Pages

Hari Pertama Kembali Bekerja

Nak tulis tajuk blog pun dilemma, nak tulis setiap perkataan huruf besar ke atau huruf pertama je huruf besar. Lols. Lepas tu teringat bahawa penulisan ini ialah suatu bentuk benda peribadi maka kembali kepada blog aku, suketi akula.

Tak sampai seminggu duduk di luar lingkungan rumah ni rasa sedikit vulnerable. Eleh, macam duduk rumah tak kan kena apa2 kan. Teringat kejadian dinding flat mana entah tercabut dek angin kuat. Serius rasa macam cerita aksi omputeh yang berlawan dengan orang jahat sampai dinding tercabut. Inikan angin sahaja. Anyway, hari pertama member ajak balik sama. Bosan katanya. Nak dijadikan cerita masa tu hujan pulak, maka awal tak awal, sejam 10 minit baharu tiba.

Hari kedua aku kelam kelibut maka tersampai ofis lambat. Maka aku punch lambat la hari ini. Hujan takde so tak la jem macam hantu aku rasa.

Cabaran kembali bekerja ini ialah

1. Mendapatkan momentum bekerja - Rasa macam first day at school, di mana semua kelihatan mesra je sebab dah lama kenal tapi nervous nervous gugup jantung. Nak lunch dengan siapa pun tak tahu sebenarnya sebab sebelum bercuti hari tu memang tak larat nak bergerak maka banyak makan bungkus sahaja. Aku siap tanya "Siapa nak ajak I lunch hari ni?"

2. Kembali bekerja dengan rakan sepasukan - Member dah komen pasal masa aku tak ada apa yang jadi. Agak fenin juga nak kembali membizikan diri. Lagi pulak dengan ada office mate yang subspesis aku takde kemistri antara kami. Aku ni boleh tangan hanginnya juga, so bila dah preggie aritu tambah pula dengan bersua jenis orang yang lagi tua daripada kita tapi nak bertegur semua benda, nak kena micro manage.... hai penatla. Kawan aku kata, ko kena pastikan dia buat juga kerja tu. Ko jangan bagi dia lepas tangan. Macam mana? Aku rasa kena memblack and white kan semua benda la kot. Kena buat jadual, minggu ni aku buat, minggu depan ko pulak, minggu tulat dia pulak.

3. Aktiviti mengepam susu - Aku masih menyusukan anak aku dengan susu badan secara eksklusif. Walaupun ada malas nak perah tapi aku gagahkan diri jua. Setakat ni aku berjaya la pam dua kali sehari. Walaupun hari pertama ada 2 botol je susu hasil perahan (hari kedua dan ketiga pun ada dua botol je) tapi aku pasti rezeki anak aku ada. Pagi tadi aku perah pukul 3.30 pagi sebab aku tersedar dan juga pukul 7 pagi macam tu. Seriusly aku kena tingkatkan produktiviti sebab aku punya stok susu beku ala2 je. Haishhhh angan2 tinggi nak menyusukan sekurang2nya 1 tahun tapi persiapan pun malas2 sahaja. Macam mana?

4. Minum air secukupnya - Aku ni bab minum air mencukup di pejabat lemah sangat. Maka esok aku kena cari satu botol air dan pastikan aku cukup air, kalau tak ada air maka dehidrasi hal pertama, hal kedua lemau je perasaan lepas perah nanti.

5. Kembali menaiki pengangkutan awam - Lama tak naik rasa gabra pulak. Esok dan seterusnya aku kena bangun awal supaya dapat balik on time dan ambil anak. Dari sini ke sana termasuk tunggu bas segala harus ada dekat sejam.

Okla masa dah time. See you alls later. Bila la aku boleh menulis dengan steady ni. Aku berangan suatu hari nanti kalau aku dah ada reader yang ramai boleh jana income. Hohohoho.

Ok bye.

1 comments:

dokterFaryn said...

sangat faham perasaan itu. hehhe. selamat bekerja rara!

hELLO

hELLO
:D

Followers