Pages

Hati dan kad yang menggembirakan

Semalam, aku sempat pergi pejabat pos untuk ambil barangan online aku yang buat u-turn ke sana kerana ketika ia tiba di rumah ku, aku pula tiada. Barangan online itu ialah kad daripada kak emila yang aku shopping kat kedai ini. So cute the kad is, bak kata yoda kalau dia ada sini la.

Sebelah kiri ialah kad untuk daddy aku punya birthday bulan 11 ni kan dan kanan pula ialah untuk diri sendiri. Gambar perempuan rambut mengurai ini ialah trademark kak emila. Maka pergilah cek blog dia kat sini untuk melihat lebih banyak lagi harta karun keartistikan beliau.


Kak Emila juga seorang yang sangat nice. Di kala kita duk menjalin hubungan online dgn blogger lain yang kita kenal semata-mata daripada penulisan dan hasil klik mengelik ni, hubungan yang wujud antara insan melalui rangkaian digital ini boleh menjadi sekaku hubungan kita dengan makcik emo kaunter pertanyaan. Tetapi kak emila ni sangat mesra dan walaupun aku hanya berhubung dalam kotak komen dan email aje dengan dia tetapi rasa macam dah kenal lama.

Semalam juga masa aku sambut pakej ini daripada pejabat pos itu aku terasa ketebalan semacam sampulnya. Setau aku, aku beli dua kad aje jadi kenapa kembung sampul itu, jadi aku bukak la kat situ juga.

Sekali, oh rupanya ada kejutan yang menggembirakan! Dapat ini.



Haha comel sangat, jahitan sangat kemas dan kehadirannya sangat x disangka. Terima kasih kak Emila! Ni yang nak pergi shopping lagi ni lagi-lagi bila ia melibatkan sentuhan mcm nie. haha, mungkin next time x de kot tapi x ape!

ok beb, nak tido balik. ngantux.

ps: di zaman internet ini pabila aku tengok benda-benda cantik online memang sangat-sangat nak miliki. Jadi mana yang boleh dibeli itu kita dapatkan untuk kepuasan mata dan kehendak artistik kita.

6 comments:

fizafe said...

aku tak sure la zaman kite study dulu dah wujud ke shopping online mcmni, tambah2 bende pulak tu 'fancy mercy nancy'...tapi aku rasa agak parah jugakle keadaan kalau time tu dah reti pakai online shoping cart ni, bak kata makcik kamera nikon mahal tu lah, duit cukup beli a4 paper ngn ink dan disket hehhehe

Naddy said...

dulu itu le, aku rasa masa zaman kite belajar paling2 pun ada ebay dgn mudah dot ocm itew.

nooreen.rahman said...

cantiknye blog dia! teruja lah!

yoon see said...

Wow! Mizzyn sangat bertuah:)

Naddy said...

yoon see, yeah i guess it's for being among her early customers.

Naddy said...

noreen, ko rajin2 la jenguk dan komen dia. she's very nice.

hELLO

hELLO
:D

Followers