Pages

Senyum sikit??

Ketika ini kerajaan sedang berkempen supaya kakitangan mereka memberi layanan dengan senyuman. Bagaimana jika kempen ini dipanjangkan kepada perkhidmatan jualan barangan pula secara meluas. Alangkah lebih sedap mata si pembeli apabila menerima barangan yang dibeli beserta dengan senyuman. Aku rasa kebanyakan jurujual tahu mereka kena senyum, tapi bila dah makan hari mereka akan terlupa nak senyum. Kalau dah terlupa maka kenalah kempen senyum2 selalu pula.

Seringkali kita dengar moto perniagaan ”Servis with a smile”. Cuba la para penjual fikirkan Senyuman itu sebagai nilai tambah kepada pembelian barang. Walaupun jika diperhatikan senyuman hanyalah satu elemen kecil dalam urusan jual beli berbanding faktor kualiti, harga barang dan servis yang pantas, namun senyuman daripada penjual kepada pelanggan dapat memudahkan suasana.

Contohnya sebagai jurugambar amatur yang mempunyai modal kecil aku mula-mula menghantar gambar untuk diproses di sebuah kedai yang menawarkan produk murah. Namun apabila kita hadir di kaunter pekerjanya buat tak endah. Apabila ditanya baharulah dia menegur, bukan mereka yang menegur kami walhal terang-terang kami datang nak berurusan. Kadangkala pekerjanya memberitahu gambar dan album akan siap esoknya namun apabila kita datang pada waktu yang dinyatakan dia kata siap malam pula. Semua ini disampaikan dengan wajah masam maka lagilah rasa seperti diperkotak-katik. Maka itule kali pertama dan terakhir aku ke kedai itu.

Survey di kalangan rakan-rakan juga sama macam aku pikir, kebanyakan mereka sanggup membayar harga lebih jika servis cepat dan layanan mesra berbanding kedai yang menjual dengan harga jauh lebih murah. Maka tidak harianlah jika sesebuah kedai itu laku jika layanannya bertaraf kelas pertama. Sebagai pengguna kita semestinya akan berkira-kira lagi-lagi bila ia melibatkan kepuasan hati dan wang ringgut hasil titik peluh kita.

Mudah bagi pengguna untuk kata, "jika tak minat nak bekerja bahagian kaunter sila jaga bahagian lain." Jurujual pun insan biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Maka mungkin dia membawa beban emosi ke tempat kerja. Mungkin anaknya sakit tetapi dia perlu bekerja atau mungkin keretanya rosak pagi tadi dan terpaksa ke kedai lambat dan dimarah pengurusnya. Tetapi pembeli tidak fikir semua itu, apa yang kami nak ialah layanan yang berbaloi dengan bayaran yang kami keluarkan. Kami mengharapkan profesionalisme daripada jurujual dan pemberi perkhidmatan. Pastinya jika si jurujual berada di posisi pelanggan dia juga akan harap benda yang sama daripada jurujual lain.

Selalu je aku baca di media massa surat/sms pembaca yang mengeluh dilayan dengan muka masam oleh jurujual di kedai. Sebenarnya semasa menunggu keputusan SPM dahulu aku pernah bekerja sebagai juruwang di sebuah pasarayara @ Johor Bahru. Suatu hari tu aku kena tegur oleh seorang pelanggan yang bertanyakan kenapa juruwang di sini tidak senyum. Jelas dia menegur aku secara berlapik. Pada umur 18 aku mana ada latihan dalam melayan pelanggan nak pula dijadikan alasan aku memang tiada mood pula pada pagi itu. Eh, selalu aku senyum tau :D

Selain itu pelanggan juga tidak suka dibiarkan terkapai-kapai di kaunter tanpa mengetahui bila mereka nak dapat produk mereka. Ada juga penjual yang gemar mengikut pelanggan yang bergerak daripada rak barangan ke rak barangan dengan muka masam. Jika jurujual terlambat memberi perkhidmatan tetapi memohon maaf dengan senyuman pastinya sejuk hati pelanggan. Samalah juga jika pembantu jualan tersenyum sambil mengekor kita maka tidaklah rasa seperti kita ini diperhatikan dengan curiga.

Beberapa tahun lalu aku pula yang menegur sorang jurujual di kaunter bayaran. Aku perati drpd pelanggan before aku lagi yang jurujual itu kelihatan sangat murung seperti bermasalah besar. Apabila aku tego “senyumlah sikit” wajahnya terus cerah kerana tersenyum dengan usikan itu.

Kerapkali la aku dapati jika penjual barang dan penyedia perkhidmatan sedia senyum kepada pengguna mereka juga mempunyai perkhidmatan yang efisyen. Manakala yang memberi perkhidmatan yang bagus walaupun jurujualnya kurang mesra memudahkan urusan jual beli tetapi tidak memberi impak yang besar kepada pelanggan. Bagi perkhidmatan yang teruk pula semestinya penjualnya kedekut senyum.

Kebanyakan kedai dan pasaraya terkemuka mungkin melatih jurujual mereka dengan memberikan kursus asas sebelum jurujual memulakan tugas atau latihan sambil bekerja. Tetapi kebanyakan kedai kecik jarang bagi kursus cara layan kastemer sbb selalunya on the job training aje walhal pekerjanya majoriti tiada pengalaman melayan pelanggan. Oleh itu amatlah penting kalau diberi kursus camne nak melayan pelanggan dan ditambah penekanan kepada keperluan senyum.

Maklumlah kan di sudut mana di dunia ni kita pergi, kalau kita senyum automatik orang tahu kita senyum walaupun sepatah haram dia cakap kita tidak faham. Senyum itu universal :D

Maka senyumla wahai jurujual ya :D

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers