Pages

secara amnye pasal cari gf/bf

Semakin tua umur aku semakin aku melihat budak2 yang 25 tahun ke bawah di office aku ini ibarat adik2 aje. Tapi selagi dia staff aku tak bagi dieorang panggil aku kak N, tapi kalau student praktikal aku relakan je. Dalam satu aspek aku dapat la rasa ala2 muda sebab budak umur 22 sekalipun akan panggil aku dengan nama sahaje dan mcm sebaya walhal beza umur lima ke enam tahun.

Beberapa minggu lepas sorang officemate lelaki berusia 22 tahun tanya pada aku "Ko ada kenal sesiapa gadis yang boleh direkemenkan pada aku?"

Aku dengan serius menjawab, "ko rela ke nak berkenalan dengan perempuan lebih tua?"

"Aku tak kisah," ujar beliau.

"Perempuan baya aku kebanyakannya kalau berkenalan dengan lelaki akan fikirkan pasal nak kahwin juga, mereka prefer lelaki matang dan stabil."

"Aku tak stabil ke sebab kerja kontrak?" dia tanya balik.

"Bukan sebab tu tapi sebab ko baru je kerja."

Cehh, sekali aku tengok fb dia dah ada aweks dah. Panas hati betul bila lelaki dah ada awek nak sibuk2 cari lain walaupun bergurau. Tapi itulah yang terjadi, kawan2 lelaki aku kalau masih belum berkahwin akan manjang je ngaku bujang lagi. Tapi mereka takkan ngaku straightway, bila ko tanya "Ada gf ke?" Dia akan geleng2 la takpun senyum tanpa jawapan. Ceits.
Ada sorang tu buat alasan "Kalau mereka tak tau pun pasal status aku peduli la, buat apa nak jaga perasaan dia orang. Kasih sayang aku pada gf aku tak luak dan tak berubah. Selagi gf aku tau yang aku sayang dia dan setia padanya dah ok dah." Harapnya lepas kahwin pandai takde la ngaku bujang lagi.

Tapi kalau bagi kami perempuan nie kesetiaan itu hendaklah diaplikasikan di setiap sudut kehidupan. Kalau kat fb tu dah kawin tapi letak status single, memang cari nahas la.

7 comments:

intan izani said...

mmg some laki macam tu
menyampah kan...

thoyol said...

hurm, sad to say yang memang ada sesetengah lelaki yang macam ini. Dan ada juga perempuan yang macam ini juga kan??

Therefore aku rasa sebenarnya it lies to the individual him/herself. Kalau dah tak loyal, memang takkan loyal.

Kan??

DrSam said...

memang pahit untuk ditelan tapi itulah kenyataan.

deennasour said...

dah namanye lelaki. memang camtu.
laki kwn aku siap tak nak pakai cincin kawen sbb tak nak orang ingat dia kawen.
kejam tak kejam.

aku tak tau la camna nanti.
hehe. 6 tahun lagik insyallah~

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
katztales said...

Merry Christmas and a Happy New Year, Mizzy. Purrs and headbutts from all of us for 2010. And Au says that if your parents need a home for those furry little pets, he'll help! I'd ignore him if I were you.... :-P

mizzyN said...

:)

hELLO

hELLO
:D

Followers