Pages

Bruno : Pendapat aku semata-mata iye

Semalam aku rilek kat rumah tengok DVD yang dah bersusun indah dalam rak tivi. Aku ni beli DVD lagi cepat daripada menontonnya dan gitu juga dengan beli buku. Walobagaimanapun ni nak cerita pasal aku tengok Bruno semalam.

Kesimpulannya sangatlah kurang pahala tgk Bruno di bulan Ramadan ini bahkan juga menambah dosa. Oleh itu tengoklah masa tengah nakal-nakal itu supaya tak la rasa bersalah sangat. Cadangan ini hanya untuk mereka yang berumur 18 tahun yang dah boleh fikir baik buruk ya, budak2 kecik sila tutup mata dan tgk Miley Cyrus takpun itu Jonas Bros je.

Siapa itu Bruno?
Bruno ialah pasal seorang jejaka Austria yang sangat fashionista. Dia kena pecat daripada menjadi pengacara rancangan fesyen dan juga dipulaukan daripada dunia fesyen negaranya. Maka dengan angkuhnya dia mencari padang baru untuk memasyhurkan kembali nama beliau yang dah terpalit arang.

Padang pilihannya pastinya Hollywood tempat fesyen, selebriti dan kemasyhuran bertembung. Maka berbekalkan tips-tips daripada artis Hollywood ternama seperti Angelina Jolie, Madonna dan Brad Pitt dia mengorak langkah untuk mendapatkan kemasyhuran yang diidam itu.

Seriusly kalau nak tengok kena ajak kawan-kawan sekepala. Kalau ada di kalangan penontonnya si azyze pula kena siap-siap ada remote kat tangan. Masa aku tengok pun aku banyak tekan butang forward aje bila ada adegan yang sangatlah tidak sihat untuk tatapan mata manusia mana-mana negara pun dan aku menontonnya seorang diri tau.

Yang uniknya pasal filem ini
Kalau korang dah tengok Borat maka korang dah boleh tau dah bagaimana filem ini berlangsung iaitu semua pelakon selain daripada watak utama ialah orang awam semata-mata. Di sini Sacha Baron Cohen menjadi Borat yang sangat melampaui batas yang bertemu pelbagai lapisan masyarakat daripada pelbagai ceruk dunia untuk menzahirkan impian dia. Kamera memang berada terang di situ tetapi orang tu tak tau yang mereka akan keluar filem seluruh dunia lepas ni. Maka apa yang kita lihat ialah ekspresi manusia yang benar.

Apabila melihat Bruno beraksi dengan mereka ada juga rasa seperti dalam candid camera atau wakenabeb. Contoh satu adegan ni si Bruno nak jual episod pertama (Pilot) untuk program baru dia kepada satu stesen tv ini. Sebelum boleh jual video ini kenala dipratonton oleh 6 orang ahli panel juri ni. Syaratnya jika juri bagi markah lebih 60 peratus maka barulah program itu akan diterima. Selepas aje pratonton semua juri mengamuk dan siap ada yang bingkas bangun dan blah daripada bilik tayangan sebab x tahan sangat dengan program itu.

Satu lagi adegan aku ambil perhatian ialah masa Bruno interview ibu bapa kana-kanak untuk join sekali dalam sesi fotografi bersama anak angkatnya. Antara soalannya kepada ibu dan bapa baby itu ialah berapa berat anak awak? Kata si ibu dalam 30 paun. Bruno tanya lagi kalau diminta anak dia kurangkan berat untuk photo shoot tu dia setuju tak? Si ibu kata dia akan cuba mengurangkan berat yang diminta. Tiba lah soalan tak tahan daripada Bruno iaitu adakah si ibu sanggup melakukan liposuction kat anak dia kalau anak dia x sempat kurangkan berat sempena photo shoot itu nanti? Si ibu jawab dengan konfiden yang dia akan melakukan sehabis baik apa yang boleh dilakukan walaupun kena liposuction anaknya.

Waaa biar betik ibu sanggup baby dia disedut lemak. Babykan memang berlemak, jadi ibunya jawab memang serupa orang bodoh. Masa ni memang nyatalah si ibu tu bukan faham pun apa yang ditanya pada ketika itu. Rasa nak menepuk dahi sangat-sangat dah.

Akhir kata
Jika dah ketandusan cerita bermoral silalah tonton Bruno. Daripada satu segi ia memberi pendedahan terhadap reaksi manusia apabila berhadapan dengan situasi melampau Bruno/Sacha Baron Cohen. Selain itu ia juga merupakan suatu alternatif kepada bagaimana sesebuah filem itu diceritakan

Ia sebuah prorgam realiti yang x ade kepura-puraan (kecuali la si Bruno itu yg memang oh so dramatik) dan memang kalau boleh nak tengok dengan eyes wide shut.

Trivia Bruno di IMDB

ps : sangat anu dalam botol

3 comments:

azyze gomez said...

naddy,
aku tengok borat rilek je..
eheheh

mizzyN said...

sila lihat bruno dan anda akan squint your eyes macam tgk cerita seram. x lucah tapi erkkk

nooreen.rahman said...

nadh, i watched this few months back. fr me quite lucah gak la... ha ha ha.. hilarious for some ppl la but m not buying it :P tp sngtlah sarcastic. tgk muka kat org yg kena prank ngan dia tu mmg terbaek! paula abdul la, politician tu siapa tah!!! punyalah mengamuk! haha! kudos

hELLO

hELLO
:D

Followers