Pages

Apa salahnya block orang di facebook

Kawan aku sorang dok meroyan kat facebook pasal orang yang block dia.

"everyone who blocks me i know who you are" katanya.

Kalau aku suka hati la aku nak block ko kan. Aku rasa tak selesa bila ko tengok profile page aku, sebab aku rasa tak selesa untuk ko tau isi perut aku.

Insert
Anak aku ni tgh belajar berdiri so bila dia duk memapah atas aku, time aku taip 'isi hati' jadi 'isi perut'.

Tapi kawan aku ni memang emosional dulu-dulu zaman belajar. Ada masa tu berdrama apa tah dengan bestie aku si siti tu sebab assignment. Sampai satu tahap bila dia call je aku yang kena jawab henpon siti and tipuan kata siti kat jamban.

Aku block orang ada la dalam 10 macam tu. Ada segelintir tu orang yg aku jumpa kat tempat keje juga tapi aku x suka sikap dorang yg ntahpape, so aku block dorang. Sama macam kalau kita filter kisah hidup kita jika ada orang tanya macam macam. Gitula cara kita filter.

So buat apa la kita bersusah payah nak tau siapa block kita dan feeling lebih2 buat sakit hati. Baik kita enjoy je orang depan mata yang hargai kita.

Macam ni la benda yang kawan fb aku guna untuk tau siapa block dia. Ntah betul ntah tak.

2 comments:

azieazah said...

I pun banyak block friend di FB. Block diam diam jer. hehehehe

Ibnu K said...

Kadang-kadang mereka dah anggap Facebook macam data rasmi diaorang yang kita tak boleh block.. Hahaha obses tak tentu arah..

hELLO

hELLO
:D

Followers

Mereka Menyinggah