Pages

Julia the Janda - fiksyen - Part 1

"Bukan salah kau, jadi janda." kata mak su.

"Takpela, sabar sajalah. Mungkin kau akan berjumpa lelaki yang lebih baik" pujuk Mak Som, jiran belakang rumah.

"Lepas ni bolehlah cari lelaki kaya." kata best friend aku, nama dirahsiakan.

"Bila nak ada uncle baru, Icha nak cousin perempuan pula. Mama tak nak bagi Icha adik." kata Arissa, anak buah aku 6 tahun.

Semua orang ibarat mengucapkan takziah kepada aku, pengakhiran kepada sebuah permulaan kata mereka. Namun ada juga yang memberi usikan ibarat ini ialah peluang kedua kepada aku, sama ada untuk 1. Mencari suami baru 'yang lebih baik' katanya, atau 2. Mencuba kehidupan 'bujang' semula. Aku berusia 33 tahun dan dengan dua orang anak, aku tidak mahu memulakan kehidupan dengan lelaki lain dahulu, dan semestinya kehidupan berjalan seperti biasa. Biasa pada aku.

Pada zaman media sosial ini, ramai kawan menghantar mesej peribadi bertanyakan tentang mana suami aku di dalam gambar. Aku rasa pelik juga kerana aku memang jarang memuat naik gambar aku dan suami sejak kami 'berkonflik', aku hanya rajin selfie dengan dia namun amat jarang aku memuat naik ke media sosial.

Aku syak ini pastinya ialah kawan-kawan yang tahu sebarkan, kerana suami aku bukan ada media sosial kerana kerjayanya, namun kawan-kawannya kerap memuat naik gambar mereka dengan dia. Maka apabila rakan-rakan melihatkan aku sentiasa di sisi dia, dan mengetahui hal sebenar pasti mereka bertanya. Atau sebenarnya manusia secara amnya memang kaki gosip, hal orang lain sibuk nak tahu, hal sendiri tak perasan. haihhh.


0 comments:

hELLO

hELLO
:D

Followers