Pages

Sesi bukak pose dengan kawan-kawan 2009

Ramadan merupakan bulan semua orang slow down aktiviti dunia dan memperbanyakkan aktiviti keimanan. Sempena bulan ini juga aktiviti makan bersama teman lama/terkini juga diadakan. Yela kan pada ketika ini semua orang akan makan serentak jadi alang-alang menyeluk pekasam lebih baiklah makan berjemaah dan beramah mesra atau term kegemaran budak-budak zaman ini beramas mesra. Berikut ialah kisahes of buka pose aku dan rakan-rakan.


Bukak Pose 1

One of my favourite hobby is camwhoring, and I know you do it to, haha - Mizzy N
Camera + whoring - sejak bila tah
perkataan whore jadi pretty positive.

Ini ialah kesinambungan daripada kisah at long last itu. Maka pada Khamis minggu kedua pose aku pergi berjumpa kawan lama iaitu Ely Azyze. Dia asyik la cerita dalam blog dia pasal restoran nama kokopelli ini yang terletak di PJ dan kami bersetuju nak jumpa di sana untuk berbuka puasa sama-sama hari Khamis tu.

Aku dan azyze.

Beliau diperbuat daripada sejenis elemen yang mengelirukan kamera digital oleh itu imej beliau overexposed. Ini ialah cubaan ke-3 nak men2Dkan muka beliau dalam kamera yang agak berjaya sikit je tang rambut dan juga sedikit bajunya.

Turut hadir pada petang sesi beramah mesra itu yang bukan ramas mesra sebab tidak melibatkan sentuhan, ialah rakan sekompeni saya cik yuyue dan cik ny-mind. Terima kasih cik kak berdua kerana turut sama meramaikan majlis dan memudahkan pergerakan.


DJ dan penerbit yang kacak lagi hensem sedang berposing.

Masa berjumpa tu si azyze and nymind ni dah siap buat plan nak ketemu di Penang melawat kedai buku. Sangat hantu buku kawan-kawan aku nie.

Pada petang itu juga saya telah berjaya mengingatkan diri saya untuk membawa bersama hadiah yang diperap sekian lama untuk azyze. Ini ha kotaknya, isinya lupa nak ambil gambar oleh itu ia akan menjadi misteri la selama-lamanya.


Kotak hadiahnya sahaja


Cik azyze gagah membuka hadiah.

Sekali lagi kamera terkeliru jadi imejnya sangat tiada fokus.


Order air siap-siap untuk berbuka. Nie air azyze dan yuyue.

Mula-mula kami mengorder empat jenis air yang berlainan supaya boleh saling merasa. Korang boleh baca komentari azyze mengenai kokopelli di sini.


Air aku dan nymind

Sesungguhnya air ini bernama fancy seperti Fly Me To The Moon dan lalala lain lain lagi. Yang menariknya ketika kami di sana orang kedai membuka siaran radio kebangsaan saya suatu masa dahulu yang sangat klasik di peringkat nasional. celebrate

Makanan tak sempat nak ditangkap imejnya tapi boleh la dibagitau di sini aku makan fish and chips dan sup lepas tu cuit-cuit makanan orang lain iaitu pizza, spageti carbonara, fillet ayam dan ayam chop. The food is ok dan keadaan kedai sangat selesa. Cuma part nak bayar itu si cashier kata kena kira sekaligus. Aku pelik la kan padahal restoran lain boleh je kirakan harga makanan ikut individu dan ada yang siap tanya sebelum dia key in harga "nak separate bil ke kira sekali?"

Ok next kisah.

Bukak Pose 2

Minggu depannya pula aku ke sebuah kedai all you can eat steamboat yang terletak sebelah aje dengan Sunway Pyramid. Tujuan utamanya nak melawat kawan aku yang datang bercuti, dia ni bretugas di Sarawak. Oleh sebab kami bekerja di kompeni besar yang sama so kadangkala dia akan datang ke markas aku untuk hadiri taklimat. Tapi kali ni dia pergi bercuti suka suki ke KL jadi aku mestila menyambar peluang itu utk bertemu.

Tengah mengesteam bebola dalam boat?


Hi and bye Wilma.

Yang bestnya aku datang dan ambil gambar sahaja lepas tu aku blah makan kat tempat lain. Sebab utam parkir kereta x ade yang kosong.

Next!


Buka Puasa 3

Lebih kurang seminggu sebelum chow cin cau balik raya aku pergi gathering makan dengan rakan-rakan sekolah lama pula. Makannya di Marche dan buat hari Jumaat jadi ramai yang luar KL dan bekerja lambat x berpeluang nak join. Aku pun tiba di Curve pukul 7.30 sebab jem sangat.

Peluang nak berjumpa kawan sekolah sangat aku dambakan. Walaupun aku duduk dua jam aje berbanding segelintar lain yang lepak sampai kedai tutup tapi rasa bahagia gila. Bulan Disember ni mungkin ada reunion formal dan aku x sabar nak mendaftar nie.

Mizzy N dengan Lily dan Zara.

Sebelum pergi aku pujuk2 Lily suruh pergi join ebab dia duk risau anak dia x ada yang nak layan. Pada malam itu juga aku ditemani oleh wonderful nymind juga. Aku dan nymind memang suka aktiviti makan-makan nie. Nasib baik juga aku ajak dia pergi sebab tiba petang tu tansport asal aku Encik Py bizi pula malam . So aku terpaksa mengajak naik kete nymind dan lepas tu bawak pula sorang kawan lain lagi. Nasib baik ada kawan bernama nymind boleh dera sekali sekala. Oh ya dia pun rajin mendera aku juge ye. setan


Aku dgn id yang dah siap2 censor muka sendiri jikalau keluar blog.

Sampai-sampai aje dah lambat jadi lepas mingling sikit-sikit aku terus keluar kamera dan cari makanan. Masa tu pula si Zara anak Lily nak berjalan keliling pasar so aku candid la sikit gambar. Oh ya Marche ni di The Curve dan maksudnya ialah pasar.


"Mama, I nak beli truffles, escargot dan juga caviar for sahur"
Wa bangkrap mak kalau nak makan tu semua.

Lepas makan sup aku cari anak orang lain pula untuk dikacau dan ada lagi sorang blogger selain Lily di sini yang bernama Ninie dan anaknya si Qisya. Si Qisya ni umur dia setahun tapi so tiny macam mak dia juga.

Aku dan ninie sekelas masa form 3 sampai form 5. Aku dengan Lily pula tak pernah sekelas tapi aku selalu melepak dorm dia dulu walaupun dia duduk dorm pengawas. Sebelum tu aku tak pernah terbayang pun nak melepak kat dorm pengawas. Maklumlah zaman sekolah dulu budak-budak biasa suka rebel dengan pengawas dan rasa macam pengawas ni rejim oligarki plak yang suka masuk campur hal orang dan sangat gila kuasa tapi itu sikap zaman x matang dulu la.


Alahai aku dukung si Qisya ni terus je nangis si kecik ni.
Mak dia sengih besar tengok anak dia takut kat aku tu.



Makan minum dan makan

Buffet dia sekepala RM45++ dan air harga lain. Makanan buffet macam daging ikan dan ayam, salad, pasta, sup dan sweet toothy pastries. Aku makan kerang dua ekor, udang sekor, ayam seketul dan daging dua kerat. Makan pun kena ikut kemampuan sebab kalau ada lebihan yang banyak kena bayar RM5 setiap 100 gram.


Sambil makan ambil gambar, sambil ambil makanan ambil gambar.
Orang lain ambil gambar aku pun mencelah dah join juga.



Nice gila dapat makan dengan kawan-kawan lama. Aku x borak banyak sebab selalu aje aku interrogate dieorang ini dengan facebook. Haha bercakap pasal facebook siap ada satu kawan lama ni pesan minta maaf sebab selalu curi tanaman dalam barn buddy. Ambillah nak, makcik pun rajin mencuri buah/sayuran korang juga.

Ok itu aje, hari ni pun last day puasa so esok x boleh puasa dan jom beraya!

Kepada Encik Aris yang kata dia pun baca blog aku nie sila la tinggalkan komen supaya interaktif sikit sini takkan nak laser aku kat fb sajer? Hehehe

5 comments:

yoon see said...

Cute poses mizzyn.
Selamat Hari Raya to you and your family:)

Naddy said...

Selamat Hari Raya to u too!
stay cute yoon see.

Anonymous said...

hye rara....
aku sudah bersuara...
selamat arie raya!

-ariz-

Naddy said...

hi ariz, the man has spoken.

yoon see said...

OK, we stay cute yeah, bila nak jumpa Mizzyn?

hELLO

hELLO
:D

Followers