Hari ni Sabtu, kami balik kampung setelah busy beberapa weekend-weekend. Balik kampung ialah satu ritual wajib apabila ada kesempatan, tak kisahlah kampung suami tau kampung sendiri. Kita kena tunjukkan pada anak-anak yang balik kampung itu simbol kekeluargaan, nanti esok lusa malas balik kampung, esok lusa anak pula malas nak jenguk kita. #karma. Yolah tu. Dalam Islam tak ada karma katanya, hanya ada kifarah. Nanti kita cuba dalami apa itu kifarah dalam post akan datang ya.
Anyway, ni nak cerita pasal "Usop Wilcha Melawan Werewolf Dari Bangladesh". Ini pendapat sejenak aku.
1. Aku tengok hari pertama dia keluar, Khamis. Cuti sebab laki aku cuti, maklum le terma mengenai cuti terbaru dia tak boleh carry forward cuti. Bagus juga sebab sah-sah selalunya burn je pun cuti yang forward tu.
2. Nak tengok antara Chappie dan Usop, tapi last-last pilih Usop sebab lebih awal habis. Yele, nak ambil anak lagi, nak meredah jem dari lokasi ke PJ, kawasan jem :(
3. Filemnya rasa lama sangat pula.
4. Zombie style Mamat Khalid.
5. Apakah editingnya? Apabila dah hujung-hujung tu rasa macam cara suntingan dia rushing, kerja tak kemas.
6. Zizan mainkan watak dia very well, jadi watak dalam masyarakat yang sering dipandang sebagai kelas bawahan. Lepas ni boleh main watak drama pula sebab dia boleh carry beban watak werewolf yang punya konflik antara gadis yang diminati dan taat pada identiti kumpulannya. Lagi pula dia berada di bumi orang.
7. Ahmad Maembong sebagai Werewolf atas Wilcha.
8. Usop tak naik wilcha pun. Naik motor pula.
9. Cerita ini tak berapa nak hadam sebab lambat sangat perjalanan cerita.
10. Namun ada banyak subtext dalam jalan ceritanya seperti
a. Orang tempatan suka gelakkan budaya orang bangladesh yang suka jalan-jalan pegang tangan. Sifat pembuli sangat.
b. Liverpool
c. Budaya golongan imigran / expatriate yang ke Malaysia untuk bekerja, namun tidak diterima secara sosial di sini.
d. Fusion of foreign myths into local myths. #spoiler Usop Wilcha melawan Drakula.
Ok. Subtext ialah sesuatu yang subjektif, boleh je kata macam-macam pasal movie ini. Konon Mamat Khalid merungkai perspektif masyarakat tempatan yang dikelilingi oleh imigran tapi tak tau apa-apa langsung mengenai mereka. So dia gunakan imaginasi dia untuk santapan umum.
Pergila tengok cerita ini di wayang dan di ABO atau first bila dia keluar nanti. Lepas tu boleh la kata #sokongfilemtempatan
0 comments:
Post a Comment