semua serba nak kena buat. Ada hari rasa macam nak letak papan tanda kat semua tempat "sila basuh cawan selepas cuci", "sila itu sila ini." Ala-ala macam 5S, tapi buat di rumah.
Semua rumah ada sistem. Sistem kat rumah aku lain, sistem kat rumah mak mertua lain, sistem kat rumah mak sendiri lain, sistem kat rumah kakak aku pun lain, sistem kat rumah adik aku.... emmm adik aku tak sewa-sewa lagi rumah. Mana tah dia duduk. Ada rumah yang sistemnya selepas makan je semua barang kena simpan dalam peti ais, ada sistem yang letak makanan dalam tudung saji atas meja lebih 36 jam baru kemas. Ada sistem yang masak lauk cukup-cukup untuk sehari, ada yang sistem suka masak lebih-lebih sebab nanti senang kalau orang datang.
Sistem aku terpengaruh dengan mak aku punya sistem, apa-apa barang yang tak mungkin makan esok pagi akan simpan dalam peti ais dengan segera. Tapi dua tiga menjak ni sistem aku ialah kalau makanan tu masak 10 malam dan ke atas dan tak habis aku letak je atas meja sampai esok pagi. Semestinya dalam bekas bertutup supaya esoknya aku boleh makan sebelum pergi kerja. Kalau tak sempat aku bawa ke office, masuk dalam micowave panaskan. Guna bekas yang tahan microwave la yang pentingnya.
Suami aku kata aku kalau masuk dapur jadi rasaksa, semestinya jika di dapur kalau berminyak sana sini rasa tak selesa. Sepatutnya masuk dapur kena senyum kan sebab nak memasak kena mulakan dengan Bismillah, berhadapan dengan rezeki tapi aku jadi marah aku dapur aku kotor. Huhuhuhuhu. Sejak dah 5 bulan pindah ni dapur aku tidak ada seni lagi. Belum terjumpa cara nak menghias paling indah sekali.
Kesian suami aku selalu kena bahan kalau aku dah membebel di dapur. Si suami ni dia agak ringan tangan la nak cuci pinggan dia sendiri, kira okla tu. Aku pernah pergi rumah kawan aku masa umur 14 tahun dulu, ayah dia lepas makan pergi cuci tangan je. Isteri atau anak-anak dia yang bawa pinggan semua ke sinki. Memang kena caj servis ikutkan. Abah aku cuci pinggan sendiri selama ini jadi itu yang aku rasa pelik kalau lelaki tak cuci pinggan dia, lagi-lagi bila yang kemas tu ialah anak perempuan atau isteri... rasa macam ada double standard di situ.
Aku kagum dengan mak aku yang sentiasa ada je benda nak masak kalau aku ada di rumah. Tapi sekarang dia dah slow down sikit masak. Kalau dulu makanan pagi petang siang malam ada yang baru masak, sejak anak-anak dah tinggalkan rumah berkelana ke Lembah Klang maka mak aku masak waktu perdana - tengah hari dan petang sahaja.
Aku pernah cuba masak setiap masa di hujung minggu, penat juga jadinya. Kitarannya macam makan, membasuh pinggan, kemas dapur/meja, lepak 30 minit dan sambung lagi masak untuk waktu seterusnya pulak. Setakat ni memasak bukan kepakaran aku lagi la.