Pages

Sebiji?

Masa Scha Al-Yahya keluar tivi dulu aku seriusly rasa dia sebijik-sebijik macam


Marion Caunter


Tapi bila belek lama-lama beza banyak la.
Layout je kot yang hampir sama.
Atau di mata aku aje hampir sama.


Lepas tu aku tonton cite apa tah ada Rizman Khuzaimi dan




ada pula Liza Othman yang jadi mak Adam/Aidil dalam Nur Kasih tu.
Wau sebijik la.


dua-dua berlakon powerr gile.

memberi komen dengan serius

untuk hari ini atau ketika ini aku la pengomen paling berjaya hehe.
gigih sungguh aku mengomen.

Not a single word for practicing nanowrimo

HAHAHHHAHAHA
Fail la u MizzyN

hahahaha

Mana janji aku nak nuleh Sept to Okt, haha vuah verangan

Ok ok, tengah malam kang aku start ekk. See you later.
Makanya trial Nanowrimo ini akan bermula 24 Sept 2010 sampei 23 Okt 2010.
Tata.

Sorry tertipu anda.

NANOWRIMO lagi sebulan lebih ajerr

Nanowrimo is sebulan lebih ajer from today. Maka aku nak berlatih dengan nuleh bermula esok sampai cukup sebulan. Itu maknanya 22 September sampei 21 Oktober 2010.

Dah dua tahun aku terai nak bercerita dalam 50,000patah perkataan yang Nanowrimo nak tu tapi misi aku selalu kandas lepas 3,000 perkataan. Kalau nak tahu apa tu Nanowrimo, tengok sini.

Ok babai. Selamat Hari Selasa.

Selamat Hari Malaysia

Bros and sisters, tomorrow is Malaysia Day the 47th. Selamat Hari Malaysia!

Aku tengah jimat cuti so aku hari ni, semalam telah keje dan akan kembali keje Jumaat. Duk office pun bertemankan office mate aku dan anak-anak mereka sebab nursery cuti kerna babysitters sume beraya. Officemate aku sorang sambut krismas dan sorang sambut Deepavali so masa raya2 nie rilek duk opis.

Malam nie nak kemas rumah dengan maju jaya sebab seminggu lepas aku baru pindah rumah. Hmmm dan aku rasa untuk 2 bulan seterusnya memang kemas rumah aje la keje aku dan lepas setahun pindah ke? Oh noooo x sanggup nak fikir ke depan sangat punya aktiviti berat. Lepas nie aku rasa macam nak upah tukang pindah, walaupun mungkin poket penat tapi badan rilex tapi kelegaan sangat haaaaaaa.

Setakat nie mak-mak aku aje yang bertanya bila boleh datang rumah, aku kata kena bagi clear dulu dan maybe raya haji la jawabnya. Kalau ada kawan-kawan bertanya aku nak jawab "Baru je pindah rumah sebelum raya jadi mana la sempat nak berkemas lagi." Lepas tu lagi 3 minggu lagi katalah "Baru pindah rumah minggu lepas dan tak selesa lagi nak ajak orang datang rumah" dan lama-lama akan berlarutan sampai sebulan gamaknya dan rumah pun dah kemas tapi saje beritau baru pindah dan orang pun segan nak datang. Cis kejis kan.

Semalam aku baru cuci fridge aku setelah mendapati ia berkulat. Yolahkan dah aku tak bersihkan ia lagi sejak pindah aritu mana tak organisma parasit tu bermaharajalela. Siap balik beraya kat kampung mestila parasit tu pun sibuk beraya jugak. Oh dan itu petanda kena cepat berkemas rumah. Ohhhh ohh dan ohh. Kalau tak kemas, entah apa pula yang akan membiak pulak lepas nie :P Alien tiga mata, empat kaki?

Hari nie rasa macam nak beli gas jadi bolehlah masak2 kang malam, semalam aku masak guna 3 rice cooker
- 1 rice cooker lama untuk masak nasi
- 1 rice cooker baru untuk menggoreng, bila periuk dia dah panas aku tekan suis dia ke bawah untuk suruh dia masak lagi tapi periuk dia maintain melompat jadi aku kena tekan guna sudu bagi dia ke bawah jadi aku tukar ke periuk lagi satu
- 1 periuk yang suis suruh masak ditekan dengan sudu masih maintain masak hahahahahhaa.

Guna je la dulu apa yang ada setakat nie :(

ps: beli gas, beli gas, beli gas.

Kelmarin eh semalam

Bila sebut semalam, dan2 aje aku nyanyi lagu Kelmarin nyanyian Zur Eda.


abaikan video, dengor lagu jela. Kenapa tah gigil2 gambar dia.

Semalam semasa aku tengah surf fb aku terbaca aishah punya status pasal rakan sekelas kami sorang nie meninggal. Aku cepat2 cari profile dia dan dah banyak kawan ucapkan takziah atas wall dia. Lepas aku dah cek sana sini untuk pastikan ini bukan lawak kejam, aku terus inform kawan2 aku melalui sms. Lepas tu aku tertido sebab smlm last angkat barang ke rumah baru. Penat seyhh.

Pada pkl 3 pagi aku bangun nak sahur dan husband aku confirmkan yang jasad arwah Ahmad Iskandar bin Kadir akan dikebumikan pada pkl 8 pagi Selasa 7 September 2010. Inalillah...

Serius aku dah lama tak berjumpa dengan rakan2 sekelas aku, yang rapat mahu pun x rapat. Ok la kecuali laki aku, oh ye FYI aku dan suami aku rakan sekelas kat UiTM sekali dengan Aishah. Hmm.

Memang terkedu la masa tau dia meninggal walaupun x tau sebab apa. Nak siasat banyak2 rasa macam x sesuai masa ni sebab no telefon dia pun takde. Last aku jumpa dia beberapa tahun lepas kat MidVeli dalam nando's. Masa tu dia dengan bespren dia Nwar and bakal isteri Nwar (dah kawin dah Nuar) dan dia duk tanya bila aku ngan laki aku nak kawin. Kami pun tanya daia balik, taktik biasa nak ngelak jawapan kan.

Umur dia sebaya dengan suami ok so memang dorang satu frekuensi la dan borak2 dengan oknye walaupun x pernah satu grup assignment. Dia memang peramah dan sweet muka dia. Jarang la dia tak senyum kalau terjumpa di mana-mana. Aku ada juga tegur dia dolu2 kat fb. Masa tu dia dah clash dengan awex masa belajar dan ada awex baru, so aku saje usik2 dengan mengomen kat pic dating dorang.

Arwah dulu geng dengan kelas monitor jadi ada dia selalu pas2 kertas fotostat untuk bebudak kelas. Dia mamat urban yang humble gile. Aku rasa secara amnya dia memang humble sebab semua orang tulis mcm tu kat wall facebook dia. Semua kawan dia rindu kat dia :(

Serius terasa juge la apabila aku dah kenal dia dan sedar dia dah tiada di bumi ini. Mungkin pemergian dia daripada bumi fana ini time bulan puasa agak ringan perjalanan dia di alam barzakh. Dahla ada pulak adegan terjumpa tu lagi terasa. Nasib baik la tak ada hutang RM banyak2 dengan dia kalau tak terkedu nak bayar kat siapa, dah terlambat dah. Kita tak tau bila orang yangt kita kenal nak pergi kembali pada Allah kan.



Lepas nie memang tiada pertembungan lagi dengan arwah, huhu sebak plak rasa. Dia bukan kawan rapat tapi sebab dia sememangnya ok, humble dan suke senyum tu yang terasa juga dia dah takde. Aku tak tau sebab apa dia meninggal tapi mungkin kerana penyakit yang dia dah memang. Walaubagaimanapun dia dah kembali ke rahmatullah dan semoga Allah menempatkan ruh dia di kalangan orang2 yang beriman, Amin. Mari kita doakan Ahmad Iskandar Kadir AlFatihah :) InsyaAllah.

ps: lagu sekadar hiasan aje untuk bagi ringan sikit hati sebak nie. Haihh kat tv si Datuk Siti nyanyi lagu raya sedih plak. Raya is near, nak kemas rumah lagi, kalau la mak aku masih bagi aku duit raya kan best :P bonus la kononnya

Memori menyambut kemerdekaan yang lalu.

Tah tahun bila nie, rasa macam tahun 2002 dulu pada tarikh 31 ogos aku pegi menyambut merdeka di tepi pantai PD yang... indah? Pantai tak indah tapi memori di sana indah. Masa tu aku dan kawan-kawan amek diploma dan bertolak dari Shah Alam ke PD naik bas. Aku ingatkan aktiviti tidur rumah sedara dia dan bermain di pantai tapi rupanya tidur, makan dan melepak di pantai selama beberapa malam.

Seriusly ia pekara WAU dalam hidupku sebab sehingga masa tu aku tak pernah pergi berkhemah. Sebenarnya sampai sekarang pun aku tak pernah pergi berkhemah langsung, semustinya la kecuali itu. Hahahha ye aku memang manusia tidak berapa outdoorsy sebab tiada peluang nak bersuka ria di luar. Ekonomi ciput maaa masa kanak2 dulu. Masa remaja pula aku join Brass Band and so takde nak camping-camping macam pengakap, huhuhu puteri islam pun ada gak pergi jalan-jalan. Kalau ada peluang hoo dengan laju aku akan sambar.

Maka masa aku dapat tau yang kami akan berkhemah di tepi pantai rasa macam best gile. Pagi-pagi pukul 7-8 pergi mandi pantai dan lepas sejam dua dah lekit-lekit kering pergi mandi kat bilik air berbayar pulak. Masa tu kawan aku punya sedara mara ada kedai situ jadi dapat perkhidmatan bermain pelampung (atau boya bak kata orang Johor) secara percuma setiap hari. Hebat tau dapat terapung atas pelampung paling besar sambil kuak2 air ke tengah lautan.

Masa tu muda remaja dan kurang kedut dan ada kawan yang pandai bermain gitar maka rasa sedikit macam ala-ala orang pantai pun ada.

Masa nie tengah jam lagu rock kapak
:)



Masa nie sebelum atau selepas bermain pasir pantai. Bakat aku membuat ekor duyung jadi selepas tanam kawan-kawan aku suka buat ekor duyung kat dorang. Tapi setakat ini tak pernah aku jumpa kawan-kawan yang giler buat istana pasir atau orang bogel pasir. Orang bogel pasir selalu perempuan sebab lebih diterima ramai. Itupun ada yang segan segan kata porno. Ntah pape tah, Michaelangelo boleh plak :P


Padah bermain laut di pagi hari dan terus breakfast terus muntah-muntah breakfast.
Selamat tinggal Fresh Oren dan roti bakar
sob :( sob :(


Pada suatu hari tu macam biasa la mandi laut pagi-pagi kan tapi laut bergelora sebab semalam hujan dan angin banyak. Sebelum tu aku dah suarakan pada kawan aku yang aku pening-pening lalat rasa macam x sihat tapi kawan aku suruh gak teman dia dalam ombak2 kecik tu. Setelah mandi laut aku rasa mcm ok sikit kot jadi terus pergi makan pagi. Selepas makan aku serius rasa nak terkeluar isi perut dan lepas aje hirupan terakhir air oren segar tu aku terus lari gi longkang. Waaaaaaa keluar semua makanan sedap tuuu wuuuhuu.

Serius ly bila kena sakit memang rasa nak mati tapi bila sihat macam lupa pulak perasaan sakit tu. Oooo sebab tu agaknya lupa diri selalu ye aku nie. ehhehhhe.


Percutian itu adalah yang terhebat dan masa nie aku tipu mak aku sebab dia suruh main kat gigi air tapi aku belasah main boya sampai 10 meter daripada gigi air. At the end of the trip, best laaa. Rasa macam nak ulang semula aje.

Transitions

Transitions are an eventful and dramatic situation in life. I am not sure whether the situation actually emits drama or that my drama queen side have surfaced. But it is a transitional time for me right now. Transitions, some are like editing effects - cut, dissolve and fade under. However I hope I won't fade to black in the process. I love myself. I heard somewhere that a women loves others too much but are hard to love themselves, or maybe she just didn't spend as much time caring for her own self both mind and body. It's time I started taking extra care of myself I think. Learn to let go of others. Let's emancipate ourselves from mental slavery :) hehe that's a saying on a tee-shirt my elder sister had once upon a time and it stayed inside my mind eversince.

hELLO

hELLO
:D

Followers