Goodbye to sweet old times. Just a friend from college. I may have been romanticizing things instead of the truth. I just see but do not observe.
Empty
My petrol tank is running on empty
Nothing more to get me going
I should hail someone who does not look sinister
And hope they will take me to my destination
These are metaphors of course
Taxies, I can catch aplenty
But my car that's the only one I'm paying frequently
#subtext #metaphors
Shoes, track bottom and shirt ready, and exercise ready hijab
So this Friday my zumba session will start, the people who were organizing has been at it for a few months now, but I am just about to join them. It feels so heavy to join them but hopefully I will be addicted one day.
Ok, have to go now. Bye.
Hopping Jang Hopping dan other random stuff.
Wuihh. Aku berangan berjalan tengah banyak ini, tapi sementara anak masih kecil aku tumpukan jenjalan ke lokasi Malaysia je le. Lepas tu aku malas nak menabung untuk percutian. Soooooooooooo impian nak bercuti-cuti memenuhi tekak taste oversea ke Jepun, Krabi dan sebagainya perlu menunggu tahun-tahun mendatang. Tahun depan anak aku ke pre kindergarten, eh alasan lagi. Lols.
Walau bagaimanapun tajuk post hari ini, tak membawa makna kerana aku cuba meng'urban'kan tajuk lagu Hoben Jang Hobeng kepada Hopping Jang Hopping. Me and my little familia hopping here and there. This month plan nak hopping to home sweet JB and cat kota rimau warna merah. Jenjalan semua old haunts di JB.
Rasa macam malas nak hantar anak ke tadika tahun depan, rasa macam nak hantar dia ke sekolah main-main, lukis-lukis dan sebagainya. Atau optionnya aku yang bercuti tanpa gaji dan jaga dia dan bersuka ria di rumah bertiga. Nice idea, tapi tapi tapi. Cam gini kene pertingkatkan prestasi tahun ini. Sebab jika aku tiada pendapatan tahun hadapan, aku kena berusaha lebih tahun ini. Ada banyak masa lagi ni, wuuiiiii. Dan sebolehnya-bolehnya aku nak buat tanpa kos tambahan. Maknanya masuk 2016 sahaja aku terus jaga anak dan jana pendapatan sendiri di rumah :D
Just wanted to feel how it is being out of the regular 8.30 to 5.30 pm work and structure your own income and schedule.
Sabtu review - Usop Wilcha Melawan Werewolf Dari Bangladesh
Hari ni Sabtu, kami balik kampung setelah busy beberapa weekend-weekend. Balik kampung ialah satu ritual wajib apabila ada kesempatan, tak kisahlah kampung suami tau kampung sendiri. Kita kena tunjukkan pada anak-anak yang balik kampung itu simbol kekeluargaan, nanti esok lusa malas balik kampung, esok lusa anak pula malas nak jenguk kita. #karma. Yolah tu. Dalam Islam tak ada karma katanya, hanya ada kifarah. Nanti kita cuba dalami apa itu kifarah dalam post akan datang ya.
Anyway, ni nak cerita pasal "Usop Wilcha Melawan Werewolf Dari Bangladesh". Ini pendapat sejenak aku.
1. Aku tengok hari pertama dia keluar, Khamis. Cuti sebab laki aku cuti, maklum le terma mengenai cuti terbaru dia tak boleh carry forward cuti. Bagus juga sebab sah-sah selalunya burn je pun cuti yang forward tu.
2. Nak tengok antara Chappie dan Usop, tapi last-last pilih Usop sebab lebih awal habis. Yele, nak ambil anak lagi, nak meredah jem dari lokasi ke PJ, kawasan jem :(
3. Filemnya rasa lama sangat pula.
4. Zombie style Mamat Khalid.
5. Apakah editingnya? Apabila dah hujung-hujung tu rasa macam cara suntingan dia rushing, kerja tak kemas.
6. Zizan mainkan watak dia very well, jadi watak dalam masyarakat yang sering dipandang sebagai kelas bawahan. Lepas ni boleh main watak drama pula sebab dia boleh carry beban watak werewolf yang punya konflik antara gadis yang diminati dan taat pada identiti kumpulannya. Lagi pula dia berada di bumi orang.
7. Ahmad Maembong sebagai Werewolf atas Wilcha.
8. Usop tak naik wilcha pun. Naik motor pula.
9. Cerita ini tak berapa nak hadam sebab lambat sangat perjalanan cerita.
10. Namun ada banyak subtext dalam jalan ceritanya seperti
a. Orang tempatan suka gelakkan budaya orang bangladesh yang suka jalan-jalan pegang tangan. Sifat pembuli sangat.
b. Liverpool
c. Budaya golongan imigran / expatriate yang ke Malaysia untuk bekerja, namun tidak diterima secara sosial di sini.
d. Fusion of foreign myths into local myths. #spoiler Usop Wilcha melawan Drakula.
Ok. Subtext ialah sesuatu yang subjektif, boleh je kata macam-macam pasal movie ini. Konon Mamat Khalid merungkai perspektif masyarakat tempatan yang dikelilingi oleh imigran tapi tak tau apa-apa langsung mengenai mereka. So dia gunakan imaginasi dia untuk santapan umum.
Pergila tengok cerita ini di wayang dan di ABO atau first bila dia keluar nanti. Lepas tu boleh la kata #sokongfilemtempatan
Kantin
Belajar di sekolah asrama lumayan sebab makan sehingga 6 kali sehari, sarapan pukul 6.45 pagi , minum pagi waktu rehat pukul 10.00, makan tengah hari pukul 12.30 tengah hari, minum petang pukul 4.30 petang, makan malam mulai 6.00 petang dan minum malam 10.00 malam ke atas.
Kerana makan benda yang sama di Dewan Makan hari-hari selama 5 tahun la, aku daripada tak makan buah betik dan tembikai merah terus makan sampai sekarang. Timun je aku tak boleh terima lagi, kalau jagung sikit-sikit je la.
Kan best kalau kantin jadi sebuah tempat yang tak melekit, warna cantik, ada air cond, tak ada orang merokok dan ada surat khabar :D, barulah kerrlasss.
Kebang beach, Malacca, Malaysia
Before we set our butts on this man made beach, I told my husband to take a look at the nearby bare land. I found out via Instagram that it has mounds of sands where people can take pictures and pretend that they were on a dessert. So I told hubs to follow the lead of some cars ahead of us moving towards a spot of bare land, just right of Klebang Beach. We moved for about 300 metres and arrived on dirt road before wheeling into sandy land. Hubs pulled to a stop right before a few cars. It is usually safe to follow other people's judgement :D
Anyway there was a car who couldn't move, the more the wheels turned, the deeper the car went into the sand. So the people inside got out and turned the car around. The driver drove farther away from the collection of parked cars.
I was barely able to control my urge to shoot some photos, so I left the baby who was awake with husband. My eldest son was already sleep, so we didn't have to worry about him wanting to follow me. I walked for about 10 minutes, before I realized that it was not that hot. So I rested the umbrella on the sand, but the wind on a plain land was too strong so it blew my umbrella away. So I decided to just close the umbrella and take off my shoes. The sand felt so soft and silky between my toes.
Solid Food for baby.
Tengah bulan ni anak aku masuk 8 bulan so dah 2 bulan dia makan solid food. World Health Organisation menyarankan baby 6 bulan diperkenalkan dengan makanan pejal. Kalau orang putih dia panggil weaning, tapi bukan "weaning =berhenti" daripada minum susu sepenuhnya. Mungkin weaning tu maksudnya baby mendapatkan keperluan nutrien dia daripada makanan dan akan berkurangan minum susu secara beransur-ansur. WHO menyarankan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun, so proses weaning ini akan berlangsung selama 18 bulan.
Ada banyak perkara baharu dalam dunia meweaning baby ke solid food ni. Bagi yang hantar anak ke pengasuh, ada sesetengah pengasuh old skool yang dah biasa menyuap anak sekecil 4 bulan dengan nestum. Selalunya pengasuh begini akan cepat kesian apabila bayi tu dah mula masuk tangan ke mulut. Dia akan kata, anak kita tak cukup dengan susu la maka nak makan la, kesian la. Maka kita kena la bersiap sedia dengan perkembangan ini. Mungkin mak bapak kita juga macam ini, lebih-lebih lagi yang baru sahaja ada cucu. Mereka masih terbawa-bawa cara mereka membesarkan anak zaman mereka.
Kita sebagai ibu-ibu zaman ini jangan cepat melatah. Oleh itu kita kena banyakkan ilmu di dada. Kalau mak bapa, makcik, pakcik dan pengasuh kata macam ini, kita kata macam ini.
Ok kembali kepada cerita baby weaning ni, ada dua metodologi yang aku tau. Satu, ko perkenalkan anak kau dengan puree. Maksudnya ko tengok kat carta makanan bayi (sila cari sendiri), makanan tu ko rebus dan blender. Kalau tak nak blender, ko rebus dan tekan-tekan pakai sudu selepas makanan tu dah lembut, atau press pakai sudu guna tapis. Ikut suka kaula, kalau bajet tak banyak ko cuba cara tapis tu so tak yah dah beli blender.
Aku beli baby bullet (blender) pada mulanya, tapi ada juga hari yang aku tak guna sbb rasa macam tapis tu lagi mudah. Tapi macam hari ini, aku dah siap-siap rebus labu dan karot. So aku blend sahaja. Amaran: kalau blend bubur dan bekukan, ia akan jadi macam span kalau tak dipanaskan dengan gigih. Kena panaskan sampai dia menggelegak atau piping hot supaya tak ada la span sangat teksturnya.
Oleh kerana ini anak kedua aku, maka aku gigih la menyediakan makanan dia. Masa anak first dulu, selepas je pengasuh tu duk kata puree aku baby tak nak makan terus aku tak semangat mssak. Maka hari2 pengasuh yang masakkan bubur. Aku bagi beras, ayam and kentang le selang beberapa minggu sekali.
Setakat 2 bulan anak aku makan ni, aku masak hari2 bubur. Sayur dan lobak aku bekukan dlm bekas ais dan bila bubur dah masak menggelegak baru aku letak sayur. Cuma bab sayur ni adeke aku guna sawi last week so bubur jadi sedikit payau :P
Kalau perkenalkan makanan pejal pada bayi ni kena ikut 4 day rule, jadi kita tau baby alergik pada apa. Setakat ini aku perasan, baby aku paling alergik ikan kembong. Ayam dan telor adela sikit alergik. Ikan bilis pun alergik juge. Tapi ini perkara biasa, kalau dia tahap sesak nafas, demam or bahan buangan dia tak lancar baru kita perlu risau.
Minggu ini anak aku makan bubur + labu + lobak. Tak yah letak ayam la jawabnya sbb macam dah sedap je.
Kalau anak aku tak habis makan bubur, selalunya aku yang tukang makan. Dan selalunya memang masak jumlah banyak sebab aku selalu termasuk air banyak.
Ok, ni makanan anak aku hari ini. Dan ucapan tulus ikhlas bagi ibu-ibu dan bapa-bapa yang anak baru nak cuba makanan separa pejal, anak-anak anda pada usia 6 bulan baharu nak mengenali makanan jadi kalau dia tak minat sangat pun takpe. Food is for play sebelum umur setahun. Bak kata aku, seumur hidup akan makan dan makan, so tak payahlah kau risau sangat.
Bubur hari ini ialah = nasi + labu. Esok sampai Jumaat ialah = nasi + labu + lobak, sampai cukup 5 hari.