wajah separuh gigih berpuasa, separuh lagi longlai.
Cabaran bulan puasa ini antaranya ialah cuaca panas. Maka aku meneguk dua cawan air setiap kali lalu meja makan rumah aku. Alhamdulillah, masa bangun nak bersahur tak ada le rasa macam tekak terbakar. Lagi-lagi pula musim panas ni aku pakai kipas sampai dua sebab kipas siling tak rasa angin, so bukak kipas lantai plak.
Nafsu nak membeli belah membuak-buak tahun ni, maklumlah sebab tahun lepas aku beli baju simple-simple aje setakat nak pakai dalam rumah kalau ada orang datang. Reason utama kerana anak aku lahir 18 Ramadan tahun lepas so kompem la aku tak beraya kan. Duit raya pun aku tak hulur sangat sebab banyak nak pakai untuk persiapan baby dan sebagainya.
Tema kaler tahun ni nak pakai sedondon sekeluarga, atau sekurang-kurangnya aku dan suami sepasang. Budak dua ketol tu, 4 tahun dan 1 tahun pula pakai sedondon. Tapi setakat ni baju yang menepati selera aku RM139 sepasang. Dahla baju melayu sangat limited nak pakainya kan. So aku kena fikirkan alternatif macam mana nak beli tapi optimumkan ia. Weekend ni ada #vendeurfestival, dan baju kanak-kanak yang aku duk aim tu ada di sana mungkin. Oh dan satu lagi nak membeli baju suami aku juga sebab tetiap tahun dia ada photoshoot raya keluar surat khabar.
Setakat ni aku pergi bukak puasa kat rumah atau tapau sahaja. Lepas tu bazar Ramadan pun pergi sekali je, tu pun kat JB kat tepi jalan. Nak park dan turun kat Baram (bazar ramadan) tu tidaklah. Aku rasa perut aku dah kempis sikit, takla mengerening macam masa makan 4 kali sehari. Mungkin apabila lepas raya boleh sambung puasa sunat Isnin & Khamis dan jogging.
eskrem Malaysia, jiran kepada pengasuh anak aku bagi. hari2 lalu rumah dia kan.
Amalan, yang ni ala liat-liat lagi. Aku hanyalah hamba hina sob sob. Nak bersedekah pun tak sempat lagi sebab sejak tukar nombor lain ni payah nak transfer duit ke mana-mana akaun charity. Yang penting walau sedikit amalan kita dan walau hanya termampu derma seposen je setiap kali, kita kena istiqamah. Tadi baru tengok istikharah yang JAKIM siar kat TV1 hari-hari, cerita pasal bulan ni patut jadikan kita lebih prihatin. Prihatin, empati dan simpati, lepas tu tolong sehabis daya kau. InsyaAllah akan diberi ganjaran Allah, lakukan kerana Allah dan bukan kerana manusia mahu pun benda2 lain, nak riak ke whatever. Wallahualam, sekian Ustazah blog mengundur diri.
0 comments:
Post a Comment