Pages

Akhirnya jua aku pasang astro wahahhahhahahahhaah

Setelah 3 tahun berumah tangga akhirnya aku pasang Astero. Kenapa ia menjadi sebuah isu besar dalam hidup aku? Sebab rumah mak mertua dan rumah mak aku ada Astero sejak 2 tahun lalu tapi aku baru nak hegeh-hegeh pasang hari ini. Sebab utama aku pasang Astero ialah kerana siaran tv rumah aku dahsyat.

Setelah bertahun-tahun menonton tv corak hujan ribut taufan maka aku rasa berbaloi la nak mengkayakan Astero dengan melanggannya. Kalau nak hadap tv biasa hari-hari pun bosan juga sebab tak besar skopnya. Suami aku langgan biasa + sukan + learning cenel. Maka jika suami gembira dapat tengok bola live hari2, dulu dia layan secara online je. Maka aku pula happy layan learning channel dan 701 itu.

Maka Selasa baru ni suami aku berjaya meluangkan masa untuk Astero datang. Hasilnya aku tido pukul 12 malam sebab layan macam-macam kat tv. Habis punah impian nak buat kraf ke benda. Anak aku pun tido awal sejak Astreo ada ni. jadi berlambaklah anak beranak duduk depan tv. Mula-mula tengok AXN sebab dia ada segala cerita CSI dan kepolisian. Aku suka betul cerita polis-polis omputeh. Gerak Khas tak nak plak ko layan kan. Zaman2 aku handle2 online tv2 dulu aku layan la jugak Roda Roda Kuala Lumpur tu.

Maka menontonlah aku Common Law la, CSI:NY la, macam-macam la. Lepas tu bila dah habis cerita best aku layan pulak APL. Semalam aku tengok My Cat From Hell. Kisah pasal orang yang bela kucing tapi kucing mereka sangat garang. Oleh kerana sayang dan tidak mahu membuang kucing tersebut mereka telah meminta bantuan Cat Whisperer bernama Jackson.

 Ni Jacksonnya.

Kisah 1 pasal seorang perempuan ni dia kena keluar dari rumah sewa dan tinggal di sebuah studio apartment kerana kucing dia ada dua ekor dan selalu bergaduh. Yang kaler coklat gelap sangat penakut dan kaler hitam putih suka mengiau kuat-kuat waktu malam. Tapi ex housemate perempuan ni merangkap bespren dia rajin la datang melayan kucing ni. Kucing-kucing dia satu duduk dalam stor dan satu lagi duduk dalam closet dengan pintu bertutup. Mereka kalau bertemu bercekau je kerja. Kerja si cat whisperer ni ialah untuk memastikan kucing berdua ini berbaik semula jadi tuan dia tak payahlah nak hidup dalam kedukaan bila balik rumah. Sebab jika kedua-dua kucing terus bergaduh wanita ini mungkin kena ambil langkah memberi calah satu kucing ini kepada orang lain pula. Ini menyedihkan. Akhirnya kucing tu ada la penambah baikan, mereka dilatih supaya boleh duduk dekat dekat. Seekor tu dibiasakan untuk duduk dalam ruang yang sama dengan seekor lagi tu. Last-last bespren perempuan tu bagi dia pindah masuk balik, tapi perempuan ini sebab dah selesa duduk situ dia memilih untuk duduk di studio dengan kucing-kucingnya sahaja.


Kisah 2 pasal sorang makcik ni usia 95 tahun dan tinggal keseorangan. Pada suatu masa tu dia terjumpa seekor anak kucing dan ambil bela kucing tu. Tapi kucing tu garang dengan dia. Makcik ni suka kucing tu tapi kucing tu bersikap liar dan suka cekau dan gigit makcik ni. Anak makcik ni yang rajin datang melawat makcik ni pun kena serangan yang sama daripada kucing ini. Si Jackson yang amat memahami kucing ni pun mengenal pasti kenapa kucing ni sangat ganas kan dan bagi tips-tips kat makcik ni. Dia kata "makcik ni layak untuk hidup bahagia dengan kucingnya". Salah satu kaedah dia ialah bila ada orang datang dan lalu kawasan kucing tu selalu lepak, kena bagi makan. Jadi kucing tu tau situ ada benda baik dan tidak lah ia agresif. Lepas tu kucing tu suka keluar rumah dan bergaduh. Dia cadangkan bahagian depan rumah tu pasang jaring keliling rumah dan letak barang2 yang boleh bagi dia selesa di situ. Akhirnya kucing tu rasa selesa sebab dia boleh melepak sambil tengok luar tapi tak yah gaduh-gaduh dengan kucing lain. Makcik tu pun akhirnya berjaya usap kucing itu tanpa kena cakar lagi.

Malam ini aku nak puasa tengok tv la, nak selesaikan projek gelang elastik aku. Manik dan getah dah beli. Idea dah cari tapi tak buat-buat lagi. Malam ini ok!

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers