Dunia Facebook (FB) dah bercantum dengan dunia realiti apabila orang mula mengingati aku dengan nama FB aku yang bengong itu berbanding nama gelaran biasa. Semasa aku berjumpa tunang kawan aku (sejurus sebelum menjadi laki orang di luar masjid tu) dia boleh panggil aku dengan kuat 'Lempeng Nara" (nama FB aku versi rekaan) daripada jauh dan amatlah tergezut aku sebab aku pernah jumpa dia dua kali sebelum ini tapi tak pernah borak pun. Tetiba dia panggil aku dengan nama itu ciss.... Tapi orangnya peramah dan rilek rupanya.
Bulan nie aku slow down sikit berfb, memanglah sambil online update web aku akan selit2 ke ke fb. Ok pe, boleh cari2 kawan kat unit promo minta pic dan logo yang diperlukan. Tak yah nak angkat telefon dan cari orangnya. Dulu aku rajin sepai orang dalam fb. Sepai nak tau siapa gf dia, bila dia tunang dan lain2 info untuk menyetelkan sifat ingin tahu aku tu. No wonder dorang takut bila tau orang2 FBI dan segala biro penyiasatan negara luar guna FB untuk mengintip orang. Oh, dah tengahari dan rayau hour, let's go makan dude. Tetiba posting aku berakhir dengan lajunya.
Wonderful Wordy Wednesday
2 days ago
1 comments:
apa face muka kau? aku nak add...yang aku ada frenster dah tak main dah tu obselete..hehehe
Post a Comment