Hari Ahad aritu bespren dan aku nak marathon DVD di rumah aku. Namun marathon itu hanya sepanjang dua movie je sebab mula pun dah lambat dan masuk movie ke dua dia dah tidor dengan jayana. Apa yang aku tonton ialah Battle : Los Angeles dan Sanctum.
Maka mari belek cerita apa yang aku tengok aritu.
BATTLE :LOS ANGELES
Para pelakon
Filem ini mencatatkan Aaron Eckhart dan Michelle Rodriguez sebagai teraju. Tapi macam biasa la nama-nama glamer aje yang akan disenaraikan walhal michelle rodriguez keluar tengah-tengah hujung dan watak dia tak ade la sebesar mahupun kedua terbesar berbanding watak Aaron Eckhart.
Aaron Eckhart ialah nama yang aku selalu dengar tapi tak hafal rupa. Nak tau siapa dia maka kena google aje selalu. Manakala Michelle Rodriguez pernah berlakon Lost yang aku rajin follow masa awal-awal musim dulu dan rancang akan follow lagi. Aku rasa sekarang ni Michelle Rodriguez ialah watak sering dipilih untuk wanita gagah. Contohnya dalam Lost dia jadi polis, dalam dilem Avatar dia jadi pemandu helikopter dan dalam filem ni dia ialah anggota Marines. Beliau muncul dalam SWAT jadi pegawai special weapons and tactics la apelagi dan juga Fast dan Furious sebagai mekanik automotif. Kalau anda kenali dia bolehlah baca artikel ini yang mempersendakan watak-watak dan singlet Rodriguez.
Kawan aku kata muka Aaron Eckhart macam sorang pelakon lain satu ni tapi aku lupa siapa. Di Internet persamaan lain yang aku jumpa.
Sean Bean berlakon dalam Lords of The Rings dan Aaron Eckhart pula dalam Batman jadi Two Face selepas kemalangan yang mencatatkan mukanya.
Jalan Cerita
Filem dibuka dengan Marine Staff Sergeant Nantz (Aaron Eckhart) yang tengah hantar borang nak bersara. Air mukanya macam penuh dengan emosi, ibarat sayang nak tinggalkan the Marines tapi perlu kerana inilah masanya nak bersara. Masa yang sama Los Angeles dilaporkan akan dihujani meteor yang misteri maka semua penduduk diarah berpindah ke tempat selamat. Misteri meteor bertambah misteri bila meteor mula menyerang mereka dan pihak tentera diarah berperang.
Maka Nantz ditugaskan dengan platun baru yang muda belia dan mempunyai isu dengan dia. Sebabnya sebelum ni dia pergi berperang di Iraq dan ramai ahli platunnya mati termasuk abang kepada Corporal yang juga ahloi platun barunya. Platun baru ini diketuai oleh marine baru grad 2nd Lt. Martinez (Ramon Rodriguez). Misi mereka ialah menyelamatkan orang awam yang terperangkap di sebuah balai polis di kawasan serangan. Maka mereka pun pergi.
Di lokasi itu banyak gila asap jadi penglihatan agak kabur dan mereka hanya nampak mayat manusia bergelimpangan sana sini. Dan mereka diserang hendap dan terjumpa orang awam yang mereka perlu selamatkan. Maka bermulalah misi mereka.
Ok kalau nak tahu lebih lanjut sila tengok sini ok. Aku nak mengomen aje sebab ada 4 filem lagi nak bercerita ni.
KOMEN/PENDAPAT AKU
Cerita ni daripada pandangan mata askar dan kita rasa lah macam kita mereka sebab kita nak pergi berperang di tanah air sendiri dengan saspen. Apa rupa alien, macam mana nak bunuh dan apa dia nak sebenarnya semua kena siap sedia hadapi. Yang marines ni ada ialah pengetahuan berperang dan semangat semata-mata.
Filem ni nak membayangkan ketakutan orang awam tu asyik fokus kat muka budak preempuan paling muda di situ. Muka takut kena serang dalam bas, muka takut bergaut daripada tali nak turun highway.... Sorang lagi budak kecik lelaki juga difokus pada awalnya dengan berterima kasih kepada staff sarjen dan juga kerana bapanya mati ditembak alien semasa menembak alien. Yang sorang lagi wujud tapi dilupakan, tak ada pun sesi perkenalan antara askar dan kanak-kanak itu.
Kawan aku tanya tak de ke filem daripada kaca mata alien. Ada la satu tapi cite kartun yang sangat klise Planet 51. Mungkin masa akan datang akan ada orang nak buat filem daripada perspektif alien yang di arah menyerang manusia dan macam mana mereka berfikir, ok bukan Avatar sebab dia manusia yang menyelami alien.
Ada satu scene tu helikopter datang dan menyelamatkan askar-askar yang cedera tapi baru aje terapung-apung nak blah dah kena tembak. Meletupla dengan tetabomnya dan semua yang diatasnya selamat masuk alam barzakh. Sangat jelas akan ditembak sebab sebelum tu alien tu main tembak-tembak dengan gahnya. Semestinya dia nampak helikopter itu dan mensasar dengan jayanya.
Plot dia boleh agak dah. Leftenan yang baru grad tu mati mengorbankan diri sebab dia cedera dan pakcik staff sarjen juga yang menyelamatkan hari walaupun ramai terkorban. Konflik dengan adik mendiang rakan seplatunnya juga berjaya setel sebab walaupun mereka mati tetapi dia masih hidup dan mereka kukuh dalam hatinya sambil menyenaraikan nama rakan-rakan yang tertumpas. Pakcik juga telah melakukan taktik serangan indie dengan mengalih perhatian alien ke sebuah stesen minyak dan mengebomnya. Aksi yang tidak dipersetujui leftenan tapi menaikkan sahamnya di situ.
Pada hujung filem mereka berjaya tumpaskan satu kapal terbang alien dan kembali ke dakapan tentera dengan selamat. Tetapi itu hanya permulaan kerana masih banyak lagi Alien di bandar lain. Namun macam biasa sebab adrenalin belum surut lagi orang suruh lepak dulu dieorang sibuk mengisi peluru dan kutip bom sambil bersiap sedia untuk pergi battle seterusnya.
Sekian.
seterusnya
SANCTUM
Apabila menyebut sanctum aje aku mesti nak sebut inner sanctum sebab orang suka guna frasa itu. Jika sanctum bermaksud sebuah tempat yang peribadi dan tidak boleh dicabul sewenang-wenangnya maka inner sanctum bermaksud kawasan dalaman kepada kawasan yang peribadi dan khas. Aahhaha ok hentikan dan mari ke cerita.
Ok sini ada full review di wikipedia la mana lagi. Sebenarnya aku tonton dvd antara dengar tak dengar dialog sebab subtitle dia bodoh amat. Maka aku main teka2 ajela apa cerita di sebalik aksi. Citenya pasal Carl Hurley dan gelpren Victoria (Alice Parkinson) pergi gua Esa'ala di Papua New Guinea untuk ekspedisi sistem gua bawah paras air. Di sini mereka berjumpa dengan Josh yang berumur 17 tahun dan bapanya Frank McGuire yang expert bab gua-gua ni tapi tak berapa expert nak berurusan dengan anak remajanya.
Pada permulaan lagi si Hurley ni sudah menunjukkan sifatnya yang adventurous dengan turun bukit cara terjun tiruk dan berpayung terjun ke bawah gua berbanding Josh dan Victoria yang turun guna tali. Hurley ni banyak duit dan misi dia nak meneroka sebahagian gua Esa'ala ni yang belum pernah di terokai manusia. Sebab tu nama filem dia Sanctum sebab nak membayangkan bahagian gua yang misteri dan tak pernah dijejak manusia ni.
Sebelum masuk sanctum yang misteri itu malapetaka dah menimpa. Frank dan penyelam perempuan Judes pergi menyelam di sebuah kawasan tak diterokai sambil orang lain lepak-lepak di daratan. Mereka memasuki satu kawasan yang kecil dan terpaksa berenang dengan tolak tangki gas baru berenang. Macam mana tah saluran tangki oksigen Jude terbocor mungkin kerana direntap kuat sebab tersangkut di batu-batu gua. Frank bagi la Judes bernafas guna tangki dia pada Judes. Namun masa dia nak bernafas pula Judes mula panik dan meronta tak nak bagi tangki oksigen, Akibatnya dia bernafas dengan deras dan apabila tangki gas diambil semula oleh Frank sebab dia pun nak bernafas juga kan, Judes tersedut air dan mati di situ. Kesemua adegan panik ini disaksikan oleh semua orang di darat.
Masa ni rasa nak lempang watak perempuan dan siapa-siapa yang meletakkan watak wanita sebagai panik dan menyusahkan di sini. Hishhh, ni Victoria satu lagi juga. Ok itu nanti cite.
Malapetaka besar menimpa mereka sebab hujan datang lebih awal dan Frank tak dapat hubungi mereka di luar gua. Air hujan mengalir deras dan kemungkinan membunuh staff di luar gua dan semestinya tak sempat nak hubungi pihak penyelamat. Maka Frank ambil keputusan untuk masuk kawasan gua lebih dalam demi melarikan diri daripada air bah walaupun Frank dan gelpren nak tunggu penyelamat. Namun Frank meyakinkan semua orang dengan menunjukkan bahawa aras air naik cepat dalam masa beberapa minit aje.
Victoria ni rupanya gelpren si Hurley, dan aku baru tau lepas tengok dalam IMDB.com. Kalau aku nak tengok filem aku mesti refer sini untuk tahu siapa pelakon dan trivianya. Kalau nak tau jalan cerita selalu cari dalam wikipedia je la sebab ramai yang rajin kongsi jalan cerita dengan spesifiknya di situ. Ok pasal Victoria, awal-awal lagi dia dah menunjukkan sifat kemanusiaan tak bertempat dengan tak mau pakai baju basah penyelam si mendiang Jules. Katanya "II’m not f*cking wearing the wetsuit of a dead woman! I’d rather be cold and alive than warm and dead!”
Sini nyata dia bodoh sebab semua orang pakai wet suit kecuali dia dan mereka nak pergi masuk gua bawah air pulak tu. Lepas dah accident baru nak kata "Aku patut pakai wet suit tadi." Lain kali dengar kata pakcik expert chisss. Pakwenye pulak melayan aje.
Jadinya misi Hurley untuk masuk ke inner sanctum gua itu menjadi awal pula. Muka pelakon yang jadi Hurley ni sangat familiar sekali namun nama dia tidak. Rupanya dia berlakon jadi elastic man dalam fantastic four. Ooooo. Seorang demi seorang la mati dan last-last tinggal la dua beranak dan Hurley. Hurley mendajal mereka dengan larikan diri menggunakan satu-satunya tangki menyelam yang ada. Maka dalam keadaan bingung dua beranak lepak la dalam gua kebuntuan.
Naisb baik la Josh tetiba mendapat idea iaitu di mana ada tahi kelawar maka mesti ada ruang udara. Mana mereka pun cuba cari jalan keluar. Masa ni la Josh baru mengenali bapanya dan mengetahu bagaimana bapanya boleh selamba bunuh kawan-kawan yang cedera dalam keadaan tertekan begitu.
Kawan aku kata seronok tonton filem ni dalam 3D. Aku tengok dalam tv biasa pun cantik gambarnya. Set yang dibina memang meyakinkan kita mereka dalam gua la.
Menurut trivia di IMDB, pereka produksi Nicholas McCallum membina sebuah air tejun bawah air srtinggi 14 meter yang mengalirkan 20000 liter air seminit. Gua-gua juga dibina menggunakan konkrit supaya tak gerak bila dipanjat pelakonnya. Gua-gua ini juga diguna semula untuk aksi-aksi di bawah air sebab bukan orang perasaan pun rupa dia kan. Trivia terakhir ialah tangki untuk scene dalam air mengandungi 7 juta liter air. Woweeee.
Masa Frank memanjat sana dan sini aku rasa pelik sebab tak licin langsung, macam panjat tembok di darat aje rupanya. Ke memang tak selicin yang aku sangka walaupun batu gua tu nampak bulat hasil air mengalir bertahun-tahun?
Okla, sekian.
0 comments:
Post a Comment