Pages

Julia the Janda - fiksyen - Part 1

"Bukan salah kau, jadi janda." kata mak su.

"Takpela, sabar sajalah. Mungkin kau akan berjumpa lelaki yang lebih baik" pujuk Mak Som, jiran belakang rumah.

"Lepas ni bolehlah cari lelaki kaya." kata best friend aku, nama dirahsiakan.

"Bila nak ada uncle baru, Icha nak cousin perempuan pula. Mama tak nak bagi Icha adik." kata Arissa, anak buah aku 6 tahun.

Semua orang ibarat mengucapkan takziah kepada aku, pengakhiran kepada sebuah permulaan kata mereka. Namun ada juga yang memberi usikan ibarat ini ialah peluang kedua kepada aku, sama ada untuk 1. Mencari suami baru 'yang lebih baik' katanya, atau 2. Mencuba kehidupan 'bujang' semula. Aku berusia 33 tahun dan dengan dua orang anak, aku tidak mahu memulakan kehidupan dengan lelaki lain dahulu, dan semestinya kehidupan berjalan seperti biasa. Biasa pada aku.

Pada zaman media sosial ini, ramai kawan menghantar mesej peribadi bertanyakan tentang mana suami aku di dalam gambar. Aku rasa pelik juga kerana aku memang jarang memuat naik gambar aku dan suami sejak kami 'berkonflik', aku hanya rajin selfie dengan dia namun amat jarang aku memuat naik ke media sosial.

Aku syak ini pastinya ialah kawan-kawan yang tahu sebarkan, kerana suami aku bukan ada media sosial kerana kerjayanya, namun kawan-kawannya kerap memuat naik gambar mereka dengan dia. Maka apabila rakan-rakan melihatkan aku sentiasa di sisi dia, dan mengetahui hal sebenar pasti mereka bertanya. Atau sebenarnya manusia secara amnya memang kaki gosip, hal orang lain sibuk nak tahu, hal sendiri tak perasan. haihhh.


Repair Keter Makan Burger

Burger Malaysia selalu menjadi pilihan makan malam aku yang ke lima, selepas 1. nasi putih dan lauk, 2. nasi goreng, 3. fast food, 4. roti canai / roti naan. Kat bawah blok sebelah rumah aku ada belia jual burger dengan harga purata RM2.8 seberger. Pakcik aku pun ada jual burger waktu malam dulu, tapi aku pernah makan sekali sahaja kat rumah dia. 

Maka semalam aku pergi repair kereta. Kereta aku berhenti dengan tetiba di gear D (kereta auto) di traffic light dan tol. So sebab aku memang kompem2 akan berjem balik kang, maka aku terus la repair. Semalam tukar spark plug, lepas tu test2 semalam dan pagi tadi ok je. 

Sebenarnya nak bercerita, aku gi makan kat cafe yang ada dalam Ramly Halal Mart di Cheras, Aku repair kereta kat deret-deret tu jugak je pun. Ni alamat dia kalau nak tau exact location.
Cawangan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

Lot 35, Pesiaran Mewah,

Kawasan Penindustrian Bandar Tun Razak,

Cheras, 56000 Kuala Lumpur.

Tel: 603-9172 6617 Fax: 603-9172 1222



So, aku sangat kagum sebenarnya sebab aku ingatkan dalam ini kedai jual barangan Ramly dan sewaktu dengannya sahaja. Oh, aku beli brown sauce dan meatball dalam tu. Teringin nak makan meatballs ala IKEA punya. Nak gi IKEA semata-mata maleh.

Masuk-masuk je kedai macam belum bukak. Tapi hakikatnya ada je makanan dia. Order dan bayar dulu, lepas tu aku and my fren pergi survey barang dalam mall dia. Kami keluar dan duduk, lepas tu dia akan panggil untuk ambil makanan.

Suasana dia tipikal kedai makan melayu. Yang penting ada tempat cuci tangan, sebotol mayonis yang besar. Aku tak berapa makan sangat sos cili mau pun sos tomato, konon berpantang sat :P


Kedai makan dia.





Set pilihan aku. Aku ingat aku order set ikan, rupanya aku order set daging.



Ropa sebelum buka burger.




Burgernya. Sedap.
Less oily than burger di gerai.


Yang best ialah aku spent less than RM8 to eat. Walaupun almost RM50 kat bazaar dia.

Niceee. Mari sapot local produk.

The feels that comes when someone you have been with for awhile leaves, like a feeling of I miss you don't go away

Hi. I am still in Raya holiday mode.

I was just thinking about someone whom I have been living with for a while. Suddenly that person is not there anymore. Life returns to our normal routine, but the feeling of seeing that someone for, although it's been only a week, will surely be missed.

This is just someone I live with sometime, imagine when it's someone you have known for years. Obviously the pain of being separated is ten fold. How do you shake away the 'I miss you it hurts' feelings. I understand that I am also in a position where I don't have much luxury time to spend with others. When you are with babies, time is precious and sometimes I feel overwhelmed when I am alone outside with them. That's not taking in the fact that meeting friends usually involves after office hours and night time.

Maybe the solution is just to meet and whatever the hell happens, happens. Spend another year not meeting and people will float away. But like the sayings go, if you are meant to be together you will meet again. 

Duit Raya

Duit raya ialah perkara No 10 dalam menyambut hari raya, baik sebagai pemberi duit raya atau penerima duit raya. Sebagai anak yang sudah bekerja semestinya kita akan menghulur kepada ibu, bapa, adik ipar, dan tok nenek kita dan jika ada lebih barulah kita hulur kepada anak-anak saudara, sepupu-sepupu kecil, jiran-jiran dan anak-anak kepada kawan-kawan kita.

Jika sekarang ia nombor 10, semasa kita kecil ia jadi perkara top 5 pada aku. No 1 ialah kesihatan semasa raya, kalau tak sihat macam mana nak raya kan. No 2 ialah balik kampung jumpa mom and dad juga the siblings, no 3 dan no 4 ialah baju dan kasut raya, dan no 5 barulah duit raya. Namun bila dah dewasa ini perkara-perkara lain seperti perbelanjaan raya mak pak dan anak-anak mendahului keperluan duit raya. Konsep aku sejak jadi ibu ini ialah kalau ada rezeki lebih bagilah pada anak-anak sedara, paling-paling RM3, paling banyak RM10.



Comel dak bekas duit raya daripada Petronas ni. Husband gwe dapat kat event.

Jika tahun lepas aku berpantang jadi orang yang datang ke rumah, kerana aku tidaklah dapat keluar rumah untuk ke rumahmereka. Semasa itu koleksi duit anak aku yang masa tu tu 3 tahun dapat RM180 dan si kecil baru lahir RM300.

Tahun ini aku expect dalam lebih-lebih kurang gitu je la sebab aku bajet mesti ramai tak bagi duit raya sebanyak RM5 sebab semua benda naik, dan kita sedang melalui tempoh menyesuaikan diri dengan semua benda naik 10 peratus sekurang-kurangnya. Kalau dulu aku boleh beli baju bayi RM20 je tapi tahun ni secara purata RM30. Itu tak kira la baju 4-5 years olf mahu pun baju budak setahun. Untungnya anak no 2 ni dia punya baju almost 60 % recycle. Baju anak pertama yang semasa dia usia 12 bulan ke 18 bulan, ada pinggang dia kembang jadi tak bolehlah nak recycle kecuali kalau aku alter. Namun setakat ni tak sempat lagi nak alter. Aku lebihkan baju anak sulung dulu, ada 3 pasang aku beli aritu. Maklumlah masa ini je bershopping lepas tu tahun depan nak raya baru beli stok baru untuk 8 bulan punya jangkamasa.

Eh cerita pasal baju raya pula. Ok sambung balik cerita pasal duit raya. Duit raya dipandang sebagai sedeqah bagi sesetengah orang. Memang sedeqah pun sebab ko bagi pada orang yang memerlukan, tapi mungkin lebih afdal jika kita bagi pada asnaf yang memerlukan. Budak2 kecik tu bagi je RM5 sebab bila dorang kompol2 mahu mencapai RM300 sepanjang seminggu pertama aje.

Aku tak pergi tukar duit lagi, tengoklah esok ke lusa. Kalau tukar lewat risau tak sempat. Tapi macam tahun-tahun lepas aku tukar dengan duit anak aku sebab budak-budak kecik kan dapat banyak RM1 dan RM5, kalau simpan pun jadi berkepuk2 jadinya. Maka kita tukar dengan duit RM50 atau RM100 dan kempiskan tempat penyimpanan.



Bekas duit raya daripada bank rakyat


Oleh sebab aku tak bagi duit raya tahun lepas, maka sampul-sampul duit raya aku banyak betul. Maklumlah aku tak kemana selama 44 hari kan. By the time pantang dah habis pun masa tu raya dah hujung-hujung maka mana nak menghulur sangat. 

Tetiba aku terfikir mungkin lebih seronok jika aku tak shopping sangat baju raya aritu dan gunakan duit-duit tu untuk jadikan duit raya. Bila bersedeqah hati manyak senang tau. Walaupun aku bukan la banyak sangat wangnya nak tabur sana sini tapi bila dapat hulur sikit-sikit tu rasa tenang je hati. Tengok wayang atau shopping baju pun kegembiraannya hanya sebentar sahaja. 

Okla, see you later.

15 Ramadan - titik tengah bulan Al Mubarak

Nampaknya dah separuh perjalanan puasa kita. Aku bersyukur tahun ini puasa aku dipermudahkan, tolak 3 hari kantoi atas sebab-sebab lain maka menjadikan aku dah 12 hari puasa setakat ni. Ahaha almost a bit TMI kan. Sorry.

wajah separuh gigih berpuasa, separuh lagi longlai.


Cabaran bulan puasa ini antaranya ialah cuaca panas. Maka aku meneguk dua cawan air setiap kali lalu meja makan rumah aku. Alhamdulillah, masa bangun nak bersahur tak ada le rasa macam tekak terbakar. Lagi-lagi pula musim panas ni aku pakai kipas sampai dua sebab kipas siling tak rasa angin, so bukak kipas lantai plak.

Nafsu nak membeli belah membuak-buak tahun ni, maklumlah sebab tahun lepas aku beli baju simple-simple aje setakat nak pakai dalam rumah kalau ada orang datang. Reason utama kerana anak aku lahir 18 Ramadan tahun lepas so kompem la aku tak beraya kan. Duit raya pun aku tak hulur sangat sebab banyak nak pakai untuk persiapan baby dan sebagainya.

Tema kaler tahun ni nak pakai sedondon sekeluarga, atau sekurang-kurangnya aku dan suami sepasang. Budak dua ketol tu,  4 tahun dan 1 tahun pula pakai sedondon. Tapi setakat ni baju yang menepati selera aku RM139 sepasang. Dahla baju melayu sangat limited nak pakainya kan. So aku kena fikirkan alternatif macam mana nak beli tapi optimumkan ia. Weekend ni ada #vendeurfestival, dan baju kanak-kanak yang aku duk aim tu ada di sana mungkin. Oh dan satu lagi nak membeli baju suami aku juga sebab tetiap tahun dia ada photoshoot raya keluar surat khabar.

Setakat ni aku pergi bukak puasa kat rumah atau tapau sahaja. Lepas tu bazar Ramadan pun pergi sekali je, tu pun kat JB kat tepi jalan. Nak park dan turun kat Baram (bazar ramadan) tu tidaklah. Aku rasa perut aku dah kempis sikit, takla mengerening macam masa makan 4 kali sehari. Mungkin apabila lepas raya boleh sambung puasa sunat Isnin & Khamis dan jogging.


eskrem Malaysia, jiran kepada pengasuh anak aku bagi. hari2 lalu rumah dia kan.

Balik on time. Selama seminggu aku duk menunggu teksi daripada office ke rumah, Allahu Akbar tak ada you all. Nangis gak diri 40 minit takde teksi takpun nak kena rebut2 dengan orang lain. So aku start datang awal. Maka balik pun awal la kan sebab nak rilek2 balk rumah. Setakat ni tak ada pagar nak ke dapur, maka apabila aku sibuk memasak or cuci pape anak aku pun sama la join. Yang kenit tu dah 11 bulan dah, dah jalan pun maka lagila jenuh nak mengelak dia dengan periuk panas la. Bila si baby ni jatuh pula siap terpusing-pusing, dengan baju nya jadi hitam legam sebab main kat lantai dapur. Makanye selepas raya ni kompem pasang pagar.

Amalan, yang ni ala liat-liat lagi. Aku hanyalah hamba hina sob sob. Nak bersedekah  pun tak sempat lagi sebab sejak tukar nombor lain ni payah nak transfer duit ke mana-mana akaun charity. Yang penting walau sedikit amalan kita dan walau hanya termampu derma seposen je setiap kali, kita kena istiqamah. Tadi baru tengok istikharah yang JAKIM siar kat TV1 hari-hari, cerita pasal bulan ni patut jadikan kita lebih prihatin. Prihatin, empati dan simpati, lepas tu tolong sehabis daya kau. InsyaAllah akan diberi ganjaran Allah, lakukan kerana Allah dan bukan kerana manusia mahu pun benda2 lain, nak riak ke whatever. Wallahualam, sekian Ustazah blog mengundur diri.






hELLO

hELLO
:D

Followers