Seingat aku sejak Januari lagi program RTM dah boleh ditonton melalui iphone, sesetengah blackberry dan android. Cuba cek hp korang ada spek berikut tak, kalau ada bolehlah tengok TV1, TV2, TVi dan Muzik Aktif.
- Android dengan Adobe Flash Player
- Blackberry guna native RIM RTSP Player
- iOS ( iPhone,iPad,iPod ) guna HTML5
- Windows Mobile dengan Smooth Streaming technology
- Symbian OS ( Nokia ) dengan RTSP Player
Apa itu RTM Mobile?
RTM Mobile ialah aplikasi yang membolehkan kita tengok TV dan dengar Radio melalui gajet mudah alih anda. Melalui RTM Mobile, ok sila buka www.rtm.gov.my/ di handphone anda. Kalau on je kat smart pone anda, terus jadi mobile version. Boleh la kita tengok TV1, TV2, TV1 dan Muzik Aktif. Selain tu boleh dengar 9 channel juga NASIONALfm, Klasik Nasional, MUZIKfm, KLfm, ASYIKfm, TRAXXfm, MINNALfm, AIfm dan Suara Malaysia.
Oh yerrr, MUZIK AKTIF dan MUZIKfm boleh dengar eksklusif online je.
Ni aku nak cerita pasal pelancaran RTM Mobile hari tu. Majlis pelancaran tu diadakan di UPSI, sebab UPSI tu anak buah KPKK. Kami satu pejabat pergi ke sana sebab acara tu kira meraikan produk kami. Selain tu ia dibuat pada hari Selasa dan Rabu jadi kakitangan kontrak kami yang tak boleh claim lebih masa tu boleh pergi sekali.
Unit aku dikenali sebagai RTM Online, memang on the line sangat kerja. Produk kami ialah
- Live streaming TV1 dan TV2 di internet, guna pc boleh, smart phone pun boleh. Cenel Muzik Aktif dan MUZIKfm boleh tgk dan dengar online je.
- Program Video On Demand terpilih kat www.rtm.gov.my/myklik, yang ni pc sajorr boleh. Mobile version belum ready nak sediakan lagi.
Baiklah, kembali pasal cerita RTM Mobile tu. Kami pergi hari Selasa, sampai2 aje terus susun barang. Officemate aku Kak Z gigih mendapatkan tajaan hadiah daripada syarikat majalah dan produk kecantikan untuk buat kuiz.
Jom tengok picca picca yang aku ambil dan aku rembat daripada koleksi picca yang kami ambil masa ada kat sana.
Pembalut hadiah menten cap RTM
Masa tengah amik gambo tu ada pula Bob kat belakang tengah berlatih untuk buat persembahan selepas pelancaran. Unit Hiburan ada buat rakaman sekali lepas tu rupanya.
Muka photographer konon expert.
Selepas berejam sound check dan macam-macam persediaan
akhirnya raptai rehearsal berlangsung.
Mula-mula koir nyanyi lagu Negaraku dan lagu RTM yang baruuuuu.
Selepas tu persembahan oleh Wakaka crew.
Seronok sangat tengok dorang menari.
Ada I Band, sekumpulan dudes yang main instrument guna I pad.
Lepas tu ada la lagi persembahan. Jap lagi aku cerita balik.
Selepas persembahan kami balik ke hotel.
Esoknya pukul 7.30 pagi dah ada di padang tu semula. Menjelang pukul 8 am ada Senam Seni. Seronok sangat tengok dorang mencarrrgaskan diri tapi aku tak bawa baju senam so join sengih je la.
Sambil-sambil menangkap gambar aku juga cuba mengaplikasikan benda-benda yang aku belajar di Internet. Satu tu pasal Sunshine 160, tapi apebenda tah aku pun lupa. So aku hentam je la kan. Tengok gambar ni.
Sebelah kiri tu aku ambil sambil adjust Aperture dan speed ikut suka aku aje tapi langit biru terus hilang. Yang kanan tu aku aplikasikan guna speed 100 dan aperture 9, tak boleh nak pergi ke 10 sebab kamera terus pergi ke 9. Untuk bagi gambar orang tu terang aku pasang pop up flash. Maka dapatlah gambar biru.
Aku dapat tips daripada blog ini tapi tak ingat posting mana. Post yang aku bagi tu ala-ala la tipsnya.
Ok apabila habis aje semua orang Senam Seni terus aku pas-pas pamplet pasal RTM Mobile.
Jika ada acara di lokasi kami suka buat Cuba Bakat sebab tak selalu orang ada can nak berangan baca berita.
Kalau nak cuba-cuba sambil tengok diri sendiri depan tv boleh, nak rakaman dalam dvd pun ada.
Ni random shot siapa tah amek meja ini. Aku nak isi jugak.
Ni gambar kaunter pendaftaran yang suci bersih sebelum peminat-peminat cuba bakat datang mendaftar.
Selain tu kena jugak edar pamplet penaja hadiah.
Kalau nak benda-benda tajaan ni mesti ada give and take.
Orang pertama yang merasmikan kerusi Cuba Bakat ialah DJ Sonic KLfm.
Semestinya yang nak cuba bakat mula-mula sekali ialah individu yang jenis berani.
Kebanyakannya yang berkunjung dan lepas tu bila diajak cuba, boleh geleng dan tunjuk kat
kawan dorang pulak. Aku soundla "Aittt, suruh dia di pas kepada orang lain pula?"
Ada pelbagai berita yang penerbit cuba bakat sediakan.
Ada boys yang super berani buat ulasan bola secara live aje, tak perlukan skrip.
Peserta yang awal-awal mendaftar.
Ni rupa set up studio maya. Zaman sekarang pun set berita pun macam ni.
Belakang tu latar hijau.
Bila masuk komputer akan disalurkan ke kaca tv anda dengan gambar set maya ditampal pada skrin hijau
atau dikenali sebagai chroma key. Aku pernah nampak satu drama ni dia tampal gambar pelakon dia atas layar yang ditampal gambar over sea sebab adegan tu kurang daripada 5 minit. Cuma nak tunjuk pelakon tu berada di luar negara sedang telefon watak utama di Malaysia.
Selain daripada booth kami, ada booth TVi yang main limbo rocklah,
karaoke la. Macam macam la.
Petang tu pukul 3.00 petang semua orang masuk ke dalam dewan untuk pelancaran RTM Mobile.
Ni emcee nye Terrence Dass dan orang UPSI, lupa nama dia.
Ni Floor Manager utama dia.
Wajah stress aje nak memastikan keadaan berjalan lancar.
Floor Manager menguruskan keadaan di produksi dan berhubung dengan penerbit menggunakan walkie talkie lekat kat headphone. Selain dia ada dua lagi Floor Manager atau FM yang terlibat sama.
Persembahan Wakaka crew.
Aku suka gambor ni. Macam iklan cerita remaja/muzikal mesti nak lompat-lompat gembira.
Endingnya Wakaka ni merakamkan aksi menari dieorang dengan Ipad.
Kata emcee simbolik zaman moden orang guna gajet mudah alih.
Datuk KP kami berucap sambil disaksikan YB Menteri KPKK.
Sedang aku mengelilingi dewan cari macam-macam shot ternampak pelakon ni.
Warggg lupa nama dia.
Abang kameremang. Ada tiga duduk kat atas tiang.
Masa ni audience melambai semasa saksofonist meniup lagu Gemilang.
"Kini gemilang itu semakin pasti kugenggam"
Lupa juge nama pemain Saksofonis.
Untuk gambar simbolik ini aku guna continuous shot.
Lepas tu pilihlah mana yang best untuk masuk dalam blog ni kan.
Juga ada persembahan daripada Shila Amzah.
Fewwwwwww aku tak reti nak shoot cantik macam ini.
Gile ahh dalam dewan yang bahagian gelap aku tak boleh nak fokus.
So aku buat tak tau shoot. Gambar perasmian semua amek kat Unit Foto.
Selain jadik pixgurl aku juga jaga streaming di lokasi sekejap-sekejap.
Switch kamera untuk tunjuk aktiviti yang agak-agak menarik.
Semuanya di www.rtm.gov.my
Tammat :D
2 comments:
Love that pic of everyone doing Tai Chi. Isn't it a global society?
Yep, they were doing this exercise routine named Senam Seni translated as Arts Exercise which incorporates dance and cultural movements.
Post a Comment