Pages

Johor Premium Outlet

Weekend baru-baru ni aku, pyan, mikael dan mummy gi JPO. Purely sebab nak tengok ape cite dengan JPO. Tarikan di negeri sendiri haruslah dicheck out kan, lagipun aku dah google 3 kali tak ada pun mana-mana blogger yang menceritakan tentang kemurahan barang di sana. Maka sebab dah pergi mari aku ceritakan kepada kamu apa aku jumpa di JPO.




Berikut ialah sedutan daripada website JPO


Johor Premium Outlets is a collection of 80 designer and name brand outlet stores featuring saving of 25% to 65% every day. The center is held by "Genting Simon Sdn Bhd" (GSSB), a wholly owned subsidiary of Simon Genting Ltd ("SGL"). SGL in turn is a 50:50 joint venture between Azzon Ltd ("Azzon"), which is a wholly owned subsidiary of Genting Plantations Bhd, and Premium Outlets®, the outlet division of Simon Property Group.


Johor Premium Outlets, located at the intersection of the North-South Expressway and the Second Link Expressway, officially opened on 11 December 2011. The center is highly accessible to all traffic going to and from Johor and Singapore. It is about an hour drive from the City of Singapore, about 3 hours from Kuala Lumpur and only a short distance from Senai International Airport.


Johor Premium Outlets is targeting a wide range of shoppers including area residents as well as international visitors from South East Asia. It will also serve as a hub between Resorts World Genting, which is about 3.5 hours drive and Resorts World Sentosa in Singapore, which is about an hour's drive from Johor Premium Outlets.


Premium Outlets® is a portfolio of outlet shopping centers which brings together the finest brands in unique outdoor settings and offers impressive savings of 25 to 65 percent every day. Each center is a shopping attraction and destination in its own right offering:
  • Factory-direct savings of 25% to 65% every day
  • A distinctive, upscale store mix of leading designers and quality name brands
  • A location that is easily accessible and near other attractions
  • An attractive setting making shopping an exciting and pleasant experience for the whole family


Mencari JPO
Yang aku tau JPO boleh nampak sebelum tol Skudai di sebelah kiri tapi nak masuk tak tau macam mana. Aku try cari dalam MAPS iphone aku dia cuma suruh tuju ke JPO je. Oleh kerana tak tau lokasi sebenar dia maka aku cari Indahpura, Kulaijaya aje. Sampai-sampai di sana mesti ada papan tanda kan. Rupanya memang jauh la tempat dia kalau anda duduk di JB. Tapi kalau perspektif orang duduk/keje KL macam aku memang dekat la kan drpd JB. Peta kata 30 minutes with traffic, tapi campur sesat semua memang makan 1 jam la perjalanan pergi. 



Pengalaman aku mencuci mata di JPO
Datang-datang je terus masuk kedai Michael Kors. Pyan kata macam familiar nama jenama ni, aku beritau la dia juri dalam program Project Runaway. Tengok wristlets dia harga rm200 ke atas yang kenit tu. Wristlet tu beg kecik yang untuk sangkut di pergelangan tangan tu. Nama lain wrist bag kot, aku yang cipta di sini ehehe.


Banyak la kedainya kan di sana. Ada 80 kedai berjenama.



Kedai wajib masuk Nike dan Adidas, kedai yang tak larat nak masuk Poney Kids dan kedai baju anak-anak sebab masa tu dah penat selepas 1.5 jam mencuci mata. Kalau masuk akan tarik duit nak membeli belah pula. Sebelum lari daripada tujuan asal maka kena jauhkan diri daripada jalan yang benar. Eheheeee.





JPO buka hari-hari, 10.00 pagi ke 10.00 malam.





Daripada mata kasar aku tengok barang yang dijual ok. Dulu aku keje shopping centre, kalau time sale besaran tu datang la stok-stok lapuk zaman nun (2/3 years ago kot) yang di jual 70 persen off tu. Kalau yang New Arrival takde diskaun, kalau 6 bulan lepas maybe 10 persen macam tu. Lagi lama barang tu lagi banyak la diskaun dia.


Selepas aku pergi JPO, aku ada google pasal ia lagi. Dalam sumber tu mengatakan bahawa pembeli puas hati la barang kat JPO tu baru-baru gak tak macam sesetengah kedai jual barang off season fesyen lapok. 





Sememangnya masuk ke kedai-kedai di sini tak rasa hina sangat sebab semua para shoppers berpakaian biasa-biasa aje. Kebanyakan jenama mewah yang selama ni jeling-jeling je kali ni jenguk-jenguk. Kalau shop shop di KLCC atau Gardens mesti rasa dikerling tajam dek si juru jual tapi di sini sangat rasa yakin nak jalan-jalan. Aku dapati majoriti juru jual berpakaian hitam yerrr.


Masa kami baru sampai antara kedai yang awal-awal di cek it out ialah butik Coach - handbag idaman sesetengah perempuan. Aku nye go to jenama beg skarang Charles & Keith, beli beg separa baru kat fb pun terbeli cap ni juga. Bawa henbeg gi agenda bersantai je, jika bekerja aku bawak cooler beg kaler hitam tu je. Isi pas keje, kunci rumah, dompet dan cakera liut mudah alih satu side manakala satu side ice pack-ice pack, botol dan corong pam. Sangat mempermudahkan urusan nak turun naik tangga.


Aku tak pernah masuk kedai Coach pun so itulah kali pertama. Ini dia rupa luar butik Coach
ada untuk para Hawa dan Adam juga. Berduyun-duyun orang dalam dia, harga beg tak berapa perasan sangat.



Kemudian kami masuk kedai skin care dan perfume. Murah la harga perfume dia, DKNY yang RM230 tu dapat RM172 ++ (Diskaunted pada 25%). Dalam satu blog lain aku baca ada cerita pasal Singaporean yang datang berbas-bas nak cek it out JPO. Ada antara mereka kata harga barang serupa je kalau sale kat Singapore. Untuk aku yang pernah ke Singapore untuk beli Charles & Keith ni, dengan adanya JPO aku plak kata tak yah gi singapore dah lepas ni hehehe.


Daddy and son. Gambo Mummy and me tak nak publish.







Antara brand local yang ada di sini Padini, Vincci, Royal Selangor dan Pink Jambu.





Dalam Pink Jambu ni ada scarf petak batik RM200, agak cantik la. Kalau aku bleh beli, dah beli dah. Banyak barang dia batik dan juga dekorasi meja dan pinggan mangkuk bercorak.


Websitenya kata " creates artistic designs that are hand-painted on to a canvas of fabrics and then transformed into various forms and functions from apparels to home accessories to accent piece". Rekaan artistik yang dilukis tangan di atas fabrik dan dijadikan pakaian dan aksesori rumah. Ooooo.


Oh ya ada Cotton On dan juga Charles and Keith. Aku beli kalendar 2012 kat Cotton On, daripada harga RM50++ jadi RM3 aje. Kasut bertumit kat Charles and Keith murah gilerr tapi aku tengah puasa beli kasut tinggi dan begnya pula aku tak tanya berapa diskaun dia bagi daripada harga pasaran. Kawan aku kata New Arrival 10%.


Lain kali kalau aku nak ke JPO kena pastikan bawa minimum RM500 untuk pembelian sekeluarga. Di sini la baru bila jenguk Nike/Adidas ada kasut RM130. La Senza jual bra 3 rm99 tapi tak masuk pun sebab dah tak larat nak jalan masa tu.


Rupa JPO ni, aura dia dengan bangunan putih terasa macam Rumah Mode di Bandung tapi kat sana rasa gah nak shop shop sebab barang murah. Di JPO jeling-jeling harga RM1,500. Oleh itu tips paling bagus sekali nak pergi JPO ialah kena set minda bahawa barang situ harga ratus-ratus. Kalau boleh jangan bawa orang yang kuat komplein.


Keciwa gak tak dapat nak belikan mak aku sesuatu di JPO, tapi dah nama nak jenguk je so jenguk je le dulu. Bila rezeki bergolek bolehla berkunjung lagi. Aku kata dengan mak, kalau ada orang cite pasal JPO boleh la kata "Dah pergi dah".

4 comments:

mrs shaifull said...

hi salam kenal, saya suka awak punya review pasal jpo, btw saya pun dah pegi oct yg lepas, mmg betul, kalau manusia yg byk komplen, x payah pegi, tp mmg best shopping kt situ, kalau kt kl rasa segan2 silu nk masuk coach, tp kt sini, confident je q depan tu, terus masuk dan terus beli, kan bagus kalau sa coach kt kl mcm sa coach kt johor ni :)

Naddy said...

Thanks, terima kasih. sales assitant kat shopping complex tu tak tau la apa masalahnya, tapi memang daripada dulu sa ni semacam ada attitude problemkan. manager mereka tak ajar cara layan klien kot.

kawan saya punya unkel siap pilih2 nak belikan bini dia beg coach di butik mana berdasarkan cara sa layan dia. sebab dia tokey kedai makan jadi stail pun biasa2 aje, tapi duit berkepuk2 sebenarnya.

Anonymous said...

1st and last dtg.. takmo gi dah sbb tak byk branded items kat situ.. pulak tu yg ada pun fesyen yg dah outdated..tak menepati citarasa saya..hehehee jgn marah yer ini luahan ikhlas dari hati saya :)

saya tengok kat butik coach ramai org sampai beratur.. tapi saya tak minat coach

Fza said...

Jpo is a nice place utk window shopping and rehatkan mate aje.. Saya duk jb and every week gi jpo utk jln2 aje.. Tak penah lak ade rase nak shopping gile2 kat ctu.. Sbb x byk choice actually.. Gi sane suke tgk gelagat org yg duk beli mcm2.. Btw nice review and nice pic..

hELLO

hELLO
:D

Followers