Sebelum beranak dua fesyen aku terdiri daripada t-shirt short sleeve, blouse short sleeves, inner macam-macam warna - hitam, ungu, turqoise, oren, coklat, putih, jeans, skirts, baju kurung dan sehelai jubah hitam. Namun, setelah mengandung kali kedua aku banyak beli T-Shirt dan blouse lengan panjang stretchable, jeans pelbagai saiz, jubah, khaki pants, dress dan skirts. Aku dah jarang pakai t-shirt lengan pendek dengan inner kerana aku rasa tak sesuai dah dengan kerja aku dan juga aku rasa panas pakai berlapis-lapis.
Ok, ni latest aku pakai inner hitam sebab kononnya masa kerja kat lokasi ni kena pakai t-shirt lengan pendek daripada sponsor. Tapi rakan-rakan sekerja aku tak mau pakai t shirt itu. Kata mereka tshirt tu tak ada lambang organisasi kami yang punya acara, tetapi cuma ada logo syarikat depan dan logo acara di belakang. Maka aku teruskan la pakai t shirt putih yang aku pakai daripada rumah sebab dah selesa. Acara pula buat dalam kawasan dewan maka suhu kejap sejuk, dan bila ramai orang sedikit suam tapi tak panas kan.
Masa ini aku kembali berjinak-jinak pakai sneakers. Selalu aku pakai kasut flat, tapi bila pakai kasut flat, banyak plak bunions maka aku sengsara. Maka aku belila kasut North Star harga RM70 yang lelaki punya, yang pasti dia kalis air. Kira kalau setakat pijak lopak sikit tak kotor la kaki.
Tudung pulak pakai tudung instant. Belit sekali, kemaskan pakai brooch. Kalau berkenan bolehlah tengok di
@KarlaScarves.
Gambar ini masanya lebih kurang 8 bulan selepas mengeluarkan anak kedua. Aku pakai baju mengandung lagi masa ini, jimat dan selesa. Maklumlah selepas beranak ada lebih kurang 10 kilo maintain dan nak hilang tak la secepat mana. Aku mana bersenam dan jaga makan :P Baju-baju mengandung aku semua spesis stretchy kat perut, aku beli kat Scarlet Plus, ada jual kat Jaya Jusco. Masa aku shopping tu ada sorang minah plus size ni duk membeli jugak, aku pun apa lagi join la. Sehelai dalam RM40 la average dia. Yang atas ni aku beli RM30 sebab sale.
Selain daripada pakai tudung instant, fesyen aku juga lebih kepada pakai tudung Syria. Senang sarung sahaja. Tudung syria pilihan aku sekarang banyak beli daripada Renee, ada kat Temerloh outlet dia. Tapi dia dah tak keluarkan lagi tudung syria fancy schmancy, so aku dah kebuntuan nak beli mana tudung syria yang affordable dan comel.
Ni masanya lebih kurang 9 bulan anak kecil aku usianya. Masa ni aku malas nak beli baju baru sangat sebab dalam proses turun berat badan, walapun sebulan turun 500 gram aja. Aku beli dua helai daripada kawan aku punya koleksi pakaian second. Sehelai RM15, boleh la buat pakai time balik kampung husband.
Masa ini berangan kat padang pasir. Aku sanggup berjalan lebih kurang sekilometer sebab nak berangan duduk kat desert. Tinggalkan husband aku dengan anak-anak tidur dalam kerete. Ni kat Klebang, Melaka sebenarnya. Masa ni anak aku kecik lagi, dalam 6 bulan kot. Selalu kalau tak pregnant aku pakai baju saiz M, tapi masa ini semua baju aku pakai L-XL. T Shirt jejaka kat Brands Outlet dan Padini ok jugak, corak2 nya basic tapi cantik-cantik. Tudung tu koleksi lama Renee. Sekali lagi aku kata, aku kecewa Renee's tak keluarkan lagi tudung Syria baru.
Ini gambar raya puasa baru ini. Aku ada cuti sehari, aku pergi jalan-jalan kat Jaya Jusco Bukit Tinggi dalam 2 jam tu, tengok2 baju Soda dan Padini banyak cun-cun. Tudung ni beli kat opismate. Aku saja jadi macam pokok masa ini sebab asyik-asyik baju aku, ungu dan pink, putih, solid colour, dan gelap2. Sekarang ini aku suuuuuuuka sangat Steampunk so aku tengah emulate secara sedar dan tak sedar ke arah warna armyish macam brown, tan, khaki.
Kadang-kadang survey la bahagian lelaki punya baju sebab ada yang menarik dan yang penting long sleeve pun banyak. Ok, bye.