KL ke JB atau JB ke KL naik bas mesti memerlukan hampir lima jam waktu perjalanan. Nak keluar masuk KL je kena extra 30 minit sebab hujung minggu mesti jem punye. Balik kampung naik bas best sebab sangat ekonomi tapi ia melibatkan banyak sangat masa terluang yang menjadikannya amat bosan.
FASA BALIK JB
Aku suka mentaliti balik ke JB sebab di hujung perjalanan ada mak dan abah di rumah menunggu dengan makanan terbitan rumah. Lagi best bila adik beradik aku tak ada dan masa ni la rasa macam anak tunggal pula. Semua yang aku nak makan pastinya mak aku akan sediakan dan ini sangat menggembirakan hati dan perut.
Selalunya aku sampai puduraya 10 minit sebelum bas bergerak. Aku memang suck bab-bab menyampaikan diri ke terminal/stesen bas awal nie. Tetapi bila julung2 kali aku sampai awal aku akan merayap ke sogo atau mydin sementara menunggu waktu bas tiba. Selalunya kalau tiba awal maknanya aku belum beli tiket la tu tapi sejak dah kerja ni aku suka beli tiket awal.
Ini kita bercerita tentang hari2 biasa atau hari takde trafik jem tau. Kronologinya ialah bas ekspress akan bergerak daripada Pudu ke JB dan tiba di Machap dalam masa 3 jam. Bas akan berhenti rehat di Machap selama 30 minit dan lepas tu menyambung perjalanan ke JB. Daripada Machap ke JB mengambil masa sejam je.
Dalam masa 15 minit naik bas aku pasti akan melelapkan mata sebab malam sebelumnya aku akan set tidur lewat. Bila tiba di Machap aku akan bangun dan cari makanan. Kat situ aku suka beli ayam goreng sebab ia rangup, tapi kalau kenyang lagi aku beli buah2an potong takpun tengok koleksi dvd/cd yang terkini untuk hiburan dua malam di rumah. Agak2 dalam 20 minit aku naik la bas balik sebelum pemandu bas mula hon2 panggil penumpang naik.
Lagi sejam ke JB aku tak tidur sebab takut terleka. Namun bila dah penat sangat aku bantai je tidur dan sekali tu bila bangun2 je dah sampai kat Terminal Larkin dan menggelabahlah aku bangun dan blah keluar. Bahaya sebenarnya sebab mana tau drebar kidnap bawa mana2 tah tapi kini aku dah tak tidur lagi dah bila tiba Skudai.
Kini aku juga suka sampai JB sebelum tengah malam sebab nak mengelakkan drebar teksi yang suka memangkah pelangganyan dengan kenaikan tambang dua kali ganda (walhal 50 persen aje pun naik patutnya). Tapi tak semua drebar teksi suka pangkah orang. Dalam dunia ini pastinya ada keseimbangan dan sebanyak mana ada drebar teksi suka demand tambang tipu kat kastemer sebanyak itu jugalah wujudnya insan ikhlas beruniformkan pemandu teksi.
FASA BALIK KL
Pada hari balik KL rasa macam malas je nak balik sebab di KL aku rasa ibarat musafir yang mana semua benda kena buat sendiri. Masa belajar dulu kalau tak ada tiket ke KL hari Ahad aku akan beli tiket hari Isnin atau Selasa. Kalau dah balik lambat memang kena ponteng kelas la tapi ponteng sekali sekala tak apa hehe. Tetapi jika bekerja mana boleh skip kerja Isnin. EL? Errkk.
Aku ada habit meninggalkan rumah setengah jam sebelum waktu naik bas. Kalau bas bertolak pukul 12 tengah hari maka aku chow dari rumah pukul 11.30 la. Bila tiba Terminal Bas Larkin mesti tak yah tunggu lama sebab bas akan bertolak tak lama lagi. Tapi tak best ialah bila bas delay sejam. Aku tiba dah pukul 11.55 dan bas patut bertolak pukul 12.00, tapi tiba pukul 12.05 bas pun tak nampak dan akhirnya bas akan tiba dekat2 pukul 1 petang. Masa tu la nak keluar pula dialog "Cis, bas lagi lambat daripada aku. Kalau aku tau!!" Hahaha, macamlah aku tahu kan.
Sebelum naik bas ke KL aku mesti akan beli paper, lagi2 bila hari Ahad sebab akhbar Ahad lagi banyak cerita rakyat daripada cerita keras. Kalau tak sempat beli di JB maka aku akan cari di Machap je. Kalau siapa tak biasa naik bas daripada JB ke KL pasti akan pelik sebab bas berhenti hanya sejam selepas bertolak. Tapi usah khuatir sebab bas akan berhenti sekali lagi di tandas RnR jika ada permintaan. Biasanya aku tidur bila bas bertolak daripada Machap ke KL.
Tapi tadi aku tidur 15 minit selepas bas bertolak daripada JB, sampai Machap aku tersedar tapi tidur balik dan terjaga di Ayer Keroh. Masa tu aku dah tak boleh tidur sebab dah lama sangat tidur jadi aku berangan je la sepanjang perjalanan. Aku plan la nak naik apa ke rumah? (bas? teksi?) Patut ke nak spend masa kejap kat KL jika tiba awal? Patut ke aku naik monorail Hang Tuah jika jalan ke Pudu jem nak mati dan sebagainya.
Tadi di lebuh raya sebelum sampai Nilai tetiba trafik bergerak perlahan dan kadangkala stop. Masa tu aku dah cuak sebab cuti kali ini panjang sikit dan mana tau jem macam raya haji haritukan. Dalam kepala orak aku dah fikir berapa jam la baru tiba KL nie. Tetapi bila lepas Nilai rupanya ada accident di jalan menuju ke selatan. Bodow la driver Malaysia nie yang menjemkan jalan sini sebab tengok accident sebelah sana. Cheese kata aku dalam hati. Lepas je accident tu clear balik. Haih. Akhirnya tadi aku tiba KL dalam masa 5 jam setengah. Okla tu, ada satu masa tu aku spend 7 jam daripada JB ke KL dan siap tukar bas lagi di pertengahan jalan.
Minggu depan ni aku balik kampung lagi tapi kali ini ada peneman seorang manusia. Aku plan nak bawak sebiji bantal sekali supaya syok sikit nak tidur. Selamat pulang ke kampung laman.
ps: jangan suruh aku balik naik kereta sebab itu tak de dalam senarai buat masa ini.
Mini-ManCat Monday
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment