Pages

Kantin



Sejak daripada usia 7 tahun aku dah ke kantin. Memang pada mulanya aku tak pandai pun pergi kantin, tapi setelah sekian lama aku pandai la. Ada rakan sekelas aku seorang kerdil, dia mula-mula suruh aku belikan dia makanan. Lama-lama macam jadi kerja aku pula hari-hari nak membeli makanan untuk dia. Aku dulu ada masalah penyegan yang amat, nak minta makanan kat kantin pun takut dan segan. Jadi setelah sebulan macam tu aku ambil keputusan untuk keluar dari kelas secepat mungkin apabila bunyi je loceng. Fuuuh, berjaya. Lepas tu tahun depan tu aku tak sekelas dengan dia lega. Aku rasa macam terpaksa je tolong dia, mungkin aku tak faham erti tolong menolong kot masa itu. Tapi aku rasa macam lebih kepada paksaaan, dan dalam ramai-ramai orang dalam kelas tu kenapa aku juga yang hari-hari dia suruh belikan makanan di kantin. Aku rasa seperti diopres so aku tak nak tolong lagi.


Gambar di atas ialah gambar kantin sekolah aku. Semestinya setelah beberapa tahun meninggalkan sekolah, kantin akan berubah rupa. Dulu setahu aku kerusinya ialah bangku kayu yang panjang-panjang tu. Meja pun lebih banyak dan boleh dialih-alih. Meja zaman sekarang melekat terus di atas lantai.

Kantin ialah tempat yang aku singgah sewaktu rehat sahaja. Masa-masa lain selalunya tak minat nak melepak di kantin kerana kerusi dan mejanya yang melekit, rimas nak guna kecuali untuk makan melepak dengan keluarga kalau dorang datang Sabtu dan Ahad.

Masa aku bersekolah 18 tahun yang lalu, masih wujud nasi goreng dalam plastik berharga RM0.40 sen sahaja, jika ada telur akan jadi RM0.60 sen. Air teh panas pula RM0.40 sebungkus. Baru RM1 sahaja untuk makan tengah hari. Makanan itula yang memenuhi ruang perut aku jika malas nak ke dewan makan. Kalau dulu rasa macam kelas dengan dewan makan jauh je, padahal sekarang pejabat aku dengan kantin pun jauh lagi rasanya. Oh ye, makanan dalam plastik ni yang ikat bahagian yang terbuka tu. Lepas tu gigit-gigit hujung bucu bawah tu dan makan sikit-sikit, tak bersepah dan boleh makan sambil on the move.

Masa SPM pula, tiap-tiap malam aku dan rakan-rakan akan pergi minum air soya dan makanan 'pandai' - kurma, kismis dan kekacang selepas solat berjemaah. Makanan ini semua disediakan di kantin, Ada rasa pandai sikit la hasil memakan makanan itu semua. 

Sekarang rajin pula aku turun ke kantin sebab makan bersama rakan sepejabat. Seminggu atau dua minggu ada sekali turun ke bawah atau membungkus daripada kantin di belakang pejabat. Masalahnya pada kantin ialah hari-hari lauk yang sama, maka jika hari-hari kerja buat benda hampir sama, pergi kantin tengok jenis hidangan sama je setiap hari, rasa bosan juga. 

Dewan Makan bagi pelajar sekolah berasrama kita take for granted je, sebab makanan dia tak payah bayar dan sentiasa ada. Jadi kalau rasa nak best dan bila baru dapat elaun daripada mak bapak, kami pergi makan kantin. Bukan nasi goreng tu, tapi nasi berlauk yang disediakan untuk cikgu-cikgu dan kakitangan sekolah. Oleh sebab sekolah aku atas bukit dan jauh sikit daripada gerai makan jadi cikgu jarang keluar makan rasanya. Nak ke kedai je dah setengah jam, manakala waktu rehat pula sejam lebih sahaja antara pukul 1 petang ke pukul 2.30 petang.

Belajar di sekolah asrama lumayan sebab makan sehingga 6 kali sehari, sarapan pukul 6.45 pagi , minum pagi waktu rehat pukul 10.00, makan tengah hari pukul 12.30 tengah hari, minum petang pukul 4.30 petang, makan malam mulai 6.00 petang dan minum malam 10.00 malam ke atas.

Kerana makan benda yang sama di Dewan Makan hari-hari selama 5 tahun la, aku daripada tak makan buah betik dan tembikai merah terus makan sampai sekarang. Timun je aku tak boleh terima lagi, kalau jagung sikit-sikit je la.

Kan best kalau kantin jadi sebuah tempat yang tak melekit, warna cantik, ada air cond, tak ada orang merokok dan ada surat khabar :D, barulah kerrlasss.

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers