Hari ini ada sesi bergaduh manja dengan member-member dalam whatsapp apabila tidak dapat meluangkan masa bersama. Sorang bekerja berasaskan projek, yang lain-lain pula bekerja waktu pejabat yang mana pastinya bermula 8 pagi hingga 6 petang pasti sedang bekerja. Ada yang bujang namun komitmen pada diri sendiri dan keluarga pasti ada, manakala yang sudah berkeluarga terikat dengan komitmen kerja masing-masing selepas waktu pejabat tamat.
Selepas lebih kurang 30 minit 'bergaduh' akhirnya tiada kata putus dicapai. Maklumlah pada tarikh-tarikh tertentu ada yang balik kampung pula.
Aku sejujurnya memang menjelang malam perlu pulang mendampingi anak-anak. Aku kasihan anak-anak aku punya ibu bapa yang bekerja. Suami aku memang bekerja office hours namun dia ada kalanya tiba ke rumah selepas 8 malam.
Gusar hati seorang ibu beranak kecil macam aku ini ialah, jika bawa anak kecil keluar bersama untuk bersuka ria di luar payah nak borak dan kemudian nak berlibur / berborak dengan kawan-kawan. Maka aku punahkan sahaja impian nak bersuka itu.
Semalam aku ada baca sebuah artikel mengenai bagaimana hendak membahagikan diri untuk meneraju sesebuah mimpi. Contohnya macam kau nak mendaki impian panjat gunung sebelum usia kau 40, maka sama ada kau mencari ruang untuk memanjat gunung dan anak dihantar ke saudara mara / pengasuh untuk dijaga apabila kau nak berlatih atau kau kuburkan je impian itu. Apabila anak kau dah besar dan tiada anak kecil maka kau teruskan usaha. Kau kena matikan diri kau daripada satu segi.
Macam aku nak berniaga, namun aku tiada konsistensi daripada segi masa kerana aku tidak mahu bangun malam untuk berkraf. Anak aku masih menyusu dengan kerap ketika dia bawah 6 bulan pada mulanya jadi aku sayangkan tidur aku. Kini, anak dah tidur lama waktu malam dan sepatutnya aku dah boleh mula bangun malam untuk berkraf.
Haha. Ye aku tau itu contoh agak vongoks sebab aku memang suka tidur, lagi-lagi sejak tidur bangun tidur bangun kerana anak kerap menyusu malam. Tiada istilah tidur 3-4 jam setiap malam. Tapi sekurang-kurangnya anak aku yang kedua ini tidaklah kerap bangun malam setiap jam macam abang dia.
Anyway, aku tengah berangan nak bikin gelang elastic dan pin hijab bercharm warna-warni. Ok, sehingga ketemu lagi.
Caption gambar
1. Gelang - Testing-testing gelang elastic aku. Setakat ni dah seminggu tahan.
2. Doodle - berlatih, berlatih dan berlatih.
3. Baby - anak aku usia 7 bulan, dah ada sepasang gigi yang baru keluar pucuk. Dia tak pandai merangkak mahu pun duduk tapi dia bergolek boleh access seluruh rumah.
4. Meja vendor - aku vendor di butik kawan aku sewa. Check out NajMar House Of Blouse, ada jual tudung Siti Murni.
0 comments:
Post a Comment