Pages

Selamat Hari Malaysia

Bros and sisters, tomorrow is Malaysia Day the 47th. Selamat Hari Malaysia!

Aku tengah jimat cuti so aku hari ni, semalam telah keje dan akan kembali keje Jumaat. Duk office pun bertemankan office mate aku dan anak-anak mereka sebab nursery cuti kerna babysitters sume beraya. Officemate aku sorang sambut krismas dan sorang sambut Deepavali so masa raya2 nie rilek duk opis.

Malam nie nak kemas rumah dengan maju jaya sebab seminggu lepas aku baru pindah rumah. Hmmm dan aku rasa untuk 2 bulan seterusnya memang kemas rumah aje la keje aku dan lepas setahun pindah ke? Oh noooo x sanggup nak fikir ke depan sangat punya aktiviti berat. Lepas nie aku rasa macam nak upah tukang pindah, walaupun mungkin poket penat tapi badan rilex tapi kelegaan sangat haaaaaaa.

Setakat nie mak-mak aku aje yang bertanya bila boleh datang rumah, aku kata kena bagi clear dulu dan maybe raya haji la jawabnya. Kalau ada kawan-kawan bertanya aku nak jawab "Baru je pindah rumah sebelum raya jadi mana la sempat nak berkemas lagi." Lepas tu lagi 3 minggu lagi katalah "Baru pindah rumah minggu lepas dan tak selesa lagi nak ajak orang datang rumah" dan lama-lama akan berlarutan sampai sebulan gamaknya dan rumah pun dah kemas tapi saje beritau baru pindah dan orang pun segan nak datang. Cis kejis kan.

Semalam aku baru cuci fridge aku setelah mendapati ia berkulat. Yolahkan dah aku tak bersihkan ia lagi sejak pindah aritu mana tak organisma parasit tu bermaharajalela. Siap balik beraya kat kampung mestila parasit tu pun sibuk beraya jugak. Oh dan itu petanda kena cepat berkemas rumah. Ohhhh ohh dan ohh. Kalau tak kemas, entah apa pula yang akan membiak pulak lepas nie :P Alien tiga mata, empat kaki?

Hari nie rasa macam nak beli gas jadi bolehlah masak2 kang malam, semalam aku masak guna 3 rice cooker
- 1 rice cooker lama untuk masak nasi
- 1 rice cooker baru untuk menggoreng, bila periuk dia dah panas aku tekan suis dia ke bawah untuk suruh dia masak lagi tapi periuk dia maintain melompat jadi aku kena tekan guna sudu bagi dia ke bawah jadi aku tukar ke periuk lagi satu
- 1 periuk yang suis suruh masak ditekan dengan sudu masih maintain masak hahahahahhaa.

Guna je la dulu apa yang ada setakat nie :(

ps: beli gas, beli gas, beli gas.

1 comments:

Ellen Whyte said...

Have a good holiday. Have you downloaded Amir's book yet?

hELLO

hELLO
:D

Followers