Pages

Eh dah pasca raya dah.



Pesen raya aku pada hari pertama lebih kurang macam gambar di atas tapi pakai spek. Sambil beraya sibuk bergambar kamera polaroid jadi tiada gambar digital diabadikan. Polaroid pulak harga macam sekeping RM3 jadi aku ambil 10 keping je untuk raya. 2 daripada tu adik aku pow buat koleksi dia, 2 daripada tu gambar anak aku aje so adela 7 keping gambar. Gambar di mana semua orang ada jadi sangat gelap, agak sedih di situ wuwuuwu. Tapi semalam aku dah lekat dalam sticky album saiz A5 semua gambarnya, dan terasa macam best pula. Saperti zaman-zaman berkamera filem di mana semua shots nak kena berhati-hati. Cuma polaroid ada instant gratification sebab hasil fizikal cepat nampak tapi instant kiciwa kalau gambar gelap. Selepas ni kalau aku menyinggah lagi ke kedai foto tu aku nak beli album sticky kecik banyak2. Dan instead of beli baju yang tak perlu pergi beli polaroid pula. Aritu aku beli RM60 untuk 20 keping. Kameranya dalam harga RM239 di pasaran , tapi aku punya free sebab husband aku dapat masa pergi acara Fujifilm aritu.

Ok cerita raya saya, malam menjelang 1 Syawal tu kami bertolak, aku sempat singgah ke office set apa yang aku lupa nak set. Kami anggar bertolak pukul 10.30 malam. Kami drive sampai driver mengantuk dan berhentilah kami di mana entah, sebelum masuk Johor la dan dia tidur sampai 1 jam 30 minit, hujan siap turun dan berenti. Selepas suami aku sedar dan sambung balik memandu, hujan turun semula dan makin lebat pula tu. Alhamdulillah bertolak jua kami ke kampung aku dalam mengubah2 tarikh nak balik raya tu. Aku mula nak balik Sabtu sebelum tu la, tapi sebab Pyan akhirnya dipastikan dapat cutitiga hari maka aku balik la sama somi.

Antara plan kami ialah jika suami aku kerja pada raya kedua aku akan beraya dikampung sendiri dan suami aku balik kampung dia sendiri. Aku rasa ok je raya kampung masing-masing sebab tahun lepas pada 1 Syawal aku beraya di rumah mertua, tahun ni nak merasa beraya di rumah sendiri. Lagi pulak last time aku pulang masa mengundi hari tu. Pyan anak sulung dan adik beradik dia ada dua je, adik dia baru habis SPM jadi dia memang suka sangat kalau dapat balik ke kampungnya. Namun Alhamdulillah plan beraya rumah aku menjadi juga.

Raya tahun ni giliran kampung aku. Aku akan ikut rentak giliran ni selagi sesuai dengan keadaan. Kalau esok aku dipindahkan ke tempat lain dan kena kerja hari raya mungkin aku akan ubah rentak ini. Suami aku ni memang takde cuti buat masa ni sebab baru tukar kerja dan dalam tempoh sedang diperhatikan.

Aku sampai JB pagi raya pukul 5 pagi. 5 jam kemudian Mak dan abah dah siap nak ikut kakak aku dan suaminya pergi ke rumah pusat sedara berkumpul untuk berkonvoi. Aku siap lambat2 sebab baru je sampai rumah pagi tadi dah nak berjalan kan. Pada pukul 3 petang macam tu aku siap dan lepas tu tunggu pula adik aku yang siap berejam tu barulah keluar rumah. Kami menuju terus ke rumah arwah nenek tiri punya anak sedara, tapi sedara yang ini arwah suami dia ada kaitan dengan arwah nenek sebelah bapa aku, maka rajin la aku nak pergi. Lepas tu pergi rumah2 pak sedara mak aku yang banyak merupakan adik beradik nenek tiri aku. Bapak sedara nenek kandung aku menetap di luar KL jadi minggu depan depan kot baru melawat. Kalau tak raya haji je la kang.

Hari raya pertama berkonvoi dapat la pergi 4 rumah, satu di Larkin je, lepas tu ke Mutiara Rini, ke Taman Austin Perdana dan ke JPO. Suami aku nak beli seluar kerja tu yang ke sana, lagipun masa tu kami dah hampir sikit.

Hari raya kedua mak dan abah ikut kakak aku pergi folo sedara ke Pulai. Aku pula lepak rumah dan terus rumah Ayah Su aku di Bandar Baru Uda, lalu lalu rumah dia tak ada. Tapi tak yang dirisaukan sebab dia hanya keluar rumah jika ada jemputan jadi malam dia mesti ada. Seterusnya kami ke rumah seberang beberapa jalan yang merupakan rumah adik mak aku pula. Family kami pun akan ke rumah ni kejap lagi, tapi sementara nak menunggu tu kami datang habiskan makanan dulu. Maklumlah kalau dah sedara semua datang sempit rumah. Kami balik ngam-ngam je dengan waktu rombongan sampai. Selepas 2 jam di rumah adik bongsu seibu dan sebapa mak aku, kami ke rumah adik abah aku pula. Memang sah ada di rumah dan kami melepak sampai 9 malam lepas tu kami ke rumah sepupu aku dekat seberang Giant Skudai tu je.


Ok sambung lagi nanti. Bye.




0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers