Pages

Memori menyambut kemerdekaan yang lalu.

Tah tahun bila nie, rasa macam tahun 2002 dulu pada tarikh 31 ogos aku pegi menyambut merdeka di tepi pantai PD yang... indah? Pantai tak indah tapi memori di sana indah. Masa tu aku dan kawan-kawan amek diploma dan bertolak dari Shah Alam ke PD naik bas. Aku ingatkan aktiviti tidur rumah sedara dia dan bermain di pantai tapi rupanya tidur, makan dan melepak di pantai selama beberapa malam.

Seriusly ia pekara WAU dalam hidupku sebab sehingga masa tu aku tak pernah pergi berkhemah. Sebenarnya sampai sekarang pun aku tak pernah pergi berkhemah langsung, semustinya la kecuali itu. Hahahha ye aku memang manusia tidak berapa outdoorsy sebab tiada peluang nak bersuka ria di luar. Ekonomi ciput maaa masa kanak2 dulu. Masa remaja pula aku join Brass Band and so takde nak camping-camping macam pengakap, huhuhu puteri islam pun ada gak pergi jalan-jalan. Kalau ada peluang hoo dengan laju aku akan sambar.

Maka masa aku dapat tau yang kami akan berkhemah di tepi pantai rasa macam best gile. Pagi-pagi pukul 7-8 pergi mandi pantai dan lepas sejam dua dah lekit-lekit kering pergi mandi kat bilik air berbayar pulak. Masa tu kawan aku punya sedara mara ada kedai situ jadi dapat perkhidmatan bermain pelampung (atau boya bak kata orang Johor) secara percuma setiap hari. Hebat tau dapat terapung atas pelampung paling besar sambil kuak2 air ke tengah lautan.

Masa tu muda remaja dan kurang kedut dan ada kawan yang pandai bermain gitar maka rasa sedikit macam ala-ala orang pantai pun ada.

Masa nie tengah jam lagu rock kapak
:)



Masa nie sebelum atau selepas bermain pasir pantai. Bakat aku membuat ekor duyung jadi selepas tanam kawan-kawan aku suka buat ekor duyung kat dorang. Tapi setakat ini tak pernah aku jumpa kawan-kawan yang giler buat istana pasir atau orang bogel pasir. Orang bogel pasir selalu perempuan sebab lebih diterima ramai. Itupun ada yang segan segan kata porno. Ntah pape tah, Michaelangelo boleh plak :P


Padah bermain laut di pagi hari dan terus breakfast terus muntah-muntah breakfast.
Selamat tinggal Fresh Oren dan roti bakar
sob :( sob :(


Pada suatu hari tu macam biasa la mandi laut pagi-pagi kan tapi laut bergelora sebab semalam hujan dan angin banyak. Sebelum tu aku dah suarakan pada kawan aku yang aku pening-pening lalat rasa macam x sihat tapi kawan aku suruh gak teman dia dalam ombak2 kecik tu. Setelah mandi laut aku rasa mcm ok sikit kot jadi terus pergi makan pagi. Selepas makan aku serius rasa nak terkeluar isi perut dan lepas aje hirupan terakhir air oren segar tu aku terus lari gi longkang. Waaaaaaa keluar semua makanan sedap tuuu wuuuhuu.

Serius ly bila kena sakit memang rasa nak mati tapi bila sihat macam lupa pulak perasaan sakit tu. Oooo sebab tu agaknya lupa diri selalu ye aku nie. ehhehhhe.


Percutian itu adalah yang terhebat dan masa nie aku tipu mak aku sebab dia suruh main kat gigi air tapi aku belasah main boya sampai 10 meter daripada gigi air. At the end of the trip, best laaa. Rasa macam nak ulang semula aje.

3 comments:

Hazrey said...

tak tau kenapa, tapi masa baca entry ni, terus rasa lapar. sambung kendian lah.

Azyze said...

Alamak, aku la kawan tu kan?? aku mohon maaf pasal paksa ko tapi ko sorang je yang tak pakai krim pose nanti most of the time haha.

sekarang kalo kita pi lagi, dah takleh tido sekhemah dah hehe

Azyze said...

pembetulan: pose cantik

hELLO

hELLO
:D

Followers