Mengapakah dah tua-tua baru nak cosplay? Tanya suami aku pada aku dua hari lepas. Sebab dah usia gini baru jumpa orang-orang sedemikian kan, masa dah tua ni la ada duit dan kelapangan. Lagipun masa tua ni la baru ada perasaan nak mengejar semua cita-cita lalu. Dia macam life begins at 30 plak.
Sebenarnya, kali pertama aku ternampak orang cosplay masa aku google pasal Naruto tahun 2003 macam tu. Masa tu aku baru je habis melayan marathon Naruto zaman kanak-kanak so aku google la pasal naruto kan, dan aku ternampak ada mat salleh berpakaian macam Naruto. Aku korek2 rupanya cosplay. Masa tu keongkosannya kan limited so takdela fikir panjang nak mengcosplay bagai.
Makanya, dua minggu lepas aku ke MIECC untuk event Visual Arts Expo dan aku terjumpa dua ketul belia memakai baju cosplay tengah jalan-jalan. Dorang kata dorang cosplay Kojou Akatsuki daripada manganime Strike The Blood dan Aha Kushina daripada K Project. Yang cosplay Ana Kushina ni rupanya ahlil hijab cosplayer, iaitu perempuan2 berhijab yang memperagakan fesyen lolita dalam berhijab.
Maka aku berconnect dengan mereka-mereka ini dan terpanggil untuk bercosplay. Semasa AniManGaki yang baru ni kat Sunway Pyramid aku pakai headband telinga kucing dan topeng mata, sebab nak cosplay lite-lite jadi CatWoman.
Aku google baru ni, kalau cosplay jadi Jesse from Toy Story ok jugak. Akak tak kuat nak join lolita sebab akak rasa akak dah tua dah. Hahha. Kalau aku cosplay jadi lolita pun mungkin aku pakai gaun labuh sajor. Baiklah, wa cao dulu.
Mini-ManCat Monday
6 hours ago
0 comments:
Post a Comment