Pages

Solid Food for baby.

Tengah bulan ni anak aku masuk 8 bulan so dah 2 bulan dia makan solid food. World Health Organisation menyarankan baby 6 bulan diperkenalkan dengan makanan pejal. Kalau orang putih dia panggil weaning, tapi bukan "weaning =berhenti" daripada minum susu sepenuhnya. Mungkin weaning tu maksudnya baby mendapatkan keperluan nutrien dia daripada makanan dan akan berkurangan minum susu secara beransur-ansur. WHO menyarankan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun, so proses weaning ini akan berlangsung selama 18 bulan.

Ada banyak perkara baharu dalam dunia meweaning baby ke solid food ni. Bagi yang hantar anak ke pengasuh, ada sesetengah pengasuh old skool yang dah biasa menyuap anak sekecil 4 bulan dengan nestum. Selalunya pengasuh begini akan cepat kesian apabila bayi tu dah mula masuk tangan ke mulut. Dia akan kata, anak kita tak cukup dengan susu la maka nak makan la, kesian la. Maka kita kena la bersiap sedia dengan perkembangan ini. Mungkin mak bapak kita juga macam ini, lebih-lebih lagi yang baru sahaja ada cucu. Mereka masih terbawa-bawa cara mereka membesarkan anak zaman mereka.

Kita sebagai ibu-ibu zaman ini jangan cepat melatah. Oleh itu kita kena banyakkan ilmu di dada. Kalau mak bapa, makcik, pakcik dan pengasuh kata macam ini, kita kata macam ini.

Ok kembali kepada cerita baby weaning ni, ada dua metodologi yang aku tau. Satu, ko perkenalkan anak kau dengan puree. Maksudnya ko tengok kat carta makanan bayi (sila cari sendiri), makanan tu ko rebus dan blender. Kalau tak nak blender, ko rebus dan tekan-tekan pakai sudu selepas makanan tu dah lembut, atau press pakai sudu guna tapis. Ikut suka kaula, kalau bajet tak banyak ko cuba cara tapis tu so tak yah dah beli blender.

Aku beli baby bullet (blender) pada mulanya, tapi ada juga hari yang aku tak guna sbb rasa macam tapis tu lagi mudah. Tapi macam hari ini, aku dah siap-siap rebus labu dan karot. So aku blend sahaja. Amaran: kalau blend bubur dan bekukan, ia akan jadi macam span kalau tak dipanaskan dengan gigih. Kena panaskan sampai dia menggelegak atau piping hot supaya tak ada la span sangat teksturnya.

Oleh kerana ini anak kedua aku, maka aku gigih la menyediakan makanan dia. Masa anak first dulu, selepas je pengasuh tu duk kata puree aku baby tak nak makan terus aku tak semangat mssak. Maka hari2 pengasuh yang masakkan bubur. Aku bagi beras, ayam and kentang le selang beberapa minggu sekali.

Setakat 2 bulan anak aku makan ni, aku masak hari2 bubur. Sayur dan lobak aku bekukan dlm bekas ais dan bila bubur dah masak menggelegak baru aku letak sayur. Cuma bab sayur ni adeke aku guna sawi last week so bubur jadi sedikit payau :P 

Kalau perkenalkan makanan pejal pada bayi ni kena ikut 4 day rule, jadi kita tau baby alergik pada apa. Setakat ini aku perasan, baby aku paling alergik ikan kembong. Ayam dan telor adela sikit alergik. Ikan bilis pun alergik juge. Tapi ini perkara biasa, kalau dia tahap sesak nafas, demam or bahan buangan dia tak lancar baru kita perlu risau.

Minggu ini anak aku makan bubur + labu + lobak. Tak yah letak ayam la jawabnya sbb macam dah sedap je.

Kalau anak aku tak habis makan bubur, selalunya aku yang tukang makan. Dan selalunya memang masak jumlah banyak sebab aku selalu termasuk air banyak.

Ok, ni makanan anak aku hari ini. Dan ucapan tulus ikhlas bagi ibu-ibu dan bapa-bapa yang anak baru nak cuba makanan separa pejal, anak-anak anda pada usia 6 bulan baharu nak mengenali makanan jadi kalau dia tak minat sangat pun takpe. Food is for play sebelum umur setahun. Bak kata aku, seumur hidup akan makan dan makan, so tak payahlah kau risau sangat.


Bubur hari ini ialah = nasi + labu. Esok sampai Jumaat ialah = nasi + labu + lobak, sampai cukup 5 hari.

0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers