Pages

Tukar-tukar hadiah 2014

Minggu lepas satu office pergi makan-makan kat buffet Seoul Garden. Sedap sungguh makan di situ, aku suka coffee chicken dia. Dahla pula tu aku ambil banyak sebab aku ingatkan orang meja sebelah nak makan juga, tapi rupanya aku juga yang kena. Maka setel 60 peratus daripada kapasiti 'All You Can Eat ' perut aku dengan makan Coffee Chicken ajer. Lain kali aku nak makan bersama rakan-rakan lain dan menghabiskan lebih banyak masa di situ. Duduk 2 jam je nggak puas sih. 

Aku nak cerita pasal tukar-tukar hadiah sebenarnya, seperti dalam entri ini dahulu, boss aku pernah cadang untuk kami tukar-tukar hadiah sesama kami. Melalui cara ini semua orang akan dapat hadiah yang unik dan khusus. Kalau pada parti pejabat sebelum-sebelum ini semua orang akan dapat benda yang sama, dahla benda yang sama tu pulak barang generic macam cermin RM20, bantal dan mug. So boss aku kata cabut undi. Maka aku cabut undi dan dapat pula orang sebelah meja aku. Sang penerima tidak tahu langsung siapa yang akan berikan dia hadiah jadi ia memang wonderful la sebab masa hari makan-makan tu baru tau dapat apa dan daripada siapa.

Boss aku letak harga minimum RM50. Aku ada 1001 idea nak bagi hadiah apa, tapi last-last aku fikir lebih baik fikir praktikal. Maka aku bagi baju kurung cotton bercorak batik dan bersaiz XXL, yang dijual di hari orang berniaga di pejabat aku. Beli 3 dapat RM100, so baju sahaja dah RM33. Lagi RM17 aku spend pada sehelai selendang dan anak tudung. Lepas tu aku hadiahkan lukisan berikut.  


Konsepnya ialah bunga ros abstrak.

Kosnya ialah kanvas RM11.50 dan upah tak kira, tapi laki aku kata boleh jual sampai RM100 at least. So aku bundarkan hadiah aku berharga RM160 sekurang-kurangnya, hehehhe. 

Bagi para opismate aku yang lainnya, pastilah mereka berikan hadiah yang harganya lebih daripada RM50 kan. Ada opismate bagi sekumpulan frame pada boss. Wonderful betul hadiahnya. Tulisan dalaman itu dibuat sendiri katanya.




Beberapa hari sebelum tiba jamuan tu aku ada berborak dengan opismate lain, ada yang nak bagi kain sebab mudah dan tenang jiwa sebab tak payah fikir pasal hadiahnya muat ke tidak, ada yang tidak beli lagi - malahan dia beli pada hari jamuan itu sendiri sebab jamuan buat kat shopping center. 

Aku pula dapat sebuah beg macam beg ke sekolah kanak-kanak, mungkin sebab pemberi fikir aku ada anak kecil so itu yang dia bagi, baju lubang-lubang bayi, sarung kaki dan topi. Aku sedikit hampa sebab tak dapat hadiah untuk diri sendiri. Rezeki anaks hadiah ku ini. Laki aku cakap tak bersyukur, ok la tu orang nak bagi.

1 comments:

Unknown said...

Salam kenal, saya blogwalking kat sini. Jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...TQ :)

hELLO

hELLO
:D

Followers