Pages

Sherlock terbitan BBC

Hello, Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.

I am entertaining the thought of creating a Tumblr account. One knows that Tumblr is a universe for existing tv/movie series' fandoms, like Dr Who, Sherlock, Supernatural and Avengers. Once you go down Tumblr, you will take awhile to resurface. It's like, makan tido Tumblr je. Ok lied. When you have a family, Tumblr becomes the cause of imsomniac nights because the only time to layan Tumblr is after 11 pm. 


Sherlock ialah Sherlock Holmes, kisah drama penyiasatan watak yang dicerna daripada minda Sir Arthur Conan Doyle pada tahun 1887. Dia dibantu oleh John Watson, seorang doktor dan askar veteran yang baru balik daripada perang. 

Masa aku kecik aku perasan ada tertengok drama bersiri Inggeris Sherlock Holmes di TV, wataknya sebiji-sebulat macam dalam buku rasanya. Kisahnya berlatar belakangkan zaman Victoria, zaman kekuasaan Queen Victoria daripada tahun 1837 hingga 1901.  Watak Sherlock Holmes dibayangkan ke hulu ke hilir dengan kanta pembesar dan sebuah beg penuh dengan peralatan lain untuk menyiasat.

Seterusnya, masa zaman dewasa ini aku dapat melayan cerita berkonsepkan Holmes dalam House, cerita pasal doktor yang sentiasa dapat meneka penyakit pelik-pelik pesakitnya. 

Dan lepas tu ada cerita arahan bekas suami Madonna, Guy Ritchie, bertajuk Sherlock Holmes lakonan RDJ dan Jude Law. Totally awesome, tapi aku tak suka watak Mary dalam Sherlock Holmes filem ini. Dan kerana filem ini juga aku mendalami steam punk fesyen.

See my board here . Ok, tak banyak pins pun sebab dah lama tak layan dan tak banyak bahan di Internet pun yang dijumpai. 

Sekarang pula aku tengah layan Sherlock terbitan BBC, sebenarnya dah habis tengok kalau ikutkan tapi sedang tengok semula sampai bosan. Sebab aku tengok versi tak ada subtitle jadi, aku suka tengok balik untuk pemahaman kali kedua.

Holmes versi Sherlock BBC. Aku rasa terbaik buat masa ini, walau pun aku tak baca buku dia pun lagi walau pun dah beli setahun setengah lepas. Hihi.

Media Sosial aku dah sedikit demi sedikit meresap elemen Sherlock. Adakah aku dah jadi sebahagian fandom dia? Mungkin dalam 7 peratus, namun aku tak ship Johnlock ok. Aku rasa hubungan Sherlock dengan John hanya sekadar hubungan simbiosis yang tak kan membawa ke seks. Kalau suka dengan orang yang aje nak kena libatkan seks ke? 

John diperkenalkan sebagai lelaki kesepian yang baharu pulang daripada perang, dan orang yang baharu pulang daripada dunia yang penuh dengan was-was di mana sampah tepi jalan pun ada bom, pasti akan merana dengan  sindrom pascatrauma dan pada masa yang sama dia berjumpa dengan seseorang yang tak hairan langsung dengan dia punya penyakit, malahan siap menemukan Encik Watson dengan kehidupan yang penuh aksi dan macam-macam. John Watson is totally addicted to Sherlock Holmes. Itu sahaja dan bukan cinta homo ok.

Haha. Matilamak kalau fandom dia baca, tapi aku bet dia takkan baca blog picisan macam aku punye ni. Anyway, ini bintang utama Sherlock BBC, Mr Benedict Cumberbatch. Dia juga bintang The Immitation Game dan orang jahat dalam Star Trek yang terbaharu. Dia juga hos Laureus Sports Awards tahun lepas yang bersiaran di TVi. Cis, nape aku tak tengok ek.


Benedict Cumberbatch in Sherlock mode.


Anyway, aku suka gile soundtrack filem ini walaupun aku tak reti satu hape pun pasal muzik. Aku hanya boleh main clarinet dan side drum sahaja suatu masa dahulu dan sekarang dah lupa semua itu. Hahahha. Aku juga suka Hedwig's theme. Siap pernah jadikan ring tone lagi masa mula-mula ada handphone yang boleh mainkan mp3.

Bait-bait ayat dalam Sherlock juga menusuk jiwa. Permainan kata-katanya cerdik dan sangat sesuai dengan situasi. Instagram aku bakal dipenuhi dengan #sherlockbbc #quotes these few weeks.




 Aku juga suka sebab cerita ini tak banyak sangat drama orang buat seks, bogel-bogel macam biasa dalam filem barat. Tapi ada sekali tu Irene Adler bogel jua.... 



Okla. nak chow. Masa dah time!

Aku nak cuba menulis dalam bahasa melayu kerana aku asyik mencari meme Sherlock dalam bahasa inggeris sahaja. Bahasa penghubung maklumat jua.


0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers