Panas sungguh di bawah sinaran cahaya matahari. Korang kena paham bahawa sejak aku habis pantang dan dalam nak menghabiskan maternity leave ni ada 3 kali je aku keluar duduk bawah sang suria. Sekali tu aku jalan kaki pergi super market yang jauhnya 5 minit dari rumah aku. Sekali tu pergi event babywearing, dia buat kat rumah kedai so aku merasai la suria sikit. Ketiganya ialah ini.
Lama tak rasa sevulnerable ni. Last masa pregnant la. Diri tahan 30 minit aje lepas tu duduk. Ok aku gigih kepanasan ni sbb nak ambil kelas memandu. Sekarang konsepnya pergi ceramah KPP dan selepas tu buat ujian undang2, lulus je terus boleh drive.
Maka hari ni dengan gigih aku berada di sini dari pukul 9 pagi tadi sampai skarang belajar memandu. Pagi tadi aku habiskan dalam 20 minit memandu dalam litar sahaja, sebelah petang pula aku memandu pergi balik selama lebih kurang 40 minit. Nasib baik kereta memandu tu paling laju boleh bawa pergi ke 60 km sejam maka tak la laju mana aku pandu. Yang bestnya sebab dia terus bagi memandu di jalan raya maka konpiden la rasa.
Untuk lesen pasca yuran rege baru ni aku dah bayo
kpp dan statik rm200
Kelas 6 jam kononnya rm300
Lepas ni deposit untuk minimum 10 jam dan ujian rm850
Tu belum ujiam pra memandu tu... tu rm300
Maka semua sekali akan kena
______________
RM1650
Ok la mahal banding dulu punya rate. Tapi ni kira murah untuk rate baru sebab ada orang ambil sampai rm2k. Nak memandu kan kena le korbankan jiwa raga. Siapa suruh amek lesen lambat. Hehehhehe. Btw kawan aku sindir, ni lese L ke berapa? Weh, ni L aku yang pertama. Tetapi.... ni kelas KPP aku yang ketiga. Sila jangan cemuh. Saya sensitif bab ini. Bab lain cemun I boleh defend diri lagi. Bab ni jangan nak cemuh lebih2.
1 comments:
Aik. Serius? Ok tak cemuh lebih2 hehehhe
Post a Comment